Hari ini saya nak kongsikan tentang Dropship dari sudut seorang Agen Dropshipper dan juga dari sudut Pembekal iaitu Peniaga (✿◠‿◠)
=======================================================
.
83% Peniaga TAK FAHAM apa itu Dropshipping.
Masing-masing berebut nak buat Dropshipping dan mula mencari agen masing-masing tapi tidak memahami apakah yang dinamakan Dropshipping.
.
.
✍ Dropshipping bermaksud, Pembekal (Peniaga) melantik Agen Dropshipper untuk menjualkan barangnya TANPA perlu Agen Dropshipper membuat sebarang belian barangan tersebut. Agen Dropshipper akan membuat promosi dan menjual barangan tersebut tanpa sebarang stok di tangan. Apabila menerima tempahan daripada Pembeli, Agen Dropshipper akan menghubungi Pembekal dan Pembekal akan membuat penghantaran kepada Pembeli bagi pihak Agen Dropshipper.
.
.
Kesilapan UTAMA yang biasa dilakukan oleh Pembekal:
Pembekal meminta Agen Dropshipper membeli stok dan semua urusan diuruskan oleh Agen Dropshipper.... ini SALAH... ini BUKAN Dropshipping tetapi ini dinamakan Retail Agent ataupun Stokis.
.
.
Terdapat jurang perbezaan antara Retail Agent dan juga Stokis.
.
.
2 Kesilapan UTAMA yang biasa dilakukan oleh Agen Dropshipper:
Agen Dropshipper menganggap sebagai Dropshipper mereka layak meminta komisyen sebesar 25%-50% iaitu sama dengan Retail Agent dan juga Stokis... ini SALAH... jika Agen Dropshipper inginkan komisyen besar yang sama dengan Retail Agent dan Stokis, hendaklah mengeluarkan modal minima dan perlu menyimpan stok.
Agen Dropshipper menganggap komisyen serendah RM1 atau 5% per item adalah sangat rendah... ini SALAH... Tahukah anda, Agen Dropshipper yang berjaya adalah mereka yang menggunakan Volume. Iaitu membuat jualan yang banyak. Untungnya, Agen Dropshipper TIADA risiko dan ZERO kerugian.
.
.
Dropshipping adalah bisnes yang paling bagus untuk mereka yang:
- tiada memiliki premis/kedai
- tidak memiliki modal besar untuk menyimpan stok
- yang baru belajar berniaga..
ps: ramai otai bisnes juga masih menjadi dropshipper sebagai 'side income'
.
.
pss: jangan sombong dengan rezeki yang sekecil RM1.... apabila kita sombong dengan rezeki, maka Allah juga tidak mahu memberikan rezeki kepada kita...
.
.
Sentiasa terngiang-ngiang di telinga pesanan Chef Li
"Biar Kecil Asal Berhasil, Jangan Besar Akhirnya Bubar"Cubalah cari dan baca buku tersebut.... sangat membuka minda saya...
.
.
Bermula dengan pembacaan buku tersebut, saya bertekad untuk TIDAK melibatkan diri dengan RIBA... saya yakin, RIBA adalah racun kepada bisnes yang dimulakan.... Bagaimana Menghindari RIBA (Sila Klik untuk baca)
.
.
InsyaAllah saya akan sambung lagi dengan izin Allah.... semoga perkongsian ini dapat membantu kita memperbaiki kehidupan yang lebih mencabar...
.
.
House of AzzaLynn Bridal
012-2399629