Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Daftar email anda untuk mendapatkan jadual bengkel terkini

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, January 17, 2011

Majlis Tunang: CT Nur Huda - Bt 14 - 26 Dec 2010

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Siti Nur Huda Batu 14 Puchong 261210
Tema: Pink + Purple

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan Ct Nur Huda di Batu 14 Puchong.

Ruang tamu yang luas bagi rumah kampung mmg amat sesuai dgn warna purple dan pink ini. Pilihan warna pink dan purple memberikan penampilan klasik serta hidup dengan bunga 2 layer dan hiasan bantal bercorak.


Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Selamat Bertunang buat Ct dan pasangan. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat.

Hubungi Kami Untuk Tempahan Mini Pelamin seperti ini jika anda mahukan untuk majlis tunang, majlis nikah atau majlis cukur jambul. Semuanya bisa di atur. InsyaAllah

*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****

Majlis Tunang: Siti Sahidah - BK4 - 26 Dec 2010


Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Siti Sahidah BK4 Puchong 261210
Tema: Pink

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan Siti Sahidah di BK4 Puchong.

Ruang tamu yang panjang dan kecil bagi sebuah rumah teres memerlukan kebijaksanaan kami untuk meletak susun atur yang tepat.

Siti yang peramah tapi sedikit kelam kabut ini amat berminat dgn mini pelamin astana. Tetapi disebabkan Siti membuat tempahan lewat maka tak dapatlah nak gunakan mini pelamin astana dan Siti akhirnya memilih design moden ini untuk majlis tunangnya. Tema pink menjadi pilihan Siti.

Penggunaan elemen rumput memberikan sentuhan segar dan luas buat ruang tamu yg sempit ini.

Majlis yg sepatutnya berlangsung pada 25 Dec 2010 terpaksa ditunda ke 26 Dec 2010 atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Mujurlah mini pelamin ini masih dapat kami tinggalkan untuk Siti gunakan sehari lagi. Cuma Siti tak berpeluang menggunakan fotografer yang ditempah awal atas kesulitan tersebut. Maka Lynnda menjadi fotografer bidan terjun bagi menceriakan Siti di majlis pertunangannya yang tertunda.

Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai dengan sempurna. Selamat Bertunang buat Siti dan pasangan. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat.




Majlis Pertunangan
Siti Sahidah - BK 4, Puchong
26 Dec 2010

Before Make-up
-------------------
Siti mempunyai mata yang galak. Jika solekan keterlaluan pada bahagian mata pastinya akan tampil garang dan menakutkan.

Oleh itu, mekap artis kami telah memberikan sentuhan seninya dengan solekan yang natural tanpa merosakkan kecantikan asli wajah Siti.







Penggunaan rona2 polos pada bahagian mata menggunakan produk MAC. Bagi menghilangkan masalah pigmentasi, jerawat, memancungkan hidung dan mengemaskan kening tanpa mencukur, kami kekal menggunakan produk KRYOLAN, Dermacos dan DERMACOLOR.


*****************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
***************



Majlis Tunang: Yanie - Kota Kemuning - 11 Dec 2010


Gambar dari handphone sbb kamera tak bawa.
Yanie, gadis kecil molek yg ceria.
Bagi memastikan hasil solekan diingini menepati citarasa, Yani telah datang ke butik Lynnda di Puchong bersama adiknya utk sesi test mekap sebelum majlis sebenar.Yanie turut memberikan beberapa contoh solekan yang diminati. Beberapa sesi diskusi antara Lynnda bersama Yanie dan adiknya, akhirnya dapatlah apa yg Yanie impikan.

Utk mata kecil seperti Yanie memerlukan solekan smokey eyes. Namun jika tersilap mainan warna, hasilnya pasti nampak seperti hantu. Lebih2 lagi Yanie memiliki seraut wajah yg tidak seimbang, kecil dan cute. Perlukan penelitian yang lebih dan warna yang tepat.

Oleh itu, mekap artis kami telah memberikan sentuhan magisnya dengan solekan yang seimbang dan natural. Lihatlah perubahan wajah pucat yang menjadi lebih berseri. Tampil menawan bak seorang ratu. Tidak terlalu over namun anggun. Paling istimewa, solekan tidak seperti tepung gomak. Lihat saja perbandingan antara muka dan leher, tak ada beza!

Untuk Tempahan Solekan Tunang yang anggun serta dandanan rambut ringkas menawan, hubungi kami seperti di bawah


Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Yanie Kota Kemuning Shah Alam 111210
Tema: Sweet Peach

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan Yanie di Kota Kemuning Shah Alam.

Yanie ni peach lady. Kalau datang ke butik Lynnda pun suka pakai baju peach. Yanie telah berdiskusi dengan Lynnda untuk mendapatkan pelamin mini impian utk hari bersejarahnya. Beberapa permintaan telah dilakarkan ke atas sekeping kertas yang diserahkan kepada Lynnda. Yanie yg lukis ke? Cantik tau sketch yang Yanie berikan pada Lynnda tu. Sungguh teruja Lynnda berusaha untuk menghasilkan seperti yang dikehendaki. Siap dengan warna daun menghijau dan warna bunga peach. Sama seperti yang terhasil ini. Seronok membuatnya.

Pada asalnya Lynnda memberitahu tak dapat buat sbb tak mahu Yanie menaruh harapan sangat. Lagipun nak main dengan warna peach ni kena berhati2 sebab kalau tersalah pilih akan jadi orange dan akan jadi pink.

Alhamdulillah, pilihan warna yang kami gabungkan menepati warna kesukaan Yanie.


Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Selamat Bertunang buat Yanie dan pasangan. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat.

Hubungi Kami Untuk Tempahan Mini Pelamin seperti ini jika anda mahukan untuk majlis tunang, majlis nikah atau majlis cukur jambul. Semuanya bisa di atur. InsyaAllah

**********************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -********************************************************************



Related Posts with Thumbnails