Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Daftar email anda untuk mendapatkan jadual bengkel terkini

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, April 21, 2014

Ilmu dan Tips Bisnes

Saya kongsikan Tips dan perkongsian daripada sifu bisnes saya saudara Aqif Azizan

** Langkah selamat sebelum bisnes hadapi kerugian.

Dalam bisnes, kita ada banyak kemungkinan untuk hadapi "hari gelap".

2 Ujian hari gelap bisnes
Hari gelap bermaksud hari bisnes kita mengalami sedikit ujian seperti:
1) Sales kurang.
2) Duit diperlukan untuk menampung kos melebihi perancangan.

Cara untuk mengatasi adalah mewujudkan pelampung-pelampung dalam bisnes.
Pelampung paling kecil adalah pelampung 10%.

===========
Cipta pelampung sebelum parah
===========
Sebagai contoh, untung bersih bisnes kita bulan ini adalah RM10,000.
Ambil 10% dari jumlah RM10,000 untuk dimasukkan ke dalam mana-mana akaun berikut:
1) Akaun emas.
2) Akaun perak.
3) Akaun Tabung Haji.
10% ini amat berguna setiap tahun. Ia boleh jadi modal besar untuk bisnes kita.

Contohnya:
1) 10% daripada RM10,000: RM1,000.
2) RM1,000 x 12 bulan: RM12,000.
3) Kita ada RM12,000 untuk gunakan sebagai modal marketing, iklan atau apa sahaja berkaitan bisnes.

Dapatkan khidmat nasihat dan panduan berguna: ceo@draz.my
CALL or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758


Thursday, April 17, 2014

Apakah dia Kebocoran Wang?

Duit Bocor kerana 3 perkara:

  • Seronok berbelanja: 
    • beli handphone baru, tukar sport rim kereta, makan di McD seisi keluarga, bayar PTPTN, bayar kereta, bayar rumah
  • Salah melabur (sebab tiada ilmu):
    • skim cepat kaya, simpan duit dapat dividen bulan-bulan, duduk diam-diam dapat duit
  • Orang pinjam:
    • adik beradik, kawan-kawan

Bagaimana nak elak duit terus bocor tetapi semakin kekal dan berkembang?

  • Elakkan berbelanja
  • Melabur dengan ilmu
  • Elakkan bagi orang pinjam
Boleh boleh?


Ramai yang tiada ilmu emas sering menyatakan harga Emas akan jatuh. 
Ya! Harga Emas tetap akan jatuh dan tetap ada naik dan turun. Itu adalah hukum alam.
Tetapi jika harga emas jatuh sebanyak manapun, ia tidak akan dapat jatuh sama seperti tahun 2008 mahupun 1999.

Pada tahun 2008, nilai emas per gram ialah RM88.78
Lihat buktinya daripada buku Gold Savings berikut.

Pada tahun 1999, nilai emas per gram ialah RM44.00 

Saya doakan perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua.
Saya juga akan kongsikan ciri-ciri Skim Cepat Lingkup yang sering menjadi daya tarikan buat kita yang suka duduk goyang kaki dapat duit.

ceo@draz.my
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp Only +6010-5157758

Tuesday, April 15, 2014

BERITA: Bengkel Wedding Planner (Gubahan Bunga) - Singapura


Latihan Praktikal: Para peserta ini (keduanya bernama Sharifah)  sedang menyiapkan sebahagian gubahan bunga. 
Di antaranya:
Bunga Berpasu (side piece), Bunga Tengah (centre piece), Bunga Tangan (Hand Bouquet), 

Kursus Wedding Planner yang diadakan House Of AzzaLynn Bridal sering menerima kunjungan peserta yang datang dari luar Malaysia. Di antaranya warga Australia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Kali ini, kami menerima kunjungan kedua peserta ini yang datang dari Singapura juga. Menurut mereka, di Singapura, agak sukar mendapatkan bekalan peralatan pelamin dan pihak kami telah membantu mereka mendapatkan pembekal dan pemborong peralatan pelamin yang berhampiran iaitu di Johor. Puas juga mereka shopping di Puchong kerana terdapat pemborong peralatan pelamin berhampiran kedai kami. 

Di antara topik yang diajar di dalam Kursus Wedding Planner:
  • Langkah menjadi Usahawan
    • Pengurusan Kewangan Syarikat 
      • Cost Management (Admin, Logistic, ManPower)
    • Bagaimana mendapatkan keuntungan dalam tempoh 1 tahun
      • Cutting Cost
      • Hedging
      • Investment
      • Business Expansion
    • Pengurusan Syarikat
    • Teknik Komunikasi Pelanggan
    • Teknik Pemasaran & Mendapatkan Pelanggan
  • Demo & Praktikal
    • Gubahan Bunga 
      • Bunga Berpasu (side piece) 
      • Bunga Tengah (centre piece) & Love Shape 
      • Bunga Hiasan Tangga 
      • Bunga Hiasan Meja Makan Beradap 
      • Bunga Hiasan Bilik Tidur 
      • Bunga Hiasan Pintu Gerbang 
      • Bunga Tangan/ Hand Bouquet (Cone/Strap)
      • Pemasangan Mini Pelamin
        • Pemasangan Kain Tarik & Hiasan Bunga Tengah
        • Susunatur/Setting
        • Pemasangan Lampu & Elektrikal 
      • Pemasangan Pelamin Sanding
        • Pemasangan Backdrop, Scallop & Hiasan Bunga
        • Susunatur/Setting
        • Pemasangan Lampu & Elektrikal 

    kursus@draz.my
    Call or SMS 012-2399629
    WhatsApp ONLY +6010-5157758

    Sunday, April 13, 2014

    Doorgift: Jem Mini Buah


    Doorgift jem mini buah
    (Roselle, Nenas, Belimbing, Serikaya)

    Sesuai utk semua majlis

    Tinggi 4 cm,lebar 4 cm
    Jem ini ada dipersijilkan HALAL, MESTI,GMP, MS ISO 9001: 2008

    Bagi yang ingin mendapatkan harga diskaun LEBIH 30% boleh KLIK DI SINI

    order@draz.my
    Call or SMS 012-2399629
    WhatsApp ONLY +6010-5157758

    Saturday, April 12, 2014

    BERITA: Bengkel Wedding Planner (Gubahan Bunga)





    Latihan Praktikal: Para peserta sedang menyiapkan sebahagian gubahan bunga. 
    Di antaranya:
    Bunga Berpasu (side piece), Bunga Tengah (centre piece), Bunga Tangan (Hand Bouquet), 

    Ke semua jenis gubahan ini sangat penting diketahui bagi usahawan yang berminat menjadi usahawan Wedding Planner. Jika kemahiran ini tidak dikuasai, maka agak sukar memberikan hasil yang diinginkan kerana kos mengupah penggubah bunga adalah lebih mahal daripada membuat sendiri.

    Di antara topik yang diajar di dalam Kursus Wedding Planner:
    • Langkah menjadi Usahawan
      • Pengurusan Kewangan Syarikat 
        • Cost Management (Admin, Logistic, ManPower)
      • Bagaimana mendapatkan keuntungan dalam tempoh 1 tahun
        • Cutting Cost
        • Hedging
        • Investment
        • Business Expansion
      • Pengurusan Syarikat
      • Teknik Komunikasi Pelanggan
      • Teknik Pemasaran & Mendapatkan Pelanggan
    • Demo & Praktikal
      • Gubahan Bunga 
        • Bunga Berpasu (side piece) 
        • Bunga Tengah (centre piece) & Love Shape 
        • Bunga Hiasan Tangga 
        • Bunga Hiasan Meja Makan Beradap 
        • Bunga Hiasan Bilik Tidur 
        • Bunga Hiasan Pintu Gerbang 
        • Bunga Tangan/ Hand Bouquet (Cone/Strap)
        • Pemasangan Mini Pelamin
          • Pemasangan Kain Tarik & Hiasan Bunga Tengah
          • Susunatur/Setting
          • Pemasangan Lampu & Elektrikal 
        • Pemasangan Pelamin Sanding
          • Pemasangan Backdrop, Scallop & Hiasan Bunga
          • Susunatur/Setting
          • Pemasangan Lampu & Elektrikal 



      kursus@draz.my
      Call or SMS 012-2399629
      WhatsApp ONLY +6010-5157758

      BERITA: Bengkel Wedding Planner Firah & Nurul

       
      Latihan Praktikal: Para peserta sedang menyiapkan  hiasan pintu gerbang sebelum di 'spotcheck' oleh kami bagi memastikan hasil kerja yang mereka lakukan adalah terbaik.

       

      Sebahagian daripada aktiviti Kursus untuk Wedding Planner yang ingin menceburi perniagaan dalam bidang ini. 

      Di antara topik yang diajar di dalam Kursus Wedding Planner:
      • 5 Langkah UTAMA menjadi Usahawan Wedding Planner
        • Pengurusan Kewangan Syarikat 
        • Bagaimana mendapatkan keuntungan dalam tempoh 1 tahun
        • Pengurusan Syarikat
        • Teknik Komunikasi Pelanggan
        • Teknik Pemasaran & Mendapatkan Pelanggan
      • Demo & Praktikal
        • 7 Jenis Gubahan Bunga 
        • 7 Langkah Mudah Pemasangan Mini Pelamin
        • 7 Teknik Pantas Pemasangan Pelamin Sanding

      kursus@draz.my
      WhatsApp ONLY +6010-5157758 (pastikan ada simbol + dan no 6)

      Thursday, April 10, 2014

      Hantaran Al Quran Digital


      Hantaran Al Quran Digital


      ===========================
      Nama Produk: Al-Quran Digital
      ===========================

      Setiap SET mengandungi:
      1. Al Quran
      2. Kamus kembara (14 Negara)
      3. Buku Cara-Cara Solat & Doa Harian
      4. Buku Haji & Umrah
      5. Buku Sahih Muslim
      6. Earphone
      7. USB cable
      8. Charger
      9. Guidecard / Manual / Index
      10. Pen Reader
      11. Box/beg

      Qari yang masyur untuk digunakan
      ** Al-Sudais
      ** Abdul Basit
      ** Mahir Alqeeli
      ** Al-Ajmy
      ** Al-Ghamidi
      ** Al-Minshavi
      ** Al-Afasy
      ** Al-Hussary
      ** Al-Hudaify

      KELEBIHAN SET INI
      • Pen ini boleh membaca Word By Word (sepatah demi sepatah)
      • terjemahan ayat Al Quran
      • Meningkatkan Mutu Bacaan Al Quran.
      • Mudah Dibawa.
      • Untuk Menghafal Al Quran.
      • Sesuai untuk anak-anak
      • Sebagai Hantaran Perkahwinan.
      • Sumbangan Kepada Masjid / Madrasah.
      • Sedekah Dan Hadiah Untuk Ibu Bapa.

      KELEBIHAN EXTRA!!!
      1] Bunyi dari Readpen ini TERANG & JELAS, tidak berdesir/terlalu nyaring/pecah
      2] Memory sediada besar 4GB
      3] Slot memory card/microSD card (TF-Card) untuk tambah memori
      4] Kawalan LAJU atau PELAHANKAN bacaan Qari (slow motion/fast fwrd)
      5] Jadikan sebagai MP3, simpan file lagu2 nasyid, bacaan doa yang lain dsb
      6] Huruf-huruf yang jelas dengan PRAKATA BERWARNA bagi setiap bunyi ayat
      7] Panduan Solat serta Bacaan-bacaan DOA yang harian
      8] VOICE RECORDING, boleh merakam suara; dengar bacaan qari, rakam, baca sendiri, dengar semula rakaman suara anda
      Terbukti berkesan kepada meraka yang belum lancar bacaan dan diyakini kerana setiap mahraj dan tajwid disebut dengan betul.

      BONUS POWER : .
      *PERCUMA Tasbeh Digital.
      *PERCUMA Delivery Seluruh Malaysia.

      ====
      CARA TEMPAHAN
      ====
      Harga RM200 termasuk pos ke seluruh Malaysia (Termasuk Sabah dan Sarawak)

      Untuk menempah, taip SMS dengan tepat seperti berikut: QURD  182     

      Hantar Ke: 018-781 5976

      Tuesday, April 8, 2014

      AMARAN: Penyelewengan tentang Pasif Income

      Ramai yang dah selewengkan konsep Pasif Income. 
      Hati-hati lah semua!!

      Pasif income terjana bila dah ada aset & harta je.
      Bukannya cara utk dapatkan kekayaan diluar jangkaan.
      Ingat tu....

      Konsep goyang kaki dapat duit hanya akan terlaksana jika anda memiliki item di bawah sahaja. 
      Jika tiada aset & harta, maka itu nama dia Skim Cepat Lingkup.

      Apa itu Aset & Harta?


      Bagaimana Rumah/Premis Kedai menjadi Aset untuk Pasif Income?
      • Rumah/Premis Kedai disewakan seperti berikut:
        • sewaan penuh, 
        • sewaan bilik/partitioning, 
        • sewaan bulanan (sewaan biasa) 
        • sewaan harian (homestay/hotel/guest house)
        • sewaan atas sewaan 
      • Rumah/Premis Kedai anda masih kekal menjadi Liabiliti jika sewaan yang anda terima adalah berkurangan daripada Kos Pinjaman Bank yang anda perlu bayar
        • Sebagai Contoh: Anda pinjam wang bank XYZ untuk pembelian rumah teres dua tingkat dan perlu membayar RM1500 sebulan kepada bank XYZ. 
          • Case 1: Anda sewakan rumah dengan kadar sewa sebulan RM1650, maka lebihan RM150 itu adalah Pasif Income anda.
          • Case 2: Anda sewakan rumah dengan kadar sewa sebulan RM1000, maka kurangan RM500 itu adalah Liabiliti anda
      • Saya sarankan anda baca buku tulisan Azizi Hj Ali bertajuk "Bagaimana Menjadi Tuan Rumah Jutawan"
        • buku ini saya baca bagi mendapatkan tatacara menjana Pasif Income untuk Rumah Apartment, Rumah Teres dan Premis Kedai yang saya miliki.

      ========
      Bagi Anda yang ingin mempelajari Bagaimana Emas dan Perak menjadi Aset untuk Pasif Income, boleh hubungi saya untuk khidmat nasihat terbaik.
      ========
      ceo@draz.my
      Call or SMS 012-2399629
      WhatsApp ONLY +6010-5157758


      Monday, April 7, 2014

      Tahukah Anda Bahawa Berniaga TIDAK Perlukan Modal?

      Anda tidak tahu?
      Sayang seribu kali sayang.
      Inilah kelemahan para usahawan kita yang saya lihat mempunyai cita-cita besar setinggi gunung tetapi STUCK dan SANGKUT apabila ingin memulakan perniagaan hanya semata-mata TIADA MODAL.

      Saya sangat yakin dan percaya untuk memulakan sesebuah perniagaan TIDAK PERLU SEBARANG MODAL pun.

      Saya juga telah buktikan, saya sendiri berniaga TANPA MODAL Wang Ringgit Sesen pun bermula dari darjah 2. Saya berniaga nasi lemak. Buah jambu. Buah nangka. Ubi kayu. Pucuk Ubi. Daun Pisang. Dan macam-macam lagi. Itu perniagaan kecil-kecilan yang telah pun saya ceburi sejak kecil.

      Sewaktu di sekolah menengah, saya terlibat sebagai peniaga tudung bawal, turut berniaga makanan basah dan kering di asrama. Satu sen pun saya tidak mengeluarkan belanja.

      Di UiTM juga sama, saya berniaga tudung bawal dan t-shirt.

      Manakala di UUM, saya berniaga produk AVON serta berpeluang ke luar negara menjadi Duta Malaysia. Saya juga berpeluang ke seluruh tanahair tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang belanja.

      Sebagai pelajar, bagaimana saya ingin mendapatkan wang belanja yang banyak semata-mata untuk melancong bukan? Melancong ke luar negara merupakan satu impian yang tinggal impian andai saya dikatakan perlu menyimpan wang terlebih dahulu. Sementelah sepanjang saya belajar dari sekolah menengah sehingga ke UUM, keluarga saya yang miskin tegar tidak mampu membayar yuran pengajian setiap semester apatah lagi ingin memberikan duit saku.

      Bagaimana ya saya membayar yuran pengajian sebanyak RM20,000 - 40,000 waktu itu?

      Percayakah anda, sepanjang saya darjah 1 sehingga Tingkatan 5, saya tidak memiliki wang belanja sekolah? Saya ke sekolah dengan kasut koyak yang dipakai untuk 2 tahun setiap kasut, baju kurung yang ibu saya jahit dan perlu dipakai untuk tempoh 2 tahun, rambut panjang hanya diikat getah sayur kerana tidak mampu membeli reben satin berwarna biru ataupun putih sewaktu di sekolah rendah, manakala tudung yang sama sebanyak 3 helai yang saya pakai  sepanjang 5 tahun sewaktu di sekolah menengah.

      Ingin tahu bagaimana berniaga tanpa sebarang modal?

      Ikuti perkongsian saya selanjutnya

      House Of AzzaLynn Bridal
      ceo@draz.my

      Aktiviti menunggang unta selepas usai Safari Drive sementara menantikan tarian gelek
      Kos Safari Drive satu kepala DH150 x 7 orang = DH1050.00
      Dubai + Abu Dhabi + Ras Al Khaimah, United Arab Emirates
      Percutian keluarga ini ditaja sepenuhnya oleh saya sendiri, hasil titik peluh berniaga tanpa sebarang modal.  


      Friday, April 4, 2014

      Apa itu INFLASI?

      Bismillahirrahmaanirrahiiimm

      Sana sini ramai yang bercerita tentang Inflasi. Apa Itu Inflasi?

      Terma inflasi ini terkandung di dalam topik Ekonomi di Universiti Teknologi MARA sewaktu saya belajar di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Terus terang, saya bukanlah seorang pelajar yang cepat faham. Saya belajar hanya semata-mata ingin menamatkan kursus dan mendapatkan sekeping Diploma bertujuan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Subjek Ekonomi merupakan di antara subjek yang saya sangat lemah. Subjek yang mudah untuk saya score biasanya ACC dan juga ELS. Namun, Syukur Alhamdulillah, merasa juga mendapat Dean's List sewaktu di UiTM. Maknanya, takde lah teruk sangat saya ni... hihihihihi....

      OK... selepas hampir 20 tahun (belajar di UiTM ketika berusia 20 tahun), barulah kini saya faham dengan sejelasnya apa maksud Inflasi.

      Contoh dan case study paling mudah untuk difahami, atau orang putih panggil Layman Term:
      gambar contoh sahaja

      Pada tahun 1980, duit belanja saya ke sekolah ialah 5sen atau 10sen. Dengan nilai tersebut, saya boleh menikmati sebungkus nasi lemak dan air sirap. Saya boleh menikmati makanan tersebut dengan kenyang.
      Nilai tersebut berubah mendadak pada tahun 1986, apabila duit 5sen hanya mampu membeli sebiji gula-gula. Saya penggemar gula-gula dan saya sangat marah apabila pekedai memberitahu bahawa saya tak boleh lagi mendapatkan 3biji gula-gula dengan duit 5sen.
      Kini pada tahun 2014, nilai 5sen sudah tidak mampu membeli apa-apa dan pihak pejabat pos juga tidak akan mengembalikan nilai 5sen jika kami membuat pengeposan barangan yang melibatkan baki 5sen. 
      Itu contoh kecil. Apa kata saya berikan contoh dan case study untuk nilai yang besar pula:

      Pada tahun 1990, dengan duit RM50, bapa saya mampu membeli keperluan lauk dan belanja dapur sebulan. Ini termasuklah beras, gula, tepung, sardin dalam tin, kicap dan lain-lain lagi
      Kini pada tahun 2014, dengan duit RM50, saya hanya mampu mendapatkan set makan tengahari untuk dua orang sahaja. Atau saya hanya boleh membeli 2 jenis ikan dengan berat tidak lebih 1kg setiap satu jenis.
      Contoh dan case study favourite:


      gambar contoh sahaja
      Pada tahun 1990, RM1 boleh membeli 5biji karipap. Gemuk-gemuk inti ayam dan daging yang padat. Kenyang makan sebiji. 
      Pada tahun 2014, RM1 boleh membeli 1biji karipap yang KURUS dan intinya hanya kentang ditambah ajinomoto secukup rasa. 

      Contoh bagi bakal pengantin di Selangor, Malaysia:
      gambar contoh sahaja
      Pada tahun 2004, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 boleh menjamu makan tetamu seramai 1000 jemputan.
      Pada tahun 2014, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 hanya boleh menjamu makan tetamu seramai 100 jemputan
      *** Sebab itu ramai bakal pengantin mengamuk kerana mak bapa pengantin perempuan meminta wang hantaran minima RM20,000. 
      Sebab itu ramai yang lambat kahwin atau memilih untuk tidak berkahwin. 
      Namun begitu, bagi yang bijak melawan Inflasi, mereka tidak perlu menunggu wang jatuh ke riba. 
      Nilai RM5000 masih boleh digunakan pada masa kini, jika bakal pengantin tahu ke mana duit itu perlu dileburkan ***

      Boleh nampak bagaimana perubahan nilai wang berlaku?
      Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi ia berlaku di seluruh dunia yang mengamalkan nilai matawang.

      Syukur Alhamdulillah. Meskipun saya lemah Ekonomi sewaktu di UiTM dahulu. Rupanya ilmu itu sangat membantu saya kini. Pemahaman seseorang itu tidak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat macam saya. Namun saya bersyukur, Allah masih memberi saya peluang untuk menerima hidayahnya.

      Hidayah dan Ilmu perlu dicari. Ia tidak datang bergolek.

      Saya doakan penerangan ini dapat membantu anda yang masih tidak faham tentang Inflasi.

      Terima kasih.

      Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat, hubungi saya
      Call or SMS 012-2399629
      WhatsApp ONLY +6010-5157758
      ceo@draz.my

      Thursday, April 3, 2014

      Teknik melindungi harta dari dimamah inflasi

      Kejatuhan harga emas dan perak
      Kejatuhan harga emas dan perak di bawah USD1300 /oz dan dibawah USD20 menyediakan peluang memborong emas dan perak dengan jayanya.
      Harga silver dibawah 19.70 usd memang sangat menarik.


      Melahirkan jutawan kecil bermula pada hari perayaan
      Saya sendiri memborong beberapa keping 1 Dinar, 10 dirham dan juga Silver Bullion.
      Niat saya ingin jadikan pengganti kepada duit raya kerana saya ingin mendidik jutawan kecil bermula dari awal.
      Manakan tidak, duit raya sebanyak RM100 seorang sudah tidak bernilai pada masa kini.
      Apatah lagi apabila sikecil berumur 17 tahun pada masa akan datang. Nilai RM100 sudah tidak boleh membayar yuran persekolahan.
      Dengan hanya sekeping Dinar, mampu membayar yuran persekolahan, sakit pening, boleh dijadikan wang hantaran apabila mereka ingin berkahwin kelak. 
      Inilah dia jutawan muda yang telah diasuh sejak kecil.

      Harga 10 dirham sekarang hanya RM94 sekeping + RM5 kos transport.
      Tujuannya untuk simpanan.
      Sangat berbaloi, apatah lagi sebelum ini harga 10 dirham ialah RM120. 
      Harga sekarang sangat berbaloi-baloi.
      Mari memborong dan menyimpan emas dan perak.
      Anda boleh bermula sendiri.

      Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat, hubungi saya
      Call or SMS 012-2399629
      WhatsApp ONLY +6010-5157758
      ceo@draz.my

      Doorgift: CD Al Quran 30 juzuk

      ======
      Mengapa hadiah CD Bacaan Al Quran 30 Juzuk ini sangat bermanfaat?
      ======
      ✓ Boleh diperdengarkan di dalam kereta sewaktu perjalanan.
      ✓ Boleh diperdengarkan di rumah sambil dapat memperbaiki bacaan dan hafalan.
      ✓ Tidak Membazir
      ✓ Tidak dibuang seperti bunga telur dan gula2
      ✓ InsyaAllah pahala pun dapat dan pastinya berganda!

      500pcs: FREE Design + FREE Sampul CD
      1000pcs: FREE Design + FREE Sampul CD
      FREE white jacket/plastic cover for CD (tak boleh pilih)
      FREE Design (boleh ubah nama dan tarikh atau berikan contoh design impian anda)

      CD yang dah siap perlu diambil di Puchong atau Taman Dato Senu KL [Tiada kos penghantaran dikenakan]
      Bagi yang tak boleh ambil sendiri di kedai kami: Kos pengeposan perlu di tambah mengikut berat dan saiz kotak serta lokasi anda

      Hubungi kami utk dan mendapatkan nasihat rekaan dan warna pilihan.

      order@draz.my
      012-2399629 Call or SMS Only
      +6010-5157758 WhatsApp ONLY

      http://tinyurl.com/DoorgiftCD
      Related Posts with Thumbnails