Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Friday, April 4, 2014

Apa itu INFLASI?

Bismillahirrahmaanirrahiiimm

Sana sini ramai yang bercerita tentang Inflasi. Apa Itu Inflasi?

Terma inflasi ini terkandung di dalam topik Ekonomi di Universiti Teknologi MARA sewaktu saya belajar di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Terus terang, saya bukanlah seorang pelajar yang cepat faham. Saya belajar hanya semata-mata ingin menamatkan kursus dan mendapatkan sekeping Diploma bertujuan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Subjek Ekonomi merupakan di antara subjek yang saya sangat lemah. Subjek yang mudah untuk saya score biasanya ACC dan juga ELS. Namun, Syukur Alhamdulillah, merasa juga mendapat Dean's List sewaktu di UiTM. Maknanya, takde lah teruk sangat saya ni... hihihihihi....

OK... selepas hampir 20 tahun (belajar di UiTM ketika berusia 20 tahun), barulah kini saya faham dengan sejelasnya apa maksud Inflasi.

Contoh dan case study paling mudah untuk difahami, atau orang putih panggil Layman Term:
gambar contoh sahaja

Pada tahun 1980, duit belanja saya ke sekolah ialah 5sen atau 10sen. Dengan nilai tersebut, saya boleh menikmati sebungkus nasi lemak dan air sirap. Saya boleh menikmati makanan tersebut dengan kenyang.
Nilai tersebut berubah mendadak pada tahun 1986, apabila duit 5sen hanya mampu membeli sebiji gula-gula. Saya penggemar gula-gula dan saya sangat marah apabila pekedai memberitahu bahawa saya tak boleh lagi mendapatkan 3biji gula-gula dengan duit 5sen.
Kini pada tahun 2014, nilai 5sen sudah tidak mampu membeli apa-apa dan pihak pejabat pos juga tidak akan mengembalikan nilai 5sen jika kami membuat pengeposan barangan yang melibatkan baki 5sen. 
Itu contoh kecil. Apa kata saya berikan contoh dan case study untuk nilai yang besar pula:

Pada tahun 1990, dengan duit RM50, bapa saya mampu membeli keperluan lauk dan belanja dapur sebulan. Ini termasuklah beras, gula, tepung, sardin dalam tin, kicap dan lain-lain lagi
Kini pada tahun 2014, dengan duit RM50, saya hanya mampu mendapatkan set makan tengahari untuk dua orang sahaja. Atau saya hanya boleh membeli 2 jenis ikan dengan berat tidak lebih 1kg setiap satu jenis.
Contoh dan case study favourite:


gambar contoh sahaja
Pada tahun 1990, RM1 boleh membeli 5biji karipap. Gemuk-gemuk inti ayam dan daging yang padat. Kenyang makan sebiji. 
Pada tahun 2014, RM1 boleh membeli 1biji karipap yang KURUS dan intinya hanya kentang ditambah ajinomoto secukup rasa. 

Contoh bagi bakal pengantin di Selangor, Malaysia:
gambar contoh sahaja
Pada tahun 2004, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 boleh menjamu makan tetamu seramai 1000 jemputan.
Pada tahun 2014, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 hanya boleh menjamu makan tetamu seramai 100 jemputan
*** Sebab itu ramai bakal pengantin mengamuk kerana mak bapa pengantin perempuan meminta wang hantaran minima RM20,000. 
Sebab itu ramai yang lambat kahwin atau memilih untuk tidak berkahwin. 
Namun begitu, bagi yang bijak melawan Inflasi, mereka tidak perlu menunggu wang jatuh ke riba. 
Nilai RM5000 masih boleh digunakan pada masa kini, jika bakal pengantin tahu ke mana duit itu perlu dileburkan ***

Boleh nampak bagaimana perubahan nilai wang berlaku?
Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi ia berlaku di seluruh dunia yang mengamalkan nilai matawang.

Syukur Alhamdulillah. Meskipun saya lemah Ekonomi sewaktu di UiTM dahulu. Rupanya ilmu itu sangat membantu saya kini. Pemahaman seseorang itu tidak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat macam saya. Namun saya bersyukur, Allah masih memberi saya peluang untuk menerima hidayahnya.

Hidayah dan Ilmu perlu dicari. Ia tidak datang bergolek.

Saya doakan penerangan ini dapat membantu anda yang masih tidak faham tentang Inflasi.

Terima kasih.

Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat, hubungi saya
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my
Related Posts with Thumbnails