Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Daftar email anda untuk mendapatkan jadual bengkel terkini

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Saturday, October 23, 2010

Sekitar Bengkel Personal Grooming


Bengkel Penampilan Diri Korporat yang diadakan selama 2 bulan di Nippon Paint (M) Sdn Bhd Shah Alam dihadiri oleh hampir 30 peserta setiap sesi. Pelbagai bangsa seperti melayu, cina dan india tak mahu melepaskan peluang mendapatkan tips dan teknik solekan yang betul dari pakar iaitu Lynnda dan Fizie.

Sesi selama 2 bulan ini dipenuhi dgn aktiviti latihan praktikal solekan, teknik pemakaian tudung serta teknik dandanan rambut. Sempat juga Lynnda menyelitkan tips menjaga kecantikan wajah agar tampil awet muda. Masing2 seronok salin resepi kecantikan yang Lynnda sampaikan.

Sebahagian gambar yg sempat diambil.

Malangnya kami tiada koleksi gambar untuk sesi di Muzim Negara Malaysia, Jabatan Haiwan, Hospital Putrajaya, Hospital KL, Perbadanan Putrajaya dan banyak tempat lain. Maklumlah, sibuk memberikan ceramah dan latihan praktikal kepada para peserta, lupa nak ambil gambar.

Bagi yang berminat utk menjemput kami berkongsi kepakaran kami dgn anda semua, jgn segan2 untuk hubungi kami seperti di bawah.

*******************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*****


Friday, October 22, 2010

Sekitar Bengkel Solekan Pengantin Menggunakan KRYOLAN di SABAH

Muka Pucat tampil berseri. Hasil kerja Dayana yang baru belajar pada hari pertama ni.

Dayana bersama model. Tersenyum puas sebab akhirnya berjaya menghasilkan solekan yang menarik pada hari pertama. ZERO Knowledge tu. Macam tak caya!!!


Hasil kerja Dayana pada hari kedua bengkel andaman pengantin zero knowledge.
________________________________
KLIK Untuk Jadual Bengkel Andaman Pengantin
KLIK Untuk Jadual Bengkel Dandanan Rambut atau Sanggul
________________________________

Selesai sesi Bengkel Andaman Pengantin ZERO Knowledge yang diadakan di Kota Kinabalu SABAH pada bulan Ogos yang lalu. Bulan puasa. Penat tak penat. heheehehe

Namun kami tabik spring dgn Dayana yang tak kenal jemu dan tak kenal penat. Rancak dan rajin menyalin nota dan setia mendengar pesanan demi pesanan dari tenaga pengajar kami.

Hari pertama, sudah dijangka, hasilnya agak tidak bagus. Namun pada hari kedua, kami sudah boleh tersenyum melihat Dayana memberikan hasil solekan yang mantap. Wajah model yang pucat tampil gebu dan kemas. Solekan yang tidak berubah secara face to face mahupun di kamera.

Tahniah buat Dayana! Jutaan terima kasih kerana menjadi anak murid yang rajin dan sporting. Cikgu cakap dengar dan tulis. Biar lekat di kepala. Semoga berjaya menjadi jurusolek yang berjaya di SABAH.



*******************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*****

Solekan Pertunangan Gaya VVIP - Ringkas dan Anggun


Solekan Ringkas Gaya VVIP Untuk Majlis Tunang

Majlis Pertunangan merupakan majlis pertama yang sering dijadikan majlis istimewa.
Solekan pertunangan yang ringkas namun tetap anggun menjadi keutamaan. Solekan yang galak pula akan menampakkan kematangan seseorang gadis sehingga membuatkan banyak mata memandang pelik.

Kali ini AzzaLynn Bridal menampilkan solekan ringkas gaya VVIP. Sentuhan mekap artis kami berjaya merubah wajah pucat dan penuh dgn masalah jerawat di muka agar tampil berseri bak Datin Seri Normala Shamsuddin. Hiasan sanggul ringkas dan tidak terlalu nampak 'macam nak kawin' membuat si gadis tampil anggun dan segar. Manis di pandangan mata dan tampil kemas di kamera. Bersesuaian dgn baju tunang pilihan yg diperbuat dari kain chiffon bersulam manik.

Selamat Bertunang buat Fadzrin. Tarikh emas 101010. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat.

**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************


Tuesday, October 19, 2010

Sekitar Bengkel Solekan Pengantin Menggunakan KRYOLAN


Priya dalam sesi Bengkel Solekan Pengantin menggunakan KRYOLAN oleh Lynnda @ AzzaLynn Bridal pada bulan Ogos 2010 yg lalu (semasa bulan Puasa youuuuu!!!!)


Hasil sentuhan Priya - SEBELUM dan SELEPAS
Teknik solekan natural
________________________________
KLIK Untuk Jadual Bengkel Andaman Pengantin
KLIK Untuk Jadual Bengkel Dandanan Rambut atau Sanggul
________________________________

Lynnda menerima kunjungan Priya yang datang dari jauh. Pulau Pinang. Priya mendapat sokongan padu kedua orang tuanya untuk mempelajari teknik solekan yang 'malatop' di AzzaLynn Bridal. Itu yang Priya bagitau Lynnda. Pintanya, "kak, saya nak minta tolong sangat2 akak ajar teknik solekan yang meletup."

Lynnda faham sangat. Untuk gadis India, anak mami ataupun keturunan mamak sememangnya mementingkan solekan yang asli tanpa sebarang perubahan warna mahupun rupa yang ketara pada wajah pengantin. Berdasarkan pengalaman kami sepanjang menyolek pelanggan berbangsa India, keturunan mamak dan anak mami, kami di AzzaLynn Bridal sememangnya sudah masak dengan permintaan yang sukar ini. Namun kami berjaya melakukannya dan sentiasa mendapat senyuman puas hati dan ucapan jutaan terima kasih dari para pelanggan. Syukur sangat-sangat, Alhamdulillah.

Sepanjang sesi 2 hari bersama Lynnda, Priya memberikan komitmen tanpa sebarang komplen. Pada hari pertama, sememangnya ketara Priya amat kekok dan tak kenal produk. Maklumlah, Priya masih zero knowledge tentang selok belok solekan pengantin. Namun pada hari kedua, Lynnda sudah boleh lepas tangan dengan banyak mengambil gambar Priya beraksi menyolek model yang dibawanya.

Sayangnya, Lynnda tak ada koleksi sari untuk digunakan semasa sesi fotografi. Terpaksa la 'pengantin' = model menyamar jadi pengantin melayu. hehehehehe.... sorry yer Priya... mujurlah model Priya sporting. Siapa lagi kalau bukan adik Priya. Sementara itu, dapatlah model menggunakan set pakaian lenggha berwarna merah menyala bagi menggantikan sari.

SELAMAT BERJAYA buat PRIYA!!! Akak doakan Priya dapat membina nama di Pulau Pinang dengan solekan yang meletup!!!

*** seronok bila tengok ramai bekas anak murid yang asalnya bermula dgn ZERO Knowledge dari AzzaLynn Bridal dan kini jadi mekap artis dan wedding planner terkenal. Sehinggakan ada seorang pelanggan setia Lynnda berkata "You are building competitor to compete with yourself"
"Tak sia-sia you didik anak murid you tu" katanya lagi
Lynnda cuma tersenyum gembira dan tumpang seronok. Syukuuuuuurrrr Alhamdulillah!!!

*****************************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
***************


Monday, October 11, 2010

Mini Pelamin Pertunangan: Kim @ Acacia Park, Nilai





Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Kim di Acacia Park, Nilai, Negeri Sembilan pada 10 Oktober 2010

Tema: Putih, Peach, Pink

Asal mulanya Kim berkenan dengan Mini Pelamin Astana. Namun disebabkan Kim lewat booking (kiranya last minute booking) maka tak dapatlah nak menggayakan Mini Pelamin Astana untuk majlisnya.

Oleh itu, Lynnda telah memberikan beberapa contoh mini pelamin lain yang pernah kami hasilkan. Kim juga telah menyuntik beberapa idea agar dapat kami hasilkan mengikut citarasanya. Kehendak pelanggan memang kami jaga dengan sebaiknya.

Alhamdulillah, lihatlah hasilnya! Tampil manis dan anggun untuk ruang tamu yang luas. Tak lekang mata memandang.

Tahniah buat Kim yang tersangat la sporting dan busy orangnya! Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.


________________________
_________________________


*******************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*****************


Mini Pelamin Pertunangan: Isna @ Taman Kosas



Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Isna di Taman Kosas, Ampang pada 10 Oktober 2010

Tema: Pink juga... heheehhee...ramai yg memilih pink utk hujung2 raya nih

Gubahan bunga tampak seperti Fresh Flowers.

Asal mulanya Isna inginkan mini pelamin sama seperti Iftitah. Namun selepas beberapa sesi perbincangan dilakukan, Isna bersetuju dengan cadangan kami. Lihatlah hasilnya! Tampil berbeza.

Ruang rumah yang sempit menjadi cabaran kepada kami untuk menata rias lokasi yang paling baik. Setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Isna serta kedua orang tuanya, maka masing2 bersetuju agar kami membuat susunatur di dinding tepi. Meskipun sedikit sempit untuk sesi fotografi, namun ideal untuk majlis yang bakal berlangsung. Tidak menghalang laluan tetamu yang hadir.

Tahniah buat Isna! Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.

****************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
**************


Mini Pelamin Tunang: Awyn @ Shah Alam



________________________
KLIK Untuk Kursus Membuat Pelamin
KLIK Untuk Belajar Gubahan Bunga Artificial atau Bunga Segar Pelamin
KLIK Untuk Kursus Pemasangan Pelamin Mini
_________________________

Majlis Awyn berlangsung meriah di Shah Alam pada 9 October 2010 ... sorry yer kat dalam gambar tersalah tulis 101010 lak... malas nak edit la...

Awyn yang amat meminati warna pink (sepanjang kami kenal, Lynnda perasan Awyn ni suka sangat dengan warna2 pink) ingin mengabadikan warna kegemaran beliau untuk Mini Pelamin di Majlis Pertunangannya.

Beberapa sesi perbincangan telah dibuat antara Awyn dan Lynnda bagi merealisasikan impiannya. Lihatlah hasilnya!!! Soooo sweeetttt.....

LIHAT PELBAGAI CONTOH MINI PELAMIN DI SINI
LIHAT PELBAGAI CONTOH SOLEKAN TUNANG/NIKAH/SANDING DI SINI



********
CONTACT US for booking

********




Related Posts with Thumbnails