Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, November 22, 2010

Majlis Cukur Jambul - Pn Jamaliah 211110


Mini Pelamin Untuk Majlis Cukur Jambul Cucu Kesayangan Pn. Jamaliah dari Desa Subang Permai

Serba pink sebab cucu perempuan. Umur dah 3 bulan kalau tak silap. Marlia yg keletah dan pintar. Geram tengok. Tapi sorry la Lynnda tak amik gambar Marlia si baby comel. Lepas pasang pelamin terus Lynnda balik sbb kena uruskan customer dari Arab (ada 4 sekeluarga dari Arab) yang dah bersama kami di D RAZ Travel sepanjang 2 minggu melancong dan shopping sakan di Malaysia.

Amat seronok berurusan dgn Pn Jamaliah yang sangat mesra dan peramah. Kami telah berbincang panjang lebar. Menurut Pn Jamaliah, cucunya dah besar, jadi tak boleh nak pakai cradle atau baby cot. Apabila melihat mini pelamin yang kami paparkan di blog, terus beliau berkenan dan serasi. Beliau meminta kami menghias serba pink dengan beberapa permintaan yang kami cuba penuhi. Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Senyum lebar Pn Jamaliah. Tambah seronok apabila Pn Jamaliah bercerita, cucunya tidur lena di mini pelamin sepanjang majlis.

Hubungi Kami Untuk Tempahan Mini Pelamin seperti ini jika anda mahukan untuk majlis tunang, majlis nikah atau majlis cukur jambul. Semuanya bisa di atur. InsyaAllah

**************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
************


Related Posts with Thumbnails