Wednesday, November 25, 2009

KRYOLAN SALE!!! PROMOSI KRISMAS

Assalamualaikum semua...

Kini, masa yg ditunggu dah tiba....

PROMOSI JUALAN KRYOLAN KINI KEMBALI!!!!!!!!!!!!!!!!! TEMPOH TERHAD

Syarat-syarat Promosi:

1. Hanya barangan yang tersenarai akan mendapat promosi harga.
2. Pembeli perlu membayar deposit 50% semasa membuat tempahan.
3. Baki 50% dibayar sebelum pengeposan barangan atau sebelum barangan diambil.
4. Kos penghantaran (DESPATCH, POSLAJU atau SKYNET sahaja) ditanggung sepenuhnya oleh pembeli.
5. Pihak syarikat TIDAK MELAYAN permintaan untuk menggunakan Pos Berdaftar mahupun Pos Biasa.
6. Borang pembelian perlu diisi menggunakan Email ataupun Faksimili.
7. Tempoh TEMPAHAN bermula 1 Disember 2009 hingga 25 Disember 2009 SAHAJA.
8. Bayaran deposit 50% perlu dibuat sebelum 26 Disember 2009.
9. Pihak syarikat berhak menolak tempahan lewat dan mengenakan kadar normal untuk tempahan selepas tarikh promosi.
10. Barangan akan diterima dalam jangkamasa 3 bulan bermula dari 15 Januari 2010 dan selewatnya 1 Mac 2010.
11. Pihak syarikat TIDAK AKAN MELAYAN sebarang permohonan segera.
12. Penghantaran barangan hanya dibuat selepas pihak syarikat memastikan dan menyemak bahawa baki bayaran telah dijelaskan sepenuhnya oleh pembeli.
13. Pihak syarikat akan mengembalikan deposit selepas 1 Mac 2010 jika barangan masih belum sampai ke tangan.
14. Pembatalan tempahan selepas pembayaran deposit dibuat TIDAK DIBENARKAN manakala wang deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN langsung.
15. Pihak syarikat BERHAK membatalkan PROMOSI ini tanpa memberi sebarang notis.
16. Deposit akan dikembalikan 100% jika pembatalan dibuat oleh Pihak Syarikat.
17. Pembeli bertanggungjawab menyediakan kod yang dikehendaki dengan tepat kepada Pihak Syarikat.
18. Pihak Syarikat tidak akan mengembalikan sebarang deposit ataupun menukar kepada kod barangan lain sekiranya kod yang diberi adalah salah.
19. Pihak Syarikat berhak menolak penukaran sebarang kod barangan selepas proses tempahan dibuat.
20. Promosi ini tidak ada kena mengena dengan diskaun pelajar ataupun diskaun promosi lain.
21. Harga promosi ini tidak boleh digunakan untuk stok sedia ada. Stok sedia ada mengekalkan harga jualan normal.


Senarai barangan dan harga (sila tentukan kod sendiri):
1. KRYOLAN TV Paint Stick (25gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 77.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 66.00 seunit

2. DERMACOS Camouflage Cream (15gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 75.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 65.00 seunit

3. DERMACOS Foundation Single Palette (12 colors)
(Belian 1-5 unit) = RM 240.00 seunit
(Belian 6 unit ke atas) = RM 200.00 seunit

4. DERMACOLOR Camouflage Cream (25gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 112.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 96.00 seunit

5. KRYOLAN Translucent Powder (60gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 98.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 84.00 seunit

6. DERMACOS Fixing Powder (60gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 98.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 84.00 seunit

7. DERMACOLOR Fixing Powder (60gm)
(Belian 1-10 unit) = RM 112.00 seunit
(Belian 11 unit ke atas) = RM 96.00 seunit

8. KRYOLAN Eyeshadow Single Palette (10 colors)
(Belian 1-5 unit) = RM 240.00 seunit
(Belian 6 unit ke atas) = RM 200.00 seunit

9. KAJAL Pencil (Black)
(Belian 1 unit ke atas) = RM 45.00 seunit

10. KRYOLAN Pencil Liner (White OR Black WITH Brown)
(Belian 1 unit ke atas) = RM 32.00 seunit

11. KRYOLAN Eyebrow Plastic
(Belian 1 unit ke atas) = RM 46.00 seunit

12. KRYOLAN Lip Palette (16 colors 20ml)
(Belian 1 unit ke atas) = RM 105.00 seunit

13. KRYOLAN Lip Rouge Palette (12 colors 40ml)
(Belian 1 unit ke atas) = RM 208.00 seunit


********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise - Wedding Planner & Event Organizer
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :: 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Website :: www.azzalynn.com

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com


Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Sunday, November 22, 2009

Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Teknik Solekan Asas

Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Teknik Solekan Asas

Salam buat semua

Anda ingin belajar mekap? Solekan ke pejabat yang simple tapi tetap menarik? Tapi tak tau sebab tak reti? Tak pandai matching color? Takut nak guna produk? Dah beli produk mahal2 tapi simpan dalam make-up box jer? Malu bersolek sebab takut comot?

Kami menjemput wanita yang ingin tampil cantik, anggun dan menawan untuk mengikuti Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Teknik Solekan Asas di PUCHONG.

Teknik Solekan Mata Smokey amat sesuai digayakan untuk semua jenis bentuk wajah mahupun bentuk mata jika kena cara dan tekniknya. Dapatkan tips solekan lengkap dari para mekap artis iaitu Azza dan Lynnda yg tak lokek berkongsi rahsia dan petua solekan hebat. Teknik solekan yg diajar sesuai digunakan utk ke pejabat. Simple! Tidak tebal! Tapi tetap tampil menyerlah lagi anggun!

Bengkel ini terbuka untuk wanita sahaja. Terutama bagi anda yang baru berjinak2 dengan alat solek. Maknanya tak mahir lagi tapi teringin mencuba. Senang kata ZERO Knowledge. Kami bersedia membantu anda menghasilkan teknik solekan yg lengkap dan cantik. Tidak tebal dan manis dipandang.

********************************
Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Asas di PUCHONG
19 Disember (SABTU)
Lokasi :: AGS-022, Ground Floor Shoplot, Apartment Intan A, Jalan Intan 4, Taman Puchong Intan, PUCHONG, Selangor
Masa :: 9:00pg-1:00tgh (Pendaftaran 8:00 pagi)
Yuran :: RM 100
* DISKAUN 20% :: Yuran Hanya RM80 (Bagi Pembayaran Yang Di Buat Sebelum 12 Disember 2009)

********************************

Maklumat dan tatacara pembayaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berminat sahaja (genuine participants only)

********************************

Isi Kandungan Program ::

- Jenis2 bedak asas penting dan cara penggunaan
- Cara memilih bedak asas yg sesuai dengan kulit
- Rahsia solekan agar tahan lama dan mengelakkan solekan bercapuk.
- Cara membersihkan muka dengan peralatan yg bersesuaian serta jimat wang anda
- Panduan warna bagi menghasilkan solekan mata yang Sweet & Simple Smokey, Gothic Smokey atau Smokey Gaya Arab.
- Teknik Solekan 5 minit (sesuai untuk saat Kecemasan)
- Teknik Solekan tanpa peralatan mekap (sesuai utk yg tiada set lengkap alat solek)
- Teknik Solekan Ringkas dan Anggun (sesuai ke pejabat atau sesi formal bertemu pelanggan atas urusan kerja)
- Teknik Membentuk Kening tanpa perlu mencukur kening: Menggunakan Tools
- Teknik Shading : Mancungkan Hidung, Menguruskan Pipi, Menghilangkan double chin, Membentuk Belahan Dagu
- Teknik Shading : Membentuk Wajah
- Teknik Menggebukan Wajah
- Perbezaan Menggunakan Pelbagai Produk (murah atau mahal)
- Panduan Mengguna Pelbagai jenis berus
- Panduan Membeli dan Memilih Alat Solek
- Tips dan Tricks
- dll

* Bengkel ini adalah praktikal langkah demi langkah. Setiap peserta akan dibantu oleh para mekap artis kami yang sangat berpengalaman. Format dalam kumpulan kecil (10 orang) sememangnya dapat membantu anda yang ZERO KNOWLEDGE untuk mahir dalam tempoh tak sampai sehari.

** Para Peserta diMESTIKAN bawa : Cermin Muka, Pencuci Muka, Facial Cotton, Tisu, Face Towel, Cotton Bud, Makeup Remover/Baby Oil

*** Anda akan diberi nota dan sijil penyertaan. Tea break di sediakan.

**** Peserta perlu bawa kelengkapan alat solek persendirian. Namun begitu, anda yang tidak mempunyai alat solek lengkap sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah di dalam mengikuti bengkel2 yang kami anjurkan kerana kami turut menyediakan kelengkapan tersebut secara perkongsian beramai2.


* Sebarang Perubahan Tertakluk Kepada Budi Bicara Pihak Syarikat.
* Semua Peserta Bertanggungjawab Untuk Sentiasa Menghubungi Pihak Syarikat Terutama pada 3 hari menjelang hari bengkel
* Peserta boleh membeli kelengkapan mekap dari kami dengan harga DISKAUN PELAJAR ISTIMEWA
* Deposit Tidak Akan Dikembalikan bagi sebarang ketidakhadiran peserta



********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise - Wedding Planner & Event Organizer
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :: 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Website :: www.azzalynn.com

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com


Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Sunday, November 1, 2009

Berita: Bengkel Andaman Pengantin ZERO Knowlwedge 31okt -1nov 09

Aksi para peserta melayan 'pengantin'. Bagi memastikan wajah pengantin berseri-seri, tips dan rahsia penjagaan kulit wajah bagi menaikkan seri pengantin diajar agar pengantin berpuashati dengan khidmat yang diberikan.



Azza memberi panduan teknik mencantikkan bahagian mata terutamanya kening bagi memberikan impak yang cantik.



Alhamdulillah, selesai sudah sesi bengkel andaman pengantin kali ini.
Terima kasih di atas kerjasama anda semua yang jitu.
Hari pertama bengkel, gelabah juga melihat masing2 agak kekok melaksanakan tugasan. Al maklumlah kan, masing2 menyertai bengkel ini untuk langkah pertama sebagai bakal mak andam. Namun kami selaku tenaga pengajar amat kagum dengan kesungguhan para peserta yg tak jemu2 bertanya dan berusaha bagi menghasilkan yg terbaik.

Kali ini ada yang datang dari Segamat dan Melaka. Sanggup bersusah payah bersesat-sesat mencari tempat. Kagum Lynnda dengan kesungguhan para peserta

Seronokkkkkkk sangat..... Terutama bila pada hari kedua, masing2 telah berjaya menghasilkan hasil solekan terbaik dengan model yg dibawa. Fuhhhh.... bersungguh2 dan beriya2. Dan hasilnya.... wallaaaaaa!!!!

Nantikan gambar2 yg bakal Lynnda kongsikan bersama anda semua....

********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise (Wedding Planner & Event Organizer)
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :@ 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Email :: nlynnda@yahoo.co.uk

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com

Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Thursday, October 29, 2009

Berita: Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Damansara

Jutaan terima kasih di atas jemputan Sarinah sehingga berjaya mengadakan kelas mekap untuk rakan-rakan sekerja. Lynnda telah dijemput untuk memberikan panduan mengenai teknik solekan yang betul bagi kegunaan biasa dan juga untuk majlis makan malam mahupun majlis yang lebih hebat seperti majlis tunang dan majlis nikah.



Wajah-wajah sebelum bersolek. Masing-masing tekun mendengar penerangan dan demo yg ditunjukkan oleh Lynnda sebelum melaksanakan praktikal secara persendirian.



Wajah-wajah ceria hasil solekan sendiri selepas mendapat panduan dan tunjuk ajar dari Azza dan Lynnda. Posing Maut gitewww... Boleh melaram di hari raya nanti.....



Sesi penyampaian sijil.

Jutaan maaf kepada Sarinah dan rakan-rakan sebab lambat sangat nak upload gambar. Veri de bizi la... ehehehhee....

Anyway, thanks di atas kerjasama anda semua. Sporting menerima tunjuk ajar dari kami.


********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise (Wedding Planner & Event Organizer)
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :@ 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Email :: nlynnda@yahoo.co.uk

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com

Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Thursday, October 22, 2009

Solekan Nikah dan Sanding 101009 - Sheilla - Shah Alam

Solekan NikahSolekan dan Dandanan ala Kris Dayanti
Sentuhan emas Azza selaku mekap artis memberikan hasil solekan yang natural dan berseri2.
Kombinasi KRYOLAN dan MAC sememangnya sesuai digayakan untuk majlis nikah mahupun majlis sanding.

Sentuhan solekan dan dan dandanan hebat oleh Azza dari AzzaLynn Bridal. Lihatlah ketelitian Azza menata rias wajah pengantin bagi memastikan hasil solekan segar dan asli.


Hiasan meja beradap atau meja pengantin di Kelab Golf Shah AlamHiasan Pelamin dewan di Kelab Golf Shah Alam. Sentuhan Nadia dan krew. Simple namun tampak elegan.


Majlis Pernikahan pada 101009 berlokasi di Shah Alam dan juga dan Majlis Sanding Sheilla di Kelab Golf Shah Alam.


********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise (Wedding Planner & Event Organizer)
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :@ 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Email :: nlynnda@yahoo.co.uk

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com

Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Wednesday, October 7, 2009

Kursus: Kursus Pemasangan Pelamin & Gubahan Bunga Pelamin

Salam semua

Berikutan kejayaan Bengkel Pemasangan Pelamin yg lalu, kami turut menerima banyak permintaan untuk mengadakan lagi kursus2 pemasangan pelamin serta gubahan bunga.

Khas untuk mak andam dan bekas2 pelajar AzzaLynn Bridal, kini kami menyediakan Kursus2 Pemasangan Pelamin seperti maklumat di bawah:

Bil Peserta :: 10 Orang Sahaja - jumlah kecil bagi memastikan para peserta dapat menjalani latihan secara praktikal dengan sepenuhnya
Lokasi :: PUCHONG, SELANGOR
Format Latihan :: PRAKTIKAL


JIMAT RM200 !!! bagi pendaftaran pakej lengkap
JIMAT RM350 !!! bagi pendaftaran pakej lengkap utk 2 orang atau lebih

*******************************

A)
Kursus Asas Gubahan Bunga (Artificial)Pelamin (Yuran: RM250 @ Early Bird/ExStudent AzzaLynn: RM200)
14 Nov 2009 (SABTU)
Masa :: 8 pg - 12 tgh
Pendaftaran :: 8 pg

Program:
- Jenis-jenis gubahan (bulat, empat segi, tiga segi)
- Tema gubahan dan mainan warna (winter/fall)
- Menghidupkan gubahan dan kreativiti
- Cara penyimpanan yg terbaik
- Teknik pemasangan bunga dengan cepat (Teknik kecemasan)
- Gubahan bunga tiang seri - praktikal
- Gubahan bunga backdrop - praktikal
- Gubahan bunga untuk décor - praktikal
- Bahan bunga, pasu, dawai disediakan
- Tea break di sediakan
- Sijil diberi
PraSyarat:
- Minat dan rajin



*******************************

B) Kursus Pemasangan Pelamin Asas (Yuran: RM250 @ Early Bird: RM200)
14 Nov 2009 (SABTU)
Masa ::2:30ptg - 6:30ptg
Pendaftaran :: 2:30 ptg

Program:
- Pengenalan jenis2 pelamin (rumah/dewan)
- Panduan Penting Ukuran Pelamin
- Jenis-jenis kain (kain yg bagus dan kain yg tidak bagus)
- Cara penyimpanan barangan
- Kerosakan bahan pelamin (spt kain dan platform) dan cara mengatasinya di saat kecemasan
- Kos yg perlu di ambil kira utk meletak harga
- Pemasangan pelamin single panel, scallop dan pillars - praktikal
- Pemasangan pelamin semi dome - praktikal
- Pemasangan lampu dan wiring - praktikal
- Tea break disediakan
- Sijil diberi
PraSyarat:
- Minat dan rajin
- Peserta perlu tahu asas gubahan bunga kerana tidak di ajar dalam topik ini (diajar dalam kursus A sahaja)


********************************

C) Kursus Hiasan Pintu Gerbang (Yuran: RM200 @ Early Bird/ExStudent AzzaLynn: RM150)
22 Nov 2009 (AHAD)
Masa :: 8 pg - 12 tgh
Pendaftaran :: 8 pg
Program:
- Jenis-jenis pintu gerbang
- Gubahan pintu gerbang ringkas - praktikal
- Gubahan pintu gerbang penuh - praktikal
- Cara meletak harga
- Cara gubahan cepat dan jimat
- Kreativiti lipatan kain, pemilihan kain dan jenis2 kain
- Sijil diberi
PraSyarat:
- Minat dan rajin


*******************************

D) Kursus Pemasangan Pelamin Lanjutan (Yuran: RM300 @ Early Bird/ExStudent AzzaLynn: RM250)
22 Nov 2009 (AHAD)
Masa ::2:30ptg - 6:30ptg
Pendaftaran :: 2:30 ptg
Program:
- Pemasangan pelamin 4 segi/full dome - praktikal
- Pemasangan pelamin 2-3 panel bersama decor (side and centre) - praktikal
- Pemasangan backdrop kain penuh dengan hiasan tengah - praktikal
- Pemasangan lampu dan wiring - praktikal
- Tea break disediakan
- Sijil diberi
PraSyarat:
- Minat dan rajin
- Peserta perlu ada kefahaman dengan topik di dalam kursus B kerana ia tidak akan di ajar dalam topik ini
- Peserta perlu tahu asas gubahan bunga kerana tidak di ajar dalam topik ini (diajar dalam kursus A sahaja)


*******************************

E) Kombinasi A+B+C+D (2 hari) RM800 JIMAT RM200!!!
14 Nov 2009 (SABTU) & 22 Nov 2009 (AHAD)
Masa :: 8 pg - 6 ptg
Pendaftaran :: 8 pg
Program:
- Sama seperti di atas
PraSyarat:
- Sama seperti di atas

********************************
F) Kombinasi A+B+C+D (2 hari) RM650 seorang utk pendaftaran 2 orang atau lebih JIMAT RM350!!!
14 Nov 2009 (SABTU) & 22 Nov 2009 (AHAD)
Masa :: 8 pg - 6 ptg
Pendaftaran :: 8 pg
Program:
- Sama seperti di atas
PraSyarat:
- Sama seperti di atas

********************************

* Peserta perlu bawa : Playar, ScrewDriver -, Gun Stapler - kalau nak minta tolong kami beli, sila maklumkan awal
* Sila berpakaian selesa dan santai yg memudahkan pergerakan

********************************

* Sebarang Perubahan Tertakluk Kepada Budi Bicara Pihak Syarikat.
* Semua Peserta Bertanggungjawab Untuk Sentiasa Menghubungi Pihak Syarikat Terutama pada 3 hari menjelang hari bengkel
* Maklumat dan tatacara pembayaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berminat sahaja (genuine participants only)
* Deposit Tidak Akan Dikembalikan bagi sebarang ketidakhadiran oleh peserta





********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise - Wedding Planner & Event Organizer
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :: 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Website :: www.azzalynn.com

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com

Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge 15 NOV 2009



Belajar Solekan Lengkap dengan teknik solekan mata Smokey Eyes dan Socket Eyes di PUCHONG RM150 !! Early Bird RM130!!!

Salam buat semua

Kami menjemput wanita yang ingin tampil cantik, anggun dan menawan untuk mengikuti Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge SMOKEY Eyes dan SOCKET Eyes di PUCHONG.

Teknik Solekan Mata Smokey dan Socket amat sesuai digayakan jika kena cara dan tekniknya. Dapatkan tips solekan sempurna dari para mekap artis kami yg tak lokek berkongsi rahsia dan petua solekan hebat. Teknik solekan yg diajar sesuai digunakan utk ke pejabat mahupun majlis rasmi seperti majlis makan malam syarikat mahupun majlis pertunangan dan majlis nikah. Jimat belanja!

Bengkel ini terbuka untuk wanita sahaja. Samada anda sudah mahir ataupun masih ZERO Knowledge. Kami bersedia membantu anda menghasilkan teknik solekan yg sangat berbeza berbanding biasa.

********************************
Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge di PUCHONG
15 November2009 (AHAD)
Lokasi ::PUCHONG
Masa :: 10pg-5ptg (Pendaftaran 9:00 pagi)
Yuran :: RM 150
* Yuran Early Bird :: RM130 (Bagi Pembayaran Yang Di Buat Sebelum 31 Oktober 2009)

********************************

Maklumat dan tatacara pembayaran hanya akan diberikan kepada mereka yang berminat sahaja (genuine participants only)

********************************

Isi Kandungan Program ::

- Mengenali perkara-perkara penting dan perlu ada dalam solekan Smokey dan Socket
- Perbezaan Smokey dan Socket. Teknik Berbeza? Bahan Berbeza? Warna Berbeza? Berus Berbeza?
- Teknik Solekan Mata : SMOKEY Eyes dan Socket Eyes
- Teknik Membentuk Kening : Menggunakan Tools
- Teknik Shading : Mancungkan Hidung, Menguruskan Pipi, Menghilangkan double chin, Membentuk Belahan Dagu
- Teknik Shading : Membentuk Wajah
- Teknik Menggebukan Wajah
- Perbezaan Menggunakan Produk KRYOLAN dan pelbagai produk lain (murah atau mahal)
- Perbezaan Teknik Solekan Siang/ke Pejabat dan Teknik Solekan Malam/Majlis (Dinner/Bertunang/Nikah)
- Panduan Mengguna Pelbagai jenis berus
- Panduan Membeli dan Memilih Alat Solek
- Tips dan Tricks
- dll

* Bengkel ini adalah praktikal langkah demi langkah. Setiap peserta akan dibantu oleh para mekap artis kami yang sangat berpengalaman. Format dalam kumpulan kecil (10 orang) sememangnya dapat membantu anda yang ZERO KNOWLEDGE untuk mahir dalam tempoh tak sampai sehari.

** Para Peserta diMESTIKAN bawa : Cermin Muka, Pencuci Muka, Facial Cotton, Tisu, Face Towel, Cotton Bud, Makeup Remover/Baby Oil

*** Anda akan diberi nota dan sijil penyertaan. Lunch di sediakan.

**** Peserta perlu bawa kelengkapan alat solek persendirian. Namun begitu, anda yang tidak mempunyai alat solek lengkap sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah di dalam mengikuti bengkel2 yang kami anjurkan kerana kami turut menyediakan kelengkapan tersebut secara perkongsian beramai2.


* Sebarang Perubahan Tertakluk Kepada Budi Bicara Pihak Syarikat.
* Semua Peserta Bertanggungjawab Untuk Sentiasa Menghubungi Pihak Syarikat Terutama pada 3 hari menjelang hari bengkel
* Peserta boleh membeli kelengkapan mekap dari kami dengan harga DISKAUN PELAJAR
* Deposit Tidak Akan Dikembalikan bagi sebarang ketidakhadiran peserta



********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise (Wedding Planner & Event Organizer)
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :@ 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Email :: nlynnda@yahoo.co.uk


Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com


Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com