Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Thursday, September 23, 2010

FOR SALE!!! Gam bulu mata HITAM dan PUTIH



Gunakan Eyelash Glue untuk melekatkan bulu mata anda.
Eyelash glue ini tidak pekat dan tidak cair. Sedang2 saja. Senang melekat. One of My favourite. And highly recommended for mak andam or makeup artist.
Kalau pakai yg ready attached together with the fake eyelash tak berapa bagus sbb kadang2 gam dia dah keras atau cair sangat.
So, belilah yg ni.

Botol hitam = warna hitam. Mata akan tampil lebih vogue hoccay!!!
Botol putih = warna putih laaa... macam selalu nampak dan selalu guna...

Keistimewaan lain gam ini, boleh buat double eyelid bagi yg takde eyelid.
Lagi nampak glemer gittew...

Cuba jangan tak cuba!!!

*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****

Sunday, September 19, 2010

FOR SALE/UTK DIJUAL: Aksesori Kepala/Headgear Untuk Bertunang/Nikah/Resepsi





Ramai yang memanggilnya dengan Cekak Spider kerana asal mula ia keluar dgn fesyen seperti sawang labah-labah. Headgear atau aksesori kepala ini sangat cantik digunakan samada untuk majlis tunang, nikah mahupun resepsi. Terdapat pelbagai pilihan rekaan yang menarik dan tidak sama. Oleh itu, setiap stok adalah terhad dan siapa cepat dia dapat.

Saiz sebesar tapak tangan
Kod: SPD1001G, SPD1002G, SPD1003G, SPD1004G, SPD1005G
Tema: Spreading
Warna: Gold
Terdapat juga dalam warna Silver untuk beberapa kod tertentu

Harga Asal: RM90 satu
Harga Promosi: RM65 satu
Penghantaran Percuma ke Seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak sahaja. Indonesia dan Brunei, perlu tambah kos penghantaran.

Stok tak banyak untuk setiap satu design.
Siapa bayar dulu dia dapat. Booking tak dibenarkan sama sekali.

Bagi yang berminat nak buat side income, boleh la jadi wakil jualan kami dengan beberapa cara seperti berikut:
1. Dropshipping - tanpa modal, tiada minima belian
2. Retailers - modal diperlukan, minima belian 10 unit
3. Wholesale/Bulk purchase - stok perlu order terlebih dahulu, modal diperlukan, minima belian 50 unit

Hubungi kami melalui email untuk dapatkan terma dan syarat sebagai wakil jualan. Pertanyaan melalui SMS tak dapat dilayan buat masa ni sbb SMS saya selalu penuh.

Saya perlukan orang yang serius dan betul2 berminat untuk menambah pendapatan dan juga mempelbagaikan produk jualan masing2.

*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****


Saturday, September 18, 2010

Solekan Nikah dan Sanding: Izza CMTS





Izza ni my ex-colleague kat SIC.
Izza datang awal ke butik Lynnda di Puchong untuk membuat tempahan mekap bagi majlis nikah dan sanding beliau.

Perbincangan demi perbincangan diadakan kerana Izza seorang perfectionist. Kulitnya yang sensitif dengan alat2 solekan di pasaran telah membuatkan Izza betul2 memberikan pesanan demi pesanan kepada Lynnda agar kami dapat menggunakan alat solek yang disediakan beliau. Selain itu Izza turut meminta agar kami tidak menghasilkan solekan yang overdose macam drag queen yg sering dia lihat di majlis perkahwinan orang lain. Cukup dengan solekan yang simple dan sweet dipandang mata katanya.

Oleh itu, kami langsung tidak mengenakan sebarang alat solek KRYOLAN mahupun MAC atau Bobbi Brown. Izza hanya boleh gunakan produk Body Shop yang sering dipakainya. Mengetahui keadaan sebegitu, Lynnda telah memberikan nasihat pakar tentang jenis2 produk Body Shop yang Izza perlu sediakan sesuai digunakan untuk majlis nikah dan juga majlis sandingnya.

Mujur kulit Izza tidak terlalu banyak masalah. Lihatlah hasilnya menggunakan produk Body Shop sepenuhnya.

Majlis pada Julai 2010 ini telah disempurnakan oleh in-house make-up artist kami iaitu Intan Yazlin @ AzzaLynn Bridal.

Quote:
***Intan bermula di AzzaLynn Bridal dengan mengikuti Kursus Andaman ZERO Knowledge yang dianjurkan AzzaLynn Bridal. Sebaik tamat kursus asas, Intan tidak berdiam diri dan terus mengorak langkah panjang dengan mengikuti pelbagai kursus lain anjuran kami mahupun anjuran tempat2 lain yang telah direkemen oleh Lynnda. Intan juga tak reti penat, pelbagai tawaran dicari dan diambil (majalah, TV dll) tanpa memikirkan soal bayaran sehingga Intan berjaya menempa nama. Betul2 mendengar nasihat, pesanan dan tips yang Lynnda telah berikan sepanjang sesi bengkel yang Intan telah hadiri bersama kami.


**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************




Mini Pelamin Tunang: Ummi @ Bukit Kapar


Ummi meminati warna pink dan peach. Kombinasi warna ini digunakan untuk majlis pertunangannya di Kg Bukit Kapar pada 18 Sept 2010.

Senang jer nak ke rumah Ummi tapi disebabkan signboard tak jelas, melilau mencari rumah Ummi. Namun kami sampai tanpa sesat langsung hasil panduan dari Ummi.

Selamat bertunang buat Ummi dan pasangan. Semoga kekal ke jinjang pelamin.

**************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
************


Friday, September 17, 2010

LELONG: Aksesori Kepala Untuk Di Jual / Hair accessories on SALE!!! Grab NOW!!!



Pelbagai Aksesori Kepala bagi mereka yang mencari kelainan menjelang majlis pertunangan, majlis nikah, majlis persandingan, majlis bertandang mahupun majlis resepsi.

Dapatkan harga2 lelong untuk anda.
Khas untuk anda yg ingin bertunang atau nak kawin. Untuk mak andam atau penyedia perkhidmatan perkahwinan, rebut segera peluang ini!!!

Gambar2 lain bakal menyusul. Perlu diingat, setiap design adalah terhad berdasarkan stok sedia ada.

Info:
Aksesori rambut ini sangat cantik di pakai untuk majlis pertunangan atau majlis malam berinai. Atau kalau ingin tampil berbeza dan manis, gunakan semasa majlis resepsi persandingan atau majlis bertandang. Anda akan tampil kemas dan tidak terlalu over bagi yang sukakan kelainan.

Saiz sebesar tapak tangan
Warna: Gold dan Silver

Harga Asal: RM65 satu
Harga Lelong Last Kopek: RM60 satu
Harga Lelong Set: Rm150 utk 3unit

Stok tak banyak.
Siapa bayar dulu dia dapat. Booking tak dibenarkan sama sekali.


*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****

Thursday, September 16, 2010

FOR SALE/UTK DIJUAL: Decorative Lamp/Lampu Hiasan Pelamin




Ukuran:
Tiada rantai hanya ada cangkuk/penyangkut
Tinggi badan dan kaki = 8" + 1"
Diameter = 4" x 4"

Decorative lamp seperti ini cantik digunakan untuk hiasan. Tampil kelainan bagi pelamin persandingan anda. Boleh juga dijadikan hiasan untuk walkway ataupun meja beradap. Pasti anggun!


Ukuran:
Panjang rantai gantung = 12" dan cangkuk 2"
Panjang rantai Pemegang mangkuk x 3 = 8"
Diameter luas mangkuk = 4" x 4"
Panjang juntaian manik rantai di bawah = 4"

Decorative lamp seperti ini cantik digunakan untuk hiasan. Tampil kelainan bagi pelamin persandingan anda. Boleh juga dijadikan hiasan untuk walkway ataupun meja beradap. Pasti anggun!

Inspirasi Timur Tengah oleh lampu hiasan ini. Menyuntik elemen arab bagi hiasan pelamin atau dekorasi ruang rumah anda.


Ukuran:
Panjang rantai gantung = 17" dan cangkuk 2"
Diameter luas Love shape = 6" x 6"
Panjang juntaian manik rantai di bawah = 6"

Decorative lamp seperti ini cantik digunakan untuk hiasan. Tampil kelainan bagi pelamin persandingan anda. Boleh juga dijadikan hiasan untuk walkway ataupun meja beradap. Pasti anggun!

Inspirasi Timur Tengah oleh lampu hiasan ini. Menyuntik elemen arab bagi hiasan pelamin atau dekorasi ruang rumah anda.

Elemen gelap berwarna ungu ini turut menyuntik rona segar dalam penataan ruang agar tampil menyerlah dan anggun.

Stok adalah terhad. Dapatkan segera dan hubungi kami seperti di info di bawah.

Bagi yang berminat nak buat side income, boleh la jadi wakil jualan kami dengan beberapa cara seperti berikut:
1. Dropshipping - tanpa modal, tanpa minima belian
2. Retailers - stok sedia ada, modal diperlukan, minima belian 10 unit
3. Wholesale/Bulk purchase - stok perlu order terlebih dahulu, modal diperlukan, minima belian 50 unit

Hubungi kami melalui email untuk dapatkan terma dan syarat sebagai wakil jualan. Pertanyaan melalui SMS tak dapat dilayan buat masa ni sbb SMS saya selalu penuh.

*******************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
******

FOR SALE/UNTUK DIJUAL: Comb & Pin Tail Comb / Sikat S & Sikat Ekor Tajam





WE sell hairdo accessories inclusive of pin tail comb or brushes especially for hair stylist, mak andam or make-up artist.

For purchase, please contact us as per below details.

To whom interested to do business with us, please do not hesitate to contact us through email only. SMS will not be entertained. Serious deal only.

There are a few ways you can get a side income in part time basis:
1. Dropshipping - no capital needed, no minimum purchase
2. Retailers - capital is needed, minimum purchase of 10 units
3. Bulk purchase - pre-order only, capital needed, minimum purchase of 50 units

*******************************************************************
- 'Contact Us' for purchase and enquiries -
**************************************************************
*****

Sekitar Bengkel Gubahan Bunga Pelamin - Fresh Flowers

________________________________
KLIK Untuk Jadual Bengkel Pemasangan Pelamin dan Gubahan Bunga Pelamin Artificial atau Fresh Flowers
________________________________


Bengkel Gubahan Bunga Pelamin ini diadakan di Puchong berikutan kemudahan peralatan dan lojistik bagi mendapatkan bekalan bunga-bungaan segar dari ladang.

Para peserta diberi latihan secara praktikal (hands-on training) bagi memudahkan pemahaman mengenalpasti jenis-jenis bunga segar yang bersesuaian digunakan untuk sesebuah majlis perkahwinan.

Pelbagai teknik gubahan diajar dengan menggunakan pelbagai jenis bunga dan juga pelbagai jenis pasu. Agar para peserta akan mudah menggunakan apa sahaja bunga segar yang terdapat di pasaran. Umum sangat maklum bahawa bekalan bunga segar terkadang ada musimnya. Oleh itu, kepelbagaian maklumat dan info yang kami sampaikan dapat membantu peserta meneruskan kerja tanpa memikirkan masalah bunga yang tiada stok.Lihatlah beberapa hasil kerja para peserta yang mendapat panduan dan tunjuk ajar dari Lynnda di AzzaLynn Bridal. Bukan sahaja para peserta boleh menggunakan teknik gubahan biasa, malah boleh menggunakan peralatan untuk menghasilkan dekorasi bungaan yang lain dari biasa.
Bagi yang berminat untuk mengikuti bengkel ini, sila buat tempahan tarikh dan masa. Isnin-Ahad. Hubungi kami seperti di bawah.


********
CONTACT US for info and registration


Related Posts with Thumbnails