Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Saturday, September 18, 2010

Solekan Nikah dan Sanding: Izza CMTS





Izza ni my ex-colleague kat SIC.
Izza datang awal ke butik Lynnda di Puchong untuk membuat tempahan mekap bagi majlis nikah dan sanding beliau.

Perbincangan demi perbincangan diadakan kerana Izza seorang perfectionist. Kulitnya yang sensitif dengan alat2 solekan di pasaran telah membuatkan Izza betul2 memberikan pesanan demi pesanan kepada Lynnda agar kami dapat menggunakan alat solek yang disediakan beliau. Selain itu Izza turut meminta agar kami tidak menghasilkan solekan yang overdose macam drag queen yg sering dia lihat di majlis perkahwinan orang lain. Cukup dengan solekan yang simple dan sweet dipandang mata katanya.

Oleh itu, kami langsung tidak mengenakan sebarang alat solek KRYOLAN mahupun MAC atau Bobbi Brown. Izza hanya boleh gunakan produk Body Shop yang sering dipakainya. Mengetahui keadaan sebegitu, Lynnda telah memberikan nasihat pakar tentang jenis2 produk Body Shop yang Izza perlu sediakan sesuai digunakan untuk majlis nikah dan juga majlis sandingnya.

Mujur kulit Izza tidak terlalu banyak masalah. Lihatlah hasilnya menggunakan produk Body Shop sepenuhnya.

Majlis pada Julai 2010 ini telah disempurnakan oleh in-house make-up artist kami iaitu Intan Yazlin @ AzzaLynn Bridal.

Quote:
***Intan bermula di AzzaLynn Bridal dengan mengikuti Kursus Andaman ZERO Knowledge yang dianjurkan AzzaLynn Bridal. Sebaik tamat kursus asas, Intan tidak berdiam diri dan terus mengorak langkah panjang dengan mengikuti pelbagai kursus lain anjuran kami mahupun anjuran tempat2 lain yang telah direkemen oleh Lynnda. Intan juga tak reti penat, pelbagai tawaran dicari dan diambil (majalah, TV dll) tanpa memikirkan soal bayaran sehingga Intan berjaya menempa nama. Betul2 mendengar nasihat, pesanan dan tips yang Lynnda telah berikan sepanjang sesi bengkel yang Intan telah hadiri bersama kami.


**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************




Related Posts with Thumbnails