Terdapat pelbagai rekaan dan contoh Pelamin Mini yang boleh dijadikan pilihan anda [sila lihat di sini]
Pelamin Mini adalah pelamin kecil yang berukuran sekitar 5-6 kaki tinggi dan juga 5-6 kaki lebar.
Secara visualnya, pelamin Mini ini tidak tinggi dan tidak besar. Jika anda berdiri, ia adalah sama dengan ketinggian anda dan jika duduk selalunya hanya boleh memuatkan satu atau dua orang dalam satu masa. Ukuran lebar atau besarnya boleh dibayangkan seperti anda mendepakan kedua belah tangan.
Jika anda inginkan Pelamin yang boleh menutup dinding rumah, maka anda perlu menempah Pelamin Besar BUKANnya Pelamin Mini.Ini adalah kerana, standard ukuran dinding rumah terutamanya ruang tamu adalah sekitar 8 hingga 10 kaki tinggi dan juga 8-10 kaki lebar tanpa perabot mahupun pintu. Bergantung kepada rekabentuk rumah masing-masing.
Ramai yang hanya ingin menempah pelamin tetapi tidak mahu ambil tahu samada ia bersesuaian dengan dengan suasana majlis dan juga tetamu yang bakal hadir.
Oleh itu, kami ingin membantu anda dengan berkongsi tips [sila baca di sini] berguna sebelum anda membuat keputusan samada menggunakan Mini Pelamin ataupun Pelamin Besar.
Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya jika anda memerlukan bantuan pakar;
- Lynnda@AzzaLynn Bridal -
012-2399629