Lisa ni mesra orangnya. Lisa tahu hala tuju solekan yang dikehendaki. Menurut Lisa, dia jarang bersolek dan kalau ada pun solekan biasa je. Oleh itu, Lisa telah meminta kami menyoleknya dengan solekan yang glamour seperti dalam majalah. Siap tunjuk lagi gambar kat majalah tu agar kami dapat memahami maksudnya. Alhamdulillah, hasil perbincangan berterusan, kami menghasilkan solekan yang natural tetapi glamour.
Natural bermaksud, in real life, solekannya tidak putih melepak. Lihatlah tiada perbezaan ketara antara wajah dan leher. Kalau tak natural, wajah akan lebih putih dari leher dan tangan.
Sentuhan glamour pula diberikan penekanan pada sekitar mata. Solekan smokey artist look menggunakan warna-warna MAC memberikan impak yang dramatik. Kalau pandang dari kiri nampak macam Normala Shamsuddin. Kalau pandang dari kanan nampak macam Siti Nurhaliza. Tak jemu mata memandang.
Lisa sememangnya tampil sangat berbeza. Masalah ketara di sekitar mata Lisa akibat tidur jam 3 pagi sebelumnya telah berjaya di atasi. Tak nampak macam muka tak cukup tidur.
Majlis Pertunangan
Lisa - BBP 2
27 Nov 2010
Lynnda paling suka melihat gambar yang ni. Jelingan Lisa saling tak tumpah Siti Nurhaliza.
Memang tak salah Lisa meminta kami menyolek seperti model di dalam majalah yang ditunjukkannya.
Meskipun Lisa ada melahirkan kerisauannya kerana menurut teman2 Lisa, kalau tak pernah bersolek, nanti takut tengok muka sendiri.
Nah!!! Lisa takut tak tengok muka sendiri yang dah ada gaya macam artis tu... hehehhehe... glamour you!!!
Tahniah Lisa!!! Selamat menempuh alam pertunangan. Semoga segala persiapan dapat dilakukan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk majlis bersejarah Lisa.
Walaupun pedih2 mata sampai tak boleh bukak mata, sebab family Lisa buat kenduri masak sendiri guna kayu api. Sedappppp sangat....!!!
Doa kami semoga ikatan Lisa dan bakal suami kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat.
Untuk Tempahan Mekap Sentuhan Natural Yet Glamorous seperti ini, hubungi kami seperti di bawah
******************************************************************** - 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan - ******************************************************************** | |