Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Tuesday, October 19, 2010

Sekitar Bengkel Solekan Pengantin Menggunakan KRYOLAN


Priya dalam sesi Bengkel Solekan Pengantin menggunakan KRYOLAN oleh Lynnda @ AzzaLynn Bridal pada bulan Ogos 2010 yg lalu (semasa bulan Puasa youuuuu!!!!)


Hasil sentuhan Priya - SEBELUM dan SELEPAS
Teknik solekan natural
________________________________
KLIK Untuk Jadual Bengkel Andaman Pengantin
KLIK Untuk Jadual Bengkel Dandanan Rambut atau Sanggul
________________________________

Lynnda menerima kunjungan Priya yang datang dari jauh. Pulau Pinang. Priya mendapat sokongan padu kedua orang tuanya untuk mempelajari teknik solekan yang 'malatop' di AzzaLynn Bridal. Itu yang Priya bagitau Lynnda. Pintanya, "kak, saya nak minta tolong sangat2 akak ajar teknik solekan yang meletup."

Lynnda faham sangat. Untuk gadis India, anak mami ataupun keturunan mamak sememangnya mementingkan solekan yang asli tanpa sebarang perubahan warna mahupun rupa yang ketara pada wajah pengantin. Berdasarkan pengalaman kami sepanjang menyolek pelanggan berbangsa India, keturunan mamak dan anak mami, kami di AzzaLynn Bridal sememangnya sudah masak dengan permintaan yang sukar ini. Namun kami berjaya melakukannya dan sentiasa mendapat senyuman puas hati dan ucapan jutaan terima kasih dari para pelanggan. Syukur sangat-sangat, Alhamdulillah.

Sepanjang sesi 2 hari bersama Lynnda, Priya memberikan komitmen tanpa sebarang komplen. Pada hari pertama, sememangnya ketara Priya amat kekok dan tak kenal produk. Maklumlah, Priya masih zero knowledge tentang selok belok solekan pengantin. Namun pada hari kedua, Lynnda sudah boleh lepas tangan dengan banyak mengambil gambar Priya beraksi menyolek model yang dibawanya.

Sayangnya, Lynnda tak ada koleksi sari untuk digunakan semasa sesi fotografi. Terpaksa la 'pengantin' = model menyamar jadi pengantin melayu. hehehehehe.... sorry yer Priya... mujurlah model Priya sporting. Siapa lagi kalau bukan adik Priya. Sementara itu, dapatlah model menggunakan set pakaian lenggha berwarna merah menyala bagi menggantikan sari.

SELAMAT BERJAYA buat PRIYA!!! Akak doakan Priya dapat membina nama di Pulau Pinang dengan solekan yang meletup!!!

*** seronok bila tengok ramai bekas anak murid yang asalnya bermula dgn ZERO Knowledge dari AzzaLynn Bridal dan kini jadi mekap artis dan wedding planner terkenal. Sehinggakan ada seorang pelanggan setia Lynnda berkata "You are building competitor to compete with yourself"
"Tak sia-sia you didik anak murid you tu" katanya lagi
Lynnda cuma tersenyum gembira dan tumpang seronok. Syukuuuuuurrrr Alhamdulillah!!!

*****************************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
***************


Related Posts with Thumbnails