Tarikh & Masa:
SETIAP SABTU - 4:00 petang
SETIAP SELASA - 8:30 malam
Lokasi: AzzaLynn Bridal, Puchong
SETIAP SABTU - 4:00 petang
SETIAP SELASA - 8:30 malam
Lokasi: AzzaLynn Bridal, Puchong
Yuran Promosi: RM50 seorang
Sila emailkan bukti pembayaran iaitu bank slip atau salinan transaksi ke nlynnda@yahoo.co.uk. atau bawa slip tersebut semasa hadir kelas.
Sila buat perkara berikut:
1. Tulis Tajuk Email : "Bayaran Bengkel di Puchong"
2. Tulis Nama Penuh, No Telefon Anda
3. Nyatakan bengkel yg hendak diikuti, tarikh dan masa (contoh: Skil Membentuk Kening bertarikh X???X 2011 pada jam X???X)
Program ini sesuai untuk diikuti oleh mereka yang sudah mempunyai kemahiran solekan dan ingin memperbaiki teknik solekan agar menjadi lebih baik.
Kami sering melihat masalah kening ini menjadi masalah utama para jurumekap dan juga mekap artis di Malaysia. Ramai jurumekap memberikan hasil kening yang 'tawar', tidak bermaya, kening sedih, kening Sinchan dan pelbagai lagi. Ini mengakibatkan penampilan pengantin hilang serinya. Kening tidak perlu dicukur tetapi ada pelbagai teknik yang sangat membantu terutamanya dengan kewujudan pelbagai peralatan dan perkakasan yang sangat memudahkan jurumekap kini.
Di dalam program ini, para peserta akan:
- Berkenalan dengan pola kening, keluasan kening, jarak kening
- Teknik langkah demi langkah membentuk kening yang cantik
- Produk yang sesuai digunakan untuk membentuk kening
Para peserta digalakkan membawa model. Namun jika tiada model, ia bukanlah menjadi masalah. Datang sahaja dan bukalah minda anda untuk menerima ilmu dari kami.
PERINGATAN:
Kalau anda tidak hadir, deposit booking tidak akan dikembalikan atas alasan apa sekalipun. Anda juga tidak boleh tukar tarikh tetapi anda boleh gantikan dengan adik beradik anda saudara mara dan juga kawan2 anda.
******************************************************************* - 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan - ******************************************************************* |