Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, December 15, 2014

Apa kata Survey?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Selalunya saya banyak kongsikan info dan tips je kan tentang solekan terutamanya FCC.
Kali ni saya nak buat survey sikit. Survey ini hanya untuk anda yang rajin bershopping di sini.

Soalan saya:

Kalau anda shopping barang FCC, anda suka dapat hadiah tak?
Jika suka, apakah hadiah yang anda paling idamkan?
  1. Produk FCC
  2. Voucher FCC
  3. Emas 1gm
*** Boleh komen di bawah atau boleh klik borang ni dan isikan. Pastikan no telefon dan email anda betul kalau nak hadiah ye. ****

Hadiah yang saya suka
Name:
No Telefon
Email Address:

Create a web form here



Kalau tak ada yang nak jawap, maka saya simpan je lah hadiah saya ni. 
Saya akan offer kat Group saya yang lain. 
Buat masa ni saya baru tanya kat sini je dulu. 
Sebab saya nak pastikan geng BMC FCC dapat dulu. hihihi....

Terima kasih kerana membaca dan join survey ini (bagi yang join la...)




Tuesday, December 9, 2014

Video: Cara Buat Pelamin



[Video:  Langkah Demi Langkah Cara Pasang Pelamin ]

Anda juga boleh klik Link berikut: http://tinyurl.com/CaraPasangPelamin

Ada kenal rakan-rakan yang berminat menjana pendapatan dengan menjadi Wedding Planner?

Anda boleh kongsikan video ini untuk dijadikan panduan.

Terima kasih di atas sokongan anda semua.



Salam sayang,

House of AzzaLynn Bridal
012-2399629

#wedding #bridal #pengantin #sanding #tunang #weddingplanner #beauty#cantik #kahwin #puchong #HouseOfAzzaLynn

Thursday, July 17, 2014

KUIH KAPIT KRISPY KRUPPP KRUPP







Seperti tahun-tahun yang terdahulu, kami seisi keluarga tak menang tangan nak melayan tempahan Kuih Kapit KRISPY Kruppp Kruppp.
Ni pun baru sempat update.. dek bizi sangat mengepos order tak berhenti-henti.
Para agen kami di Cititel Mid Valley, Kompleks Kraf Bukit Bintang, USJ dan Taman Dato Senu pun tak menang tangan dibuatnya. Maklumlah, pelanggan kami semuanya pelanggan setia saban tahun order tak kurang 4 bekas. 

Kuih Kapit KRISPY ni sebenarnya tak jumpa di mana-mana. 
Ia tiada inti jem di dalamnya
Tiada inti peanut butter di dalamnya

Ia juga tiada inti kacang di dalamnya

TETAPI!!!! TETAPI!!!
Di dalam kepingannya nya ada Habbatus Sauda yang SANGAT SANGAT SANGAT bagus untuk kesihatan... bantu buang angin dan bantu mereka yg ada masalah sinusitis....

Ada juga pilihan lain, rangup dengan butiran Bijan.
Kalau yang jenis city boy tu tak koman mesti nak yang ada Kopi di dalamnya. 

Tak pun Durian Musang King... Kenapa? Tak percaya tak apa...

Alaaa... orang yang suka makan kuih kapit sebenarnya cari yang rangup di tekak... TAK LEMAU... TAK LEMBIK... TAK MASUK ANGIN... itu feelnya makan kuih kapit KRISPY ni.... sedar-sedar habis sebalang sudahhhh....

*** ni tengah pikir kat mana nak cari kotak besar sebab nak ship ke Sarawak A.S.A.P (AS SOON AS POSSIBLE)... karang ada yang cari batu belah batu bertangkup tak dapat makan Kuih Kapit KRISPY Kruppp Kruppp sebab dikhuatiri posmen merajuk nak coti awal... (alert dan precautions gara-gara City Link mogok tak nak hantar shipment ke rumah saya dah seminggu... terpaksa saya self collect di Saujana Putra petang tadi.. siap hantar surat tunjuk sebab kenapa dan sebab apa mereka tak nak hantar)




Sunday, July 13, 2014

EBook: Teknik Solekan Ringkas dan Mudah Di Hari Raya







Saya ingin menghadiahkan EBook ini buat anda semua secara PERCUMA.
Ada 17 muka surat bergambar demi membantu anda mendapatkan hasil solekan yang dihajatkan.
Ada banyak tips dan panduan yang memudahkan anda.


Hadiah Saya buat anda semua di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Saya doakan anda gembira menyambut Hari Lebaran dengan wajah keriangan.


Caranya:
Hantar Email ke ceo@draz.my
Subjek Email: Ebook Percuma
Sertakan: Nama Penuh + Telefon + Tarikh Lahir + Status (Surirumah/Bekerja/Jurusolek)

Saturday, July 5, 2014

4 SEBAB SALES BISNES TERBANTUT



Berdasarkan pengalaman copywriter terkenal iaitu Frank Kern,

terdapat 4 sebab yang membuatkan
sales bisnes online terbantut.
.
.
4 Sebab itu adalah:
.
1) Conversion yang lemah.
2) Tidak mempunyai database.
3) Tidak ada sumber trafik.
4) Tidak buat followup.
.
.
===
1) Conversion yang lemah
===
.

Ayat headline tidak cukup meyakinkan pelanggan.
Tawaran yang kita berikan tidak menepati selera pelanggan.
.
.
===
2) Tidak mempunyai database.
===

.
Dalam kes bisnes online, Frank Kern maksudkan,
"Senarai emel bakal pelanggan yang berdaftar secara sah."
Ini adalah kesilapan yang berlaku dalam bisnes online. Iaitu tidak kumpul data pelanggan mereka, khususnya emel.
.
.
===
3) Tidak ada sumber trafik.
===

.
Trafik adalah channel.
Kesilapan ketiga ini bermaksud tidak melakukan promosi ke tempat yang pelanggan kita sedang melepak.
Dalam masa sama, takut untuk laburkan duit untuk beriklan di tempat itu.
.
.
===
4) Tidak buat followup
===

.
40% hingga 70% jualan bisnes bergantung pada followup.
Iaitu bagaimana kita berkomunikasi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya dengan pelanggan.
Tidak semua pelanggan mahu beli sebaik sahaja tengok iklan kita buat pertama kali.
.
.
===
Bagaimana selesaikan 4 masalah di atas dengan CEPAT dan MURAH?
===

.
Mereka gunakan 3 sistem marketing.
Amalan 19,200 cawangan bisnes.
.
Download ebook anda,
di sini --http://tinyurl.com/TeknikMarketingGempak
di sini --http://tinyurl.com/TeknikMarketingGempak
di sini --
http://tinyurl.com/TeknikMarketingGempak

Thursday, July 3, 2014

Ada yang mencari Resepi Kuih Raya?



Semalam lagi semasa sedang bekerja, sudah terdengar lagu Sesuci Lebaran nyanyian Dato Siti berkumandang.
Wahhhh... baru je puasa 3 hari dah pasang lagu raya.
Ada yang dah sibuk buat kuih raya?
Atau beli saja?
Saya google resepi kuih raya. Mana yang berkenan saya buat...
Ini dia 101 Resepi Kuih Raya yang boleh saya kongsikan untuk anda.
Klik ye....

Tuesday, July 1, 2014

Ebook percuma: 6 Taktik skim pelaburan tipu RM10,000 hingga RM10 juta.

Dalam ebook ini menjelaskan taktik-taktik yang skim cepat kaya gunakan, untuk mengaburi mata kita.
Dengan mempunyai ilmu tentang duit, kita boleh selamatkan diri daripada kerugian.
PS: Ada beberapa kawan yang saya kenal bercerai, meninggalkan keluarga dan lari, bermusuhan dan pelbagai lagi akibat daripada terjerumus dalam skim cepat kaya.
Sila download ebook ini secara PERCUMA. Kemudian share gambar ini atau tag rakan-rakan untuk mereka download juga.

 AGENT IV Mist DIPERLUKAN.

Pihak Kami Sedang Mencari Agent IV MIST seluruh Malaysia.
Kami hanya perlukan SATU Agen untuk setiap negeri.
Agen untuk setiap negeri digalakkan melantik Sub Agen di bawahnya bagi menjaga setiap daerah.

Siapa CEPAT Bertindak!!!! Dia adalah orang yang BERJAYA!!!

Terdapat Tiga Pakej yang kami sediakan.

*TIADA YURAN PENDAFTARAN/YURAN TERSEMBUNYI*
  • Pakej A: RM25.00 X 50 Botol = RM1250.00 + Postage RM30 SM/RM 40 SS
  • Pakej B: RM29.00 X 12 Botol = RM348.00 + Postage RM8 SM/RM12 SS
  • Pakej Dropship: RM45.00 sebotol + Postage RM5 SM/RM10 SS

Untuk Pakej A dan B, nama anda sebagai agent akan disiarkan di blog ini sebagai bantuan promosi.
Anda akan diberikan latihan serta leaflet untuk tujuan promosi.
Bagi yang berminat menambah pendapatan

Call us 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758
Order@draz.my

Saturday, June 14, 2014

AMARAN: HANYA UNTUK YANG BELUM KAHWIN SAHAJA

Tarikh majlis persandingan semakin lama semakin hampir. 
Persediaan masih zero. Nak cuti pula susah pulak boss nak lepaskan. 
Serabut memikirkan apa yang perlu disediakan untuk majlis hari bahagia nanti.

Yang penting apa yang perlu dimulakan dahulu? 
Saya beri sedikit tips untuk memudahkan perancangan persediaan hari bahagia nanti.

Tips Persediaan Hari Perkahwinan:-

Tips #1: 6 bulan sebelum 
- Buat kajiselidik pakej perkahwinan mengikut keperluan
- Perkara yang perlu diambil kira adalah:
  • kualiti perkhidmatan
  • jarak tempat majlis dengan pembekal perkhidmatan anda 
  • harga. 
Tips #2: 5 bulan sebelum 
  • Buat analisis harga di antara pakej yang telah dibuat kajiselidik. 
  • Untuk kualiti perkhidmatan:
    • ambil kira portfolio dan profil yang telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang
    • beri peluang untuk rasa makanan yang sedap 
    • harga. 
  • Buat senarai pendek, pembekal perancang perkahwinan sekurang-kurangnya 3 yang terbaik
Tips #3: 4 bulan sebelum 
  • Tentukan tema dan konsep majlis. 
  • Buat perbincangan dengan pembekal perancangan perkahwinan yang boleh menepati tema dan konsep. 
  • Pilih pembekal yang mesra dan memberi layanan yang terbaik serta memberi khidmat nasihat yang ikhlas dan jujur
Tips #4: 3 bulan sebelum 
  • Buat tempahan pakej pilihan. 
  • Buat tempahan pakej yang bersesuaian dengan kos anda serta kualiti perkhidmatan terbaik yang boleh diberikan. 
  • Bincang dengan perunding perancang perkahwinan tentang tips pemilihan baju, andaman, pelamin yang bertepatan dengan warna tema dan konsep. 
  • Bayaran deposit diperlukan untuk membuat tempahan bagi memastikan tarikh majlis di tempah. 
  • Biasanya pembekal perancang perkahwinan tidak membenarkan tarikh pasangan lain diterima sekiranya tarikh anda telah ditempah, tertakluk kepada kapasiti dan keupayaan pembekal.

Ada banyak tips yang penting yang perlu dibincangkan dengan Perunding Perancang Perkahwinan anda. 

Bagi yang ingin dapatkan konsultansi PERCUMA boleh hubungi saya di 012-2399629 untuk temujanji.


Serahkan tugas Pasang Pelamin kepada yang PAKAR!!!

Hantar Email kepada pelamin@draz.my
======
  1. Tajuk Email: Saya perlukan pelamin majlis Sanding/Nikah/Tunang
  2. Nama Anda
  3. Alamat Majlis Anda
  4. Tarikh Majlis Anda
  5. Warna Tema Anda
  6. Anggaran Budget Anda (kami boleh berikan cadangan pelamin mengikut budget anda)
Anda mungkin berminat untuk mendapatkan Tips-tips berikut
[klik tajuk di bawah]:
Apa Itu Pelamin Mini?
Tips Asas Memilih Pelamin Mini

Friday, June 13, 2014

Pesanan Guru

Pesanan Guru Saya #DAO: Kalau tak pernah jual pensil sebatang, jangan berangan nak buat bisnes jutaan ringgit

Ramai yang berimpian besar
Bercita-cita besar
Inginkan bisnes yang memberikan keuntungan besar
Tetapi, pensil sebatang pun tak pernah jual.....

Biar Kecil Asal Berhasil - pesanan Chef Li
Untuk berjaya, kena berkawan dengan mereka yang berjaya.
Ikut langkah orang yang berjaya

Hendak berniaga, mulakan dari kecil kerana hasilnya akan membesar.

Tiada Modal BUKAN alasan untuk berniaga.

Jadi Dropshipper. Atau jual Idea.

Kami perlukan anda sebagai AGEN atau Dropshipper.
Ini adalah kerana kami ingin sama-sama melahirkan ramai usahawan jutawan yang berjaya dan bukannya buka kedai tutup kedai.

Bagi yang BERANI menyahut cabaran ini demi masa depan anda dan keluarga.
Hubungi kami segera. Bertindak SEGERA!!!

Call/sms 012-2399629
WhatsApp only +6010-5157758
ceo@draz.my




Wednesday, June 11, 2014

Agen/Dropshipper Diperlukan

Dunia hari ini menyaksikan betapa pesatnya kemunculan pelbagai jenis produk yang berasaskan kesihatan.
Tidak kira dari rumusan tradisional atau pun hasil dari kajian makmal .
Semua itu adalah bertujuan untuk memberi pilihan alternatif bagi pengguna yang sedang mencari penawar kepada masalah kesihatan mereka .
Untuk itu IV MIST kini hadir bagi melengkapkan lagi ruang yang ada .
Bukan sebagai pesaing tetapi ia merupakan satu synergy ke arahan mencari penyelesaian kepada dugaan kesakitan yang ada .
Dengan kompilasi dari bahan-bahan terpilih yang telah diakui terbaik dari sudut saintifik serta dibotolkan melalui pemperosesan Amalan Pengilangan Islam ,menjadikan ia suatu produk pilihan terbaik anda .






Pendapatan sampingan yang mantapppp...

Kalau xde modal nak jadi agen, boleh jadi dropshipper.

Call us 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758
Order@draz.my




Wednesday, June 4, 2014

Seksanya Sembelit!!!



+ Duduk seksa +
+ Baring seksa +
+ Berdiri seksa +
+ Mencangkung laaaagi seksa +

Bagi anda yang pernah merasakan 'penangan' sembelit je akan faham.

Nak bagitau kat orang punyalah MALU besar.

Apatah lagi nak tunjuk kat doktor.

Panduan menggunakan IV Mist bagi masalah SEMBELIT:

✓ sapukan di bahagian dubur yang sakit

✓ sehari 3 kali

InsyaaAllah.
Kita berusaha.
Kerana Allah sudah berjanji bahawa setiap penyakit ada ubatnya.


Saya mencari bakal rakan niaga yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

  1. Berimpian besar
  2. Berjiwa kental
  3. Suka membantu orang
  4. Suka menyelesaikan masalah
  5. Ingin mengubah status hidup sekarang
  6. Boleh diajar
  7. Suka menambah nilai dalam hidup
  8. Cintakan ilmu
  9. Jujur

Siapa kata berniaga perlukan MODAL???
Mesej saya DI SINI (sila klik) kalau ada sifat ini dalam diri anda.

Nyatakan: Berminat menjadi Rakan Niaga - Nama, Telefon, Tarikh Lahir, Email, Negeri

Salam kekayaan & kejayaan

CEO & Founder
House of AzzaLynn 

Monday, June 2, 2014

KECOH!!! Harga Emas Turun Mendadak




Bagi yang tiada ilmu tentang emas, pasti kecewa dan meraung bila tengok harga emas turun. Siap pergi jual balik.... Itulah saya suatu ketika DULU. Tiada ilmu langsung. Lagipun susah nak cari ilmu emas waktu itu.

Bagi yang sudah ada ilmu tentang emas, pasti tersenyum lebar.
+ Masa inilah nak memborong.
+ Masa inilah beli emas di kilang.
+ Masa inilah beli emas yang tiada upah tukang.
+ Masa inilah mengumpul koleksi emas yang mempunyai susutnilai rendah.






Bagi yang sudah mahir dalam ilmu Analisis Teknikal Emas, tidak kira masa di mana jua.... pasti tahu bila masa ingin membeli, tanpa perlu menunggu harga emas naik atau turun.


Saya sering berpesan kepada adik beradik dan keluarga saya, Jangan Tamak. 
Beli secara tetap. 

======
+ Jika mahu masa depan yang terbaik, simpan emas.
+ Jika mahu melancong, simpan emas.
+ Jika mahu berkahwin, simpan emas.
+ Jika ingin menunaikan Haji dan Umrah, simpan emas.

======

Di mana nak beli emas dengan harga Kilang
Di mana nak beli emas dengan Susutnilai rendah
Di mana nak beli emas dengan Tiada Upah Tukang?

Tanya saya: ceo@draz.my
Call/SMS saya: +6012-2399629
WhatsApp saya: +6010-5157758

Friday, May 30, 2014

Bukan Babi Saja Yang HARAM Di Makan [Part 1]


Semenjak dua menjak ni kecoh pasal coklat yang ada DNA Babi.
Masing-masing mula kalut nak samak mulut la nak cuci darah la. Macam-macam. :)

Nampaknya orang kita lebih cepat dan pantas bertindak jika ada terkait sangkut dengan binatang yang Allah turunkan ke dalam dunia ini dan banyak disebut dalam Al Quran sebagai di antara binatang yang Haram di makan oleh umat Islam.

Di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit perkara lain yang haram dimakan (diharap kita semua tidak lupa):
  1. Riba
  2. Alkohol
  3. Rasuah
  4. Judi
Untuk kali ini, saya cuma ingin menyentuh item pertama iaitu Riba.
Dari segi bahasa, riba membawa maksud pertambahan atau lebihan.

Sewaktu di tingkatan 3 dan tingkatan 5, di dalam subjek Agama Islam Tinggi, topik Riba adalah di antara topik yang saya paling suka pelajari dan saya banyak menjawab soalan berkaitan Riba di dalam kertas soalan SPM. Terdetik di hati saya, untuk tidak mengamalkan Riba sebaik sahaja tamat sekolah dan bekerja. Apa yang saya rancang adalah untuk tidak membuat sebarang pinjaman bank kerana lebihan pinjaman tersebut adalah Riba.

Namun begitu, sebaik tamat pengajian, ternyata saya tidak boleh lari daripada terlibat dengan Riba. Terutamanya dalam bentuk pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, simpanan bank dan macam-macam lagi.

Disebabkan kekecewaan tersebut, saya berusaha mencari cara untuk mengatasi masalah ini. Ternyata tidak mudah. Merata tempat saya belajar, pelbagai guru saya menuntut. Saya berperang dengan diri sendiri kerana takut diperangi Allah di akhirat kelak. Ayat-ayat Allah tentang Riba sering membuat saya menggigil ketakutan dan terbayang betapa panasnya api neraka yang menyambar. 

Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Ya! Saya ikut pepatah itu dan saya merantau ke negara China selama 2 tahun. 
Tuntulah ilmu sampai liang lahad. Ya! Sehingga kini saya tak berhenti mencari dan terus mencari. 

Alhamdulillah, saya sudah temui jawapannya. Insya Allah. Ia sememangnya telah banyak membantu meredakan hati saya yang gundah gulana. 

Saya akan kongsikan dalam part yang akan datang. Dengan izin Allah, jika masih dipanjangkan umur, saya cuba kongsikan jejak pengalaman dan usaha untuk mencari ketenangan. 


Ayat Al Quran Mengenai Larangan Riba

Firman Allah Surah Al Baqarah, maksudnya: 
275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba(yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.



Thursday, May 29, 2014

Ada yang sakit gigi hari ni ?



Masalah utama kalau Sakit gigi
  • satu kerja pun tak jadi.
  • rasa nak hempuk orang je kan?
  • baring salah, duduk salah, berdiri salah
Sabar dah ditahap garisan merah gitu.



In sya Allah kami boleh bantu anda.

Kita berusaha, janji Allah setiap penyakit ada ubatnya.




order@draz.my
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758

Tuesday, May 27, 2014

Masalah Resdung menghantui diri saya. Anda Bagaimana?

7 tanda anda ada RESDUNG/SINUSITIS

1. Bersin bila bangun pagi
2. Air Hidung meleleh tanpa henti
3. Migrain/Sakit kepala yang berpanjangan
4. Wajah berjerawat tanpa sebarang tanda sembuh
5. Gatal di dalam telinga
6. Jerawat di bahagian kuping telinga dan badan
7. Mata gatal-gatal yang berpanjangan

Dah cuba macam-macam tapi takde penyelesaiannya.
Tension kan?
Segala jenis sabun resdung dan ubat resdung saya dah cuba.
Kali ini saya amalkan IV Mist.

JANGAN biarkan ia menjadi kronik dan mengganggu hidup anda!!!

Dapatkan IV Mist untuk masalah RESDUNG anda.

Call/SMS saya 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758
order@draz.my




Sunday, May 18, 2014

Pelaburan Emas

Secara umumnya Pelaburan Emas terbahagi kepada 3:

  1. Emas Fizikal
  2. Emas Kertas
  3. Spot Gold (Trading)
Bagi anda yang ingin melindungi diri daripada kesan INFLASI.
Bagi anda yang tidak pernah mempelajari tentang ilmu pelaburan.

Melaburlah dalam Emas Fizikal sebagai langkah pertama sebelum melabur kepada bidang Emas yang lain.

Mengapa? 
Ini adalah kerana, anda TIDAK ADA ILMU.

Apabila anda sudah ada ilmu, sekurang-kurangnya anda sudah ada modal Emas Fizikal dan masa depan anda boleh dikembangkan dengan lebih baik lagi.

Anda cari:
  • Emas MURAH daripada harga emas di kedai emas?
  • Emas TIADA upah tukang?
  • Emas harga KILANG?
Ingin belajar melabur dalam Emas Fizikal?
Saya boleh bantu anda Langkah Demi Langkah Melabur dalam Emas Fizikal.

Hadir Majlis Ilmu Mempelajari Pelaburan Emas Fizikal PERCUMA di Petaling Jaya (Setiap Selasa), Ampang (Setiap Rabu), Klang (Setiap Khamis)
Daftar Nama, Tarikh Lahir, No Telefon, Lokasi Kursus ke info di bawah.

ceo@draz.my
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758



Saturday, May 17, 2014

Usahawan: Bekerja dalam satu pasukan




Semenjak dua menjak ni saya menerima banyak sangat tempahan daripada luar selangor dan kl.

Bukan tak nak buat. Kalau saya buat, tak mampu uols nak bayar tiket flight kami.

Guru saya selalu berpesan, rezeki harus dikongsi.

Guru saya juga selalu berpesan, usahawan yg bijak bekerja dalam jemaah.

Oleh itu, ada yang berminat bersama saya bekerjasama dalam jemaah?

--- petikan perbualan ---

Cust: hi Azzalynn Bridal. .. kamek mauk tauk brapa kitak pun pakej wedding pun?
Saya: hi. Kamek sik molah pelamin di seghawak.
Cust: kitak polah di semenanjung jak ka?
Saya: yup. Di semenanjung jak ooo

----
Nota: kamek bukan mbiak seghawak tapi kamek boleh klakar seghawak. Kamek ♡ seghawak.
----

Ceo@draz.my
Call or sms 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758

Http://azzalynn.blogspot.com/

Tuesday, May 13, 2014

BELI Rumah atau SEWA Rumah?

[ Berfikir Sejenak ]

Sering terpandang-pandang di penglihatan, hasil pembacaan daripada buku penulisan saudara Azizi Ali, di antara langkah mengumpul kekayaan ialah dengan tidak membeli rumah tetapi menyewa rumah terlebih dahulu. Tidak membeli kereta baru tetapi membeli kereta terpakai terlebih dahulu.

Saya tidak bersetuju dengan penulisan beliau pada waktu itu kerana bagi saya, rumah adalah harta dan perlu dibeli secepat mungkin. Nanti harga naik....
Namun kini, saya faham kenapa.

===

Ramai yang MAMPU (memaksa diri untuk mampu kerana hakikat sebenarnya tidak mampu) membayar pinjaman bank sebulan RM1500 untuk sebuah kereta atau rumah. Dan sanggup berhutang sehingga 20-35 tahun (rumah). Tetapi ramai yang tidak mampu menabung sebanyak RM600 sebulan untuk masa depan sendiri yang lebih baik.

====

LOAN/Pinjaman Bank:
Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik bank

Anggaran kasar pengiraan Pinjaman Ah Long Berlesen:
Pinjaman asal RM150,000
Bayaran balik kepada bank RM300,000


SEWA Rumah: RM900 dan dapat simpan RM600 
Jumlah sama seperti bayaran pinjaman Bank setiap bulan iaitu RM1500:

Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik penyewa

Anggaran Kasar Simpanan:
RM600 x 12 bulan (setahun) = RM7200 (wang kertas)
RM7200 x 10 tahun = RM72,000 (wang kertas)

Oopss!!! Jangan pula ada yang nampak sport rim berkilat bila nampak duit dah cecah RM7200 tu!!!

====


Sejarah Harga Emas:
1998: 1gm = RM48 (harga kedai emas tpt saya beli)
2014: 1gm = RM140 (harga emas kat kilang tempat saya beli) RM160 (harga kedai emas tempat saya beli)

Pada tahun 2014, wang kertas RM72,000 tetap tidak mampu membeli sebuah rumah flat 2-3 bilik.

Tetapi jika ia ditukar dalam bentuk emas fizikal sewaktu mula-mula memulakan simpanan RM600 itu, kita sudah mampu membeli rumah/tanah secara tunai tanpa perlu menunggu 20-35 tahun. Paling cepat 10 tahun beli tunai.... 

Yang paling best, kita boleh bantu diri kita daripada terjebak dengan RIBA.
Ini yang saya cari!!!


Sesungguhnya ilmu MESTI dicari sehingga ke Negara China.
Meskipun pemahaman setiap orang itu ada yang cepat dan ada yang lambat. Sedikit sebanyak ia tetap dapat membantu kita memperbaiki hala tuju hidup kita.

CEO & Founder
House of AzzaLynn Bridal

#auraemasdanperak

Friday, May 2, 2014

Pelamin Pilihan Mei 2014

 Pelamin Rumah: Ima 5
Pelamin Rumah: Ima 8

Pelamin Majlis Sanding jika dibuat di dalam rumah hanya perlukan pelamin yang ringkas (simple) dan tidak memerlukan perkakasan yang banyak. Ini adalah kerana setiap potongan ruang tamu rumah mempunyai ruang yang terhad. Pentas yang digunakan hanya boleh muat untuk jenis 1 lapis (Single Layer). Ini adalah kerana ketinggian lantai ke langit-langit atau siling rumah sekitar 8kaki hingga 10 kaki sahaja. Pelamin juga tidak boleh menggunakan konsep Dome. Ia perlu rata dan menggunakan panel sahaja.

Anggaran budget pelamin untuk di dalam rumah ialah sekitar RM450-2500 bergantung kepada modal anda sebagai bakal pengantin. Jika budget anda kecil, sudah pasti pilihan anda terhad. Perubahan budget akan menentukan jenis bunga yang akan digunakan, jenis panel, jenis bahan-bahan dekorasi samada kayu atau kaca dan pelbagai lagi.

Ciri-ciri pelamin sanding di dalam rumah:
  1. Ukuran lebar sekitar 6-8 kaki
  2. Ukuran tinggi sekitar 8-10 kaki
  3. Pentas single layer
  4. Tiada Dome
Khidmat nasihat pakar kami amatlah diperlukan oleh anda yang bakal berkahwin. Ini bagi memastikan anda mendapat hasil yang bertepatan dengan budget dan lokasi majlis anda.

======


Serahkan tugas Pasang Pelamin kepada yang PAKAR!!!

Hantar Email kepada pelamin@draz.my

======

  1. Tajuk Email: Saya perlukan pelamin majlis Sanding/Nikah/Tunang
  2. Nama Anda
  3. Alamat Majlis Anda
  4. Tarikh Majlis Anda
  5. Warna Tema Anda
  6. Anggaran Budget Anda (kami boleh berikan cadangan pelamin mengikut budget anda)
Anda mungkin berminat untuk mendapatkan Tips-tips berikut
[klik tajuk di bawah]:
Apa Itu Pelamin Mini?
Tips Asas Memilih Pelamin Mini
********************************************************
Related Posts with Thumbnails