Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, January 17, 2011

Majlis Tunang: Siti Sahidah - BK4 - 26 Dec 2010


Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan
Siti Sahidah BK4 Puchong 261210
Tema: Pink

Mini Pelamin Untuk Majlis Pertunangan Siti Sahidah di BK4 Puchong.

Ruang tamu yang panjang dan kecil bagi sebuah rumah teres memerlukan kebijaksanaan kami untuk meletak susun atur yang tepat.

Siti yang peramah tapi sedikit kelam kabut ini amat berminat dgn mini pelamin astana. Tetapi disebabkan Siti membuat tempahan lewat maka tak dapatlah nak gunakan mini pelamin astana dan Siti akhirnya memilih design moden ini untuk majlis tunangnya. Tema pink menjadi pilihan Siti.

Penggunaan elemen rumput memberikan sentuhan segar dan luas buat ruang tamu yg sempit ini.

Majlis yg sepatutnya berlangsung pada 25 Dec 2010 terpaksa ditunda ke 26 Dec 2010 atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Mujurlah mini pelamin ini masih dapat kami tinggalkan untuk Siti gunakan sehari lagi. Cuma Siti tak berpeluang menggunakan fotografer yang ditempah awal atas kesulitan tersebut. Maka Lynnda menjadi fotografer bidan terjun bagi menceriakan Siti di majlis pertunangannya yang tertunda.

Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai dengan sempurna. Selamat Bertunang buat Siti dan pasangan. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan sehingga ke akhir hayat.




Majlis Pertunangan
Siti Sahidah - BK 4, Puchong
26 Dec 2010

Before Make-up
-------------------
Siti mempunyai mata yang galak. Jika solekan keterlaluan pada bahagian mata pastinya akan tampil garang dan menakutkan.

Oleh itu, mekap artis kami telah memberikan sentuhan seninya dengan solekan yang natural tanpa merosakkan kecantikan asli wajah Siti.







Penggunaan rona2 polos pada bahagian mata menggunakan produk MAC. Bagi menghilangkan masalah pigmentasi, jerawat, memancungkan hidung dan mengemaskan kening tanpa mencukur, kami kekal menggunakan produk KRYOLAN, Dermacos dan DERMACOLOR.


*****************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
***************



Related Posts with Thumbnails