Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Daftar email anda untuk mendapatkan jadual bengkel terkini

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Saturday, May 18, 2013

Rawatan Mandi Susu




Kebanyakan wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa.
Terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat.
Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita berkerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.

Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu:
1. mencerahkan kulit
2. melembutkan kulit
3. menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya.
Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Saya ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah:
1. Siapkan beberapa mangkuk susu (boleh gunakan susu tepung ataupun susu cair)
2. Campurkan sedikit minyak zaitun.
3. Panaskan selama 5 hingga 10 minit.
4. Campurkan dengan sedikit air suam.
5. Berendam selama 20 hingga 30 minit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum.

Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails