Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Saturday, June 14, 2014

AMARAN: HANYA UNTUK YANG BELUM KAHWIN SAHAJA

Tarikh majlis persandingan semakin lama semakin hampir. 
Persediaan masih zero. Nak cuti pula susah pulak boss nak lepaskan. 
Serabut memikirkan apa yang perlu disediakan untuk majlis hari bahagia nanti.

Yang penting apa yang perlu dimulakan dahulu? 
Saya beri sedikit tips untuk memudahkan perancangan persediaan hari bahagia nanti.

Tips Persediaan Hari Perkahwinan:-

Tips #1: 6 bulan sebelum 
- Buat kajiselidik pakej perkahwinan mengikut keperluan
- Perkara yang perlu diambil kira adalah:
  • kualiti perkhidmatan
  • jarak tempat majlis dengan pembekal perkhidmatan anda 
  • harga. 
Tips #2: 5 bulan sebelum 
  • Buat analisis harga di antara pakej yang telah dibuat kajiselidik. 
  • Untuk kualiti perkhidmatan:
    • ambil kira portfolio dan profil yang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang
    • beri peluang untuk rasa makanan yang sedap 
    • harga. 
  • Buat senarai pendek, pembekal perancang perkahwinan sekurang-kurangnya 3 yang terbaik
Tips #3: 4 bulan sebelum 
  • Tentukan tema dan konsep majlis. 
  • Buat perbincangan dengan pembekal perancangan perkahwinan yang boleh menepati tema dan konsep. 
  • Pilih pembekal yang mesra dan memberi layanan yang terbaik serta memberi khidmat nasihat yang ikhlas dan jujur
Tips #4: 3 bulan sebelum 
  • Buat tempahan pakej pilihan. 
  • Buat tempahan pakej yang bersesuaian dengan kos anda serta kualiti perkhidmatan terbaik yang boleh diberikan. 
  • Bincang dengan perunding perancang perkahwinan tentang tips pemilihan baju, andaman, pelamin yang bertepatan dengan warna tema dan konsep. 
  • Bayaran deposit diperlukan untuk membuat tempahan bagi memastikan tarikh majlis di tempah. 
  • Biasanya pembekal perancang perkahwinan tidak membenarkan tarikh pasangan lain diterima sekiranya tarikh anda telah ditempah, tertakluk kepada kapasiti dan keupayaan pembekal.

Ada banyak tips yang penting yang perlu dibincangkan dengan Perunding Perancang Perkahwinan anda. 

Bagi yang ingin dapatkan konsultansi PERCUMA boleh hubungi saya di 012-2399629 untuk temujanji.


Serahkan tugas Pasang Pelamin kepada yang PAKAR!!!

Hantar Email kepada pelamin@draz.my
======
  1. Tajuk Email: Saya perlukan pelamin majlis Sanding/Nikah/Tunang
  2. Nama Anda
  3. Alamat Majlis Anda
  4. Tarikh Majlis Anda
  5. Warna Tema Anda
  6. Anggaran Budget Anda (kami boleh berikan cadangan pelamin mengikut budget anda)
Anda mungkin berminat untuk mendapatkan Tips-tips berikut
[klik tajuk di bawah]:
Apa Itu Pelamin Mini?
Tips Asas Memilih Pelamin Mini

Related Posts with Thumbnails