Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Tuesday, May 13, 2014

BELI Rumah atau SEWA Rumah?

[ Berfikir Sejenak ]

Sering terpandang-pandang di penglihatan, hasil pembacaan daripada buku penulisan saudara Azizi Ali, di antara langkah mengumpul kekayaan ialah dengan tidak membeli rumah tetapi menyewa rumah terlebih dahulu. Tidak membeli kereta baru tetapi membeli kereta terpakai terlebih dahulu.

Saya tidak bersetuju dengan penulisan beliau pada waktu itu kerana bagi saya, rumah adalah harta dan perlu dibeli secepat mungkin. Nanti harga naik....
Namun kini, saya faham kenapa.

===

Ramai yang MAMPU (memaksa diri untuk mampu kerana hakikat sebenarnya tidak mampu) membayar pinjaman bank sebulan RM1500 untuk sebuah kereta atau rumah. Dan sanggup berhutang sehingga 20-35 tahun (rumah). Tetapi ramai yang tidak mampu menabung sebanyak RM600 sebulan untuk masa depan sendiri yang lebih baik.

====

LOAN/Pinjaman Bank:
Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik bank

Anggaran kasar pengiraan Pinjaman Ah Long Berlesen:
Pinjaman asal RM150,000
Bayaran balik kepada bank RM300,000


SEWA Rumah: RM900 dan dapat simpan RM600 
Jumlah sama seperti bayaran pinjaman Bank setiap bulan iaitu RM1500:

Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik penyewa

Anggaran Kasar Simpanan:
RM600 x 12 bulan (setahun) = RM7200 (wang kertas)
RM7200 x 10 tahun = RM72,000 (wang kertas)

Oopss!!! Jangan pula ada yang nampak sport rim berkilat bila nampak duit dah cecah RM7200 tu!!!

====


Sejarah Harga Emas:
1998: 1gm = RM48 (harga kedai emas tpt saya beli)
2014: 1gm = RM140 (harga emas kat kilang tempat saya beli) RM160 (harga kedai emas tempat saya beli)

Pada tahun 2014, wang kertas RM72,000 tetap tidak mampu membeli sebuah rumah flat 2-3 bilik.

Tetapi jika ia ditukar dalam bentuk emas fizikal sewaktu mula-mula memulakan simpanan RM600 itu, kita sudah mampu membeli rumah/tanah secara tunai tanpa perlu menunggu 20-35 tahun. Paling cepat 10 tahun beli tunai.... 

Yang paling best, kita boleh bantu diri kita daripada terjebak dengan RIBA.
Ini yang saya cari!!!


Sesungguhnya ilmu MESTI dicari sehingga ke Negara China.
Meskipun pemahaman setiap orang itu ada yang cepat dan ada yang lambat. Sedikit sebanyak ia tetap dapat membantu kita memperbaiki hala tuju hidup kita.

CEO & Founder
House of AzzaLynn Bridal

#auraemasdanperak
Related Posts with Thumbnails