Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, April 7, 2014

Tahukah Anda Bahawa Berniaga TIDAK Perlukan Modal?

Anda tidak tahu?
Sayang seribu kali sayang.
Inilah kelemahan para usahawan kita yang saya lihat mempunyai cita-cita besar setinggi gunung tetapi STUCK dan SANGKUT apabila ingin memulakan perniagaan hanya semata-mata TIADA MODAL.

Saya sangat yakin dan percaya untuk memulakan sesebuah perniagaan TIDAK PERLU SEBARANG MODAL pun.

Saya juga telah buktikan, saya sendiri berniaga TANPA MODAL Wang Ringgit Sesen pun bermula dari darjah 2. Saya berniaga nasi lemak. Buah jambu. Buah nangka. Ubi kayu. Pucuk Ubi. Daun Pisang. Dan macam-macam lagi. Itu perniagaan kecil-kecilan yang telah pun saya ceburi sejak kecil.

Sewaktu di sekolah menengah, saya terlibat sebagai peniaga tudung bawal, turut berniaga makanan basah dan kering di asrama. Satu sen pun saya tidak mengeluarkan belanja.

Di UiTM juga sama, saya berniaga tudung bawal dan t-shirt.

Manakala di UUM, saya berniaga produk AVON serta berpeluang ke luar negara menjadi Duta Malaysia. Saya juga berpeluang ke seluruh tanahair tanpa perlu mengeluarkan sebarang wang belanja.

Sebagai pelajar, bagaimana saya ingin mendapatkan wang belanja yang banyak semata-mata untuk melancong bukan? Melancong ke luar negara merupakan satu impian yang tinggal impian andai saya dikatakan perlu menyimpan wang terlebih dahulu. Sementelah sepanjang saya belajar dari sekolah menengah sehingga ke UUM, keluarga saya yang miskin tegar tidak mampu membayar yuran pengajian setiap semester apatah lagi ingin memberikan duit saku.

Bagaimana ya saya membayar yuran pengajian sebanyak RM20,000 - 40,000 waktu itu?

Percayakah anda, sepanjang saya darjah 1 sehingga Tingkatan 5, saya tidak memiliki wang belanja sekolah? Saya ke sekolah dengan kasut koyak yang dipakai untuk 2 tahun setiap kasut, baju kurung yang ibu saya jahit dan perlu dipakai untuk tempoh 2 tahun, rambut panjang hanya diikat getah sayur kerana tidak mampu membeli reben satin berwarna biru ataupun putih sewaktu di sekolah rendah, manakala tudung yang sama sebanyak 3 helai yang saya pakai  sepanjang 5 tahun sewaktu di sekolah menengah.

Ingin tahu bagaimana berniaga tanpa sebarang modal?

Ikuti perkongsian saya selanjutnya

House Of AzzaLynn Bridal
ceo@draz.my

Aktiviti menunggang unta selepas usai Safari Drive sementara menantikan tarian gelek
Kos Safari Drive satu kepala DH150 x 7 orang = DH1050.00
Dubai + Abu Dhabi + Ras Al Khaimah, United Arab Emirates
Percutian keluarga ini ditaja sepenuhnya oleh saya sendiri, hasil titik peluh berniaga tanpa sebarang modal.  


Related Posts with Thumbnails