Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, July 27, 2009

Sekitar Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yang telah berlangsung

Jangan tak percaya! Boleh mekap sendiri! Inilah buktinya!

Assalamualaikum semua...

Lynnda kembali lagi dengan beberapa isu menarik untuk dipaparkan.

Jutaan terima kasih di atas kahadiran anda semua pada Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yg telah diadakan pada 26 Julai yang lepas. Sangat meriah dan best. Kali ini ramai yang datang dari jauh. Ada yang dari Melaka dan juga Perak. Sanggup bersesat-sesat demi mencari ilmu. Kehadiran anda amat Lynnda hargai.

Di sini Lynnda sertakan satu keping gambar dulu. Lynnda akan upload satu persatu nanti serta emailkan kepada anda semua seperti yg telah dijanjikan.

Apa yang Lynnda tak dapat lupakan sangat ialah, para peserta kali ini semuanya GILA POSING!!! Di mana ada kamera, di situ ada yang menonjolkan muka. Almaklumlah, wajah masing2 telah berjaya disolek sendiri. Siapa tak bangga! Lynnda pun tumpang bangga kerana segala tips dan panduan yang Lynnda dan Azza kongsi telah dapat membantu para peserta mencapai impian untuk berjaya menyolek wajah sendiri.

Tersenyum-senyum sendiri saat Lynnda membelek2 dan memilih gambar utk dimuatkan dalam ruangan ini. Sabar yer. Pelan pelan Lynnda kongsikan.

Buat masa ini, terimalah model-model sporting yang telah berjaya mencapai impian masing2. Mak Buyung pun tak nak kalah... ni mesti pembawakan budak nih.. pasti nanti tak ter challenge si ibu kalau anaknya gemar posing nanti.


Teknik Solekan Mata Smokey Eyes yang dipelajari menghasilkan solekan mata yg cantik. Macam minah Arab la... Inilah hasil yg berjaya dilakukan oleh para peserta sendiri...

Di dalam bengkel-bengkel yang kami anjurkan, para peserta berpeluang mempelajari tips2 dan teknik2 yg tepat demi menghasilkan solekan yang hebat.

Lihat hasil solekan menggunakan KRYOLAN. Mudah dipelajari dalam tempoh sehari sahaja!



kak lynnda....thanks a lot sebab hantarkan gambar group nie... rase cam tak pecaya lah bila tengok gambar nie....semua kawan2office dok puji2,.. cun la.. ade yg nak ikut kelas akak la.. heheh... mane tak ye, kalau dulu.. meka-up sememeh je.. tapi sekarang dah pandai buat kening ckit, buat smokey eye... dah pandai pakai lipstik...touch up blusher... thanks sekali lagi..
minta tolong email kan gambar rihan...



Salam Lynda,

Thanks for the gambar..sume mcm model2 2nd class..hehe
i yg ala2 norjuma..wekk

nanti email tau gambar2 yg ada muka juma ni.

anyway, bengkel tu bagus klu ada masa nak join lagi.



Lynnda baru terima email dari beberapa orang peserta... waaaa.... seronoknya baca.... seronok sebab mampu membantu anda mencapai impian untuk berjaya menggunakan alat solek sendiri




********
CONTACT US for info and registration



Related Posts with Thumbnails