Bagaimana hendak memilih Pelamin Mini yang sesuai?
Ikuti tips asas berikut:
- Berbincang dengan keluarga tentang perkara berikut:
- kos = siapakah yang mengeluarkan belanja dan berapakah jumlah kos yang ingin dibelanjakan
- tetamu = jenis tetamu yang bakal dijemput samada melibatkan tetamu VVIP, VIP, golongan konglomerat serta saudara mara/sahabat handai dari luar negara
- tema = tema merupakan pilihan dari segi warna ataupun konsep yang ingin ditonjolkan dalam sesebuah majlis
- Berterus terang dengan keluarga bahawa Pelamin Mini adalah kecil dan sepadan dengan kos yang dikeluarkan.Ini adalah kerana, ada ahli keluarga yang menggambarkan bahawa Pelamin Mini ini akan dapat membuat penutupan penuh terhadap ruang yang hendak digunakan.
- Ambil ukuran tempat yang dicadangkan hendak diletakkan Pelamin Mini. Contohnya ukuran ruang tamu, bilik tidur, tepi tangga, sliding door.
- Berbincang dengan pihak pembekal pelamin dan pastikan anda mendapat lukisan/gambaran dilukis dan ditulis secara terang dan jelas bagi mengelakkan kesilapan
Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya jika anda memerlukan bantuan pakar;
- Lynnda@AzzaLynn Bridal -
- Lynnda@AzzaLynn Bridal -
012-2399629