Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Isna di Taman Kosas, Ampang pada 10 Oktober 2010
Tema: Pink juga... heheehhee...ramai yg memilih pink utk hujung2 raya nih
Gubahan bunga tampak seperti Fresh Flowers.
Asal mulanya Isna inginkan mini pelamin sama seperti Iftitah. Namun selepas beberapa sesi perbincangan dilakukan, Isna bersetuju dengan cadangan kami. Lihatlah hasilnya! Tampil berbeza.
Ruang rumah yang sempit menjadi cabaran kepada kami untuk menata rias lokasi yang paling baik. Setelah beberapa perbincangan dilakukan bersama Isna serta kedua orang tuanya, maka masing2 bersetuju agar kami membuat susunatur di dinding tepi. Meskipun sedikit sempit untuk sesi fotografi, namun ideal untuk majlis yang bakal berlangsung. Tidak menghalang laluan tetamu yang hadir.
Tahniah buat Isna! Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin.
**************************************************************************** - 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan - **************************************************************************** | |