Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Tuesday, December 29, 2009

BERITA: Bengkel Solekan Peribadi 19 Disember 2009


Sorrry semua... saya tersilap tulis tarikh utk gambar ni... ecelli ini Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Teknik Solekan Asas yg diadakan pada 19 Disember 2009. Bengkel terakhir 2009.

Bergambar beramai-ramai sebaik selesai mengikuti bengkel solekan peribadi zero knowledge yang diadakan pada 19 Disember 2009 (SABTU) di AzzaLynn Bridal Puchong.

Jutaan terima kasih di atas kerjasama anda semua sepanjang sesi yang kami adakan. Korang memang sporting abih. Lebih2 lagi bab posing di studio.

Terima kasih dan di harapkan segala tips dan petua bersolek yang kami sampaikan dapat digunakan dengan sebaiknya.

Lihat perbezaan sebelum solekan dan selepas solekan hasil para peserta sendiri

*******************************************************************
- LIHAT JADUAL KURSUS untuk mengikuti kursus yang kami anjurkan -
**************************************************************
*****



















Monday, November 2, 2009

Berita: Bengkel Andaman Pengantin ZERO Knowlwedge 31okt -1nov 09

Aksi para peserta melayan 'pengantin'. Bagi memastikan wajah pengantin berseri-seri, tips dan rahsia penjagaan kulit wajah bagi menaikkan seri pengantin diajar agar pengantin berpuashati dengan khidmat yang diberikan.



Azza memberi panduan teknik mencantikkan bahagian mata terutamanya kening bagi memberikan impak yang cantik.



Alhamdulillah, selesai sudah sesi bengkel andaman pengantin kali ini.
Terima kasih di atas kerjasama anda semua yang jitu.
Hari pertama bengkel, gelabah juga melihat masing2 agak kekok melaksanakan tugasan. Al maklumlah kan, masing2 menyertai bengkel ini untuk langkah pertama sebagai bakal mak andam. Namun kami selaku tenaga pengajar amat kagum dengan kesungguhan para peserta yg tak jemu2 bertanya dan berusaha bagi menghasilkan yg terbaik.

Kali ini ada yang datang dari Segamat dan Melaka. Sanggup bersusah payah bersesat-sesat mencari tempat. Kagum Lynnda dengan kesungguhan para peserta

Seronokkkkkkk sangat..... Terutama bila pada hari kedua, masing2 telah berjaya menghasilkan hasil solekan terbaik dengan model yg dibawa. Fuhhhh.... bersungguh2 dan beriya2. Dan hasilnya.... wallaaaaaa!!!!

Nantikan gambar2 yg bakal Lynnda kongsikan bersama anda semua....

********
Jadual Kursus Terkini

********

Thursday, October 29, 2009

Berita: Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge - Damansara

Jutaan terima kasih di atas jemputan Sarinah sehingga berjaya mengadakan kelas mekap untuk rakan-rakan sekerja. Lynnda telah dijemput untuk memberikan panduan mengenai teknik solekan yang betul bagi kegunaan biasa dan juga untuk majlis makan malam mahupun majlis yang lebih hebat seperti majlis tunang dan majlis nikah.



Wajah-wajah sebelum bersolek. Masing-masing tekun mendengar penerangan dan demo yg ditunjukkan oleh Lynnda sebelum melaksanakan praktikal secara persendirian.



Wajah-wajah ceria hasil solekan sendiri selepas mendapat panduan dan tunjuk ajar dari Azza dan Lynnda. Posing Maut gitewww... Boleh melaram di hari raya nanti.....



Sesi penyampaian sijil.

Jutaan maaf kepada Sarinah dan rakan-rakan sebab lambat sangat nak upload gambar. Veri de bizi la... ehehehhee....

Anyway, thanks di atas kerjasama anda semua. Sporting menerima tunjuk ajar dari kami.



*******************************************************************
- LIHAT JADUAL KURSUS untuk mengikuti kursus yang kami anjurkan -
**************************************************************
*****


Friday, October 23, 2009

Solekan Nikah dan Sanding 101009 - Sheilla - Shah Alam

Solekan NikahSolekan dan Dandanan ala Kris Dayanti
Sentuhan emas Azza selaku mekap artis memberikan hasil solekan yang natural dan berseri2.
Kombinasi KRYOLAN dan MAC sememangnya sesuai digayakan untuk majlis nikah mahupun majlis sanding.

Sentuhan solekan dan dan dandanan hebat oleh Azza dari AzzaLynn Bridal. Lihatlah ketelitian Azza menata rias wajah pengantin bagi memastikan hasil solekan segar dan asli.


Hiasan meja beradap atau meja pengantin di Kelab Golf Shah AlamHiasan Pelamin dewan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam (KGSAAS).
Sentuhan Nadia dan krew. Simple namun tampak elegan.


Majlis Pernikahan pada 101009 berlokasi di Shah Alam dan juga dan Majlis Sanding Sheilla di Kelab Golf Shah Alam.


********
Azzalynn's Bridal, Aromatherapie & Beauty Parlour
D RAZ Enterprise (Wedding Planner & Event Organizer)
Tel :: 012-2399629 - Lynnda :@ 019-3980890 - Azza
Fax :: 03-80603130
Yahoo Messenger :: YARNTZ
Email :: nlynnda@yahoo.co.uk

Gambar2 bengkel dan wedding package di:
http://pengantin.fotopages.com

Informasi bengkel kecantikan, bengkel solekan, bengkel andaman di:
http://d-raz.fotopages.com
http://azzalynnbridal.blogspot.com

Tuesday, August 18, 2009

Rahsia Solekan Pertunangan Yang Cantik





Anda inginkan solekan yang segar?
Simple tapi tetap menonjol?

Jangan segan2 beritahu kami. Kami pasti dapat merealisasikan impian anda.

Risau tentang kening yang bersepah? Kami ada rahsia untuk tidak mencukur kening anda. Beritahu kami. Kehendak dan keinginan anda.

Hubungi kami.

**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************

Sunday, August 16, 2009

Lihat Hasilnya!!! Sekitar Bengkel Solekan Pengantin ZERO KNOWLEDGE!!!! Vogayyyyy!!!!!



Alhamdulillahhhhhhh... Selesai sudah sesi Bengkel Andaman Pengantin ZERO Knowledge yg diadakan pada 15-16 Ogos 2009 yg lepas. Penatttt... tapi berbaloi baloiiii....

Nak pos semua gambar tak sabar2 tapi penat sgt nih... Buat masa ni Lynnda update satu satu gambar yer... sabarrr....

Macam tak percaya jer hasil di atas tu adalah dari yg belum pakar. Fuhhhh.... ZERO Knowledge!!! 2 hari jer dah mahir!!!! Lynnda sendiri kagum dengan kerjasama para peserta.... Syukur sangat2 dapat anak didik yg rajin dan tak kenal erti merajuk bila kena tegur. Nak berjaya bukan senang dek oiiiii....

Hari pertama mmg la byk kena komplen oleh Cikgu Lynnda dan Cikgu Azza.... Hari kedua, Cikgu-cikgu boleh lepas tangan dan jengah sekali sekala sambil makan kuih giteww... hahahhaha... sungguh nakal yer cikgu... sambil makan kuih sambil jeling2 tengok anak didik buat apa... sampai ada yg kena dera tak boleh makan lunch selagi tak abih mekap... dan plg best, yg lain2 tu sanggup menunggu dengan sabar dan memberi galakan kepada kawan2 yg tertinggal... bestttttt.. korang mmg superbbb...

tips.. petua... rahsia...teknik.... jgn tulis aja... praktis yer...
resepi yg Lynnda kongsikan dgn korang, sebar2kan kepada bakal pelanggan... pelanggan anda nanti pasti AWET MUDA!!!!

Nantikan gambar2 yg lain.... masing2 posing tak hengat... sayang nak tukar baju pengantin tu... dah cantik yer dakkk???

C ya later

*******************************************************************
- LIHAT JADUAL KURSUS untuk mengikuti kursus yang kami anjurkan -
**************************************************************
*****



Monday, July 27, 2009

Sekitar Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yang telah berlangsung

Jangan tak percaya! Boleh mekap sendiri! Inilah buktinya!

Assalamualaikum semua...

Lynnda kembali lagi dengan beberapa isu menarik untuk dipaparkan.

Jutaan terima kasih di atas kahadiran anda semua pada Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yg telah diadakan pada 26 Julai yang lepas. Sangat meriah dan best. Kali ini ramai yang datang dari jauh. Ada yang dari Melaka dan juga Perak. Sanggup bersesat-sesat demi mencari ilmu. Kehadiran anda amat Lynnda hargai.

Di sini Lynnda sertakan satu keping gambar dulu. Lynnda akan upload satu persatu nanti serta emailkan kepada anda semua seperti yg telah dijanjikan.

Apa yang Lynnda tak dapat lupakan sangat ialah, para peserta kali ini semuanya GILA POSING!!! Di mana ada kamera, di situ ada yang menonjolkan muka. Almaklumlah, wajah masing2 telah berjaya disolek sendiri. Siapa tak bangga! Lynnda pun tumpang bangga kerana segala tips dan panduan yang Lynnda dan Azza kongsi telah dapat membantu para peserta mencapai impian untuk berjaya menyolek wajah sendiri.

Tersenyum-senyum sendiri saat Lynnda membelek2 dan memilih gambar utk dimuatkan dalam ruangan ini. Sabar yer. Pelan pelan Lynnda kongsikan.

Buat masa ini, terimalah model-model sporting yang telah berjaya mencapai impian masing2. Mak Buyung pun tak nak kalah... ni mesti pembawakan budak nih.. pasti nanti tak ter challenge si ibu kalau anaknya gemar posing nanti.


Teknik Solekan Mata Smokey Eyes yang dipelajari menghasilkan solekan mata yg cantik. Macam minah Arab la... Inilah hasil yg berjaya dilakukan oleh para peserta sendiri...

Di dalam bengkel-bengkel yang kami anjurkan, para peserta berpeluang mempelajari tips2 dan teknik2 yg tepat demi menghasilkan solekan yang hebat.

Lihat hasil solekan menggunakan KRYOLAN. Mudah dipelajari dalam tempoh sehari sahaja!



kak lynnda....thanks a lot sebab hantarkan gambar group nie... rase cam tak pecaya lah bila tengok gambar nie....semua kawan2office dok puji2,.. cun la.. ade yg nak ikut kelas akak la.. heheh... mane tak ye, kalau dulu.. meka-up sememeh je.. tapi sekarang dah pandai buat kening ckit, buat smokey eye... dah pandai pakai lipstik...touch up blusher... thanks sekali lagi..
minta tolong email kan gambar rihan...



Salam Lynda,

Thanks for the gambar..sume mcm model2 2nd class..hehe
i yg ala2 norjuma..wekk

nanti email tau gambar2 yg ada muka juma ni.

anyway, bengkel tu bagus klu ada masa nak join lagi.



Lynnda baru terima email dari beberapa orang peserta... waaaa.... seronoknya baca.... seronok sebab mampu membantu anda mencapai impian untuk berjaya menggunakan alat solek sendiri




********
CONTACT US for info and registration



Monday, July 20, 2009

Sekitar Bengkel Asas Pemasangan Pelamin






Alhamdulillah...

Selesai sudah Bengkel Asas Pemasangan Pelamin yang diadakan di Azzalynn Bridal Puchong. Jutaan terima kasih buat anda semua yg datang dan sporting belaka.

Masing2 datang dari jauh sampai tersesat-sesat dibuatnya... namun begitu semuanya berjalan dengan lancar.

Rajin bertanya sampai tak cukup mulut nak menjawab soalan masing2. Anyway, memang seronok. Masing2 sporting.

Jutaan terima kasih buat ima yg sponsor jelly kelapa. Sedap sebab pakai kelapa muda.

Sapa2 nak leh order kat ima yer.. tengah try upload gambr jelly kelapa kat photobucket tapi tak dapat... tunggu la yer



********
CONTACT US for info and registration

Monday, July 13, 2009

Sekitar Bengkel Solekan Peribadi di Ipoh pada 5 Julai 2009

Alhamdulillahhh.. .selesai sudah Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge yg ami anjurkan di Ipoh, PERAK. Setelah 2 kali terpaksa menunda tarikh, maka akhirnya pada 5 Julai berjaya diadakan di PKNP Ipoh dengan kerjasama Fieza dan Kak Sabar yg betul2 supportive.

Saksikan asi2 menarik para peserta yg berjaya menghasilkan solekan sendiri hasil tunjukajar Azza dan Lynnda.
Fieza dan Mimi pose maut... manakan tidak.. dah cun hasil sentuhan mekap tangan sendiri... lebar senyuman masing2
cik kiah dan **** (sorry tak leh recall nama) tak habis2 posing dengan Azza selaku trainer.. seronok betul dah pandai mekap sendiri

kak sabar yg sangat sporting memberikan ucapan penutup

macam tak nak balik yer... masing2 menanti kak sabar berucap

********
CONTACT US for info and registration

Sunday, June 21, 2009

RM60 sahaja!!!! Mekap Untuk Dinner, Mekap Bertunang, Mekap Nikah

Ya!!!

RM60 sahaja!!! Untuk solekan yang cantik dan ringan. Solekan nipis mengekalkan keaslian wajah. Tidak tebal.

Syarat:
- Tempahan perlu dibuat seawal 3 bulan sebelum majlis.
- Bayaran deposit sebanyak RM30 diperlukan untuk memastikan ia bukan tempahan palsu.
- Deposit tidak akan dikembalikan di atas sebarang pembatalan tempahan dari pelanggan.
- Pelanggan perlu datang ke butik kami di Taman Puchong Intan (kami akan tentukan masa anda perlu datang).
- Pihak syarikat berhak menolak tempahan jika terdapat pertembungan jadual dengan aktiviti kami yang lain.
- Pelanggan perlu menepati masa kerana kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan.
- Pihak syarikat berhak membatalkan tempahan dan deposit tidak akan dikembalikan jika pelanggan datang lewat dari yang dijanjikan.
- Pelanggan bertanggungjawab sepenuhnya untuk sentiasa menghubungi pihak syarikat.
- Sebarang perubahan tertakluk kepada budi bicara pihak syarikat.

Lain-lain:
- Caj tambahan RM50 untuk pemakaian tudung berlapis (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan)
- Caj tambahan RM30 untuk pemakaian tudung biasa (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan)
- Caj tambahan RM20 untuk pemakaian baju perempuan (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan)
- Caj tambahan RM20 untuk pemakaian sampin lelaki (bahan dan peralatan perlu dibawa oleh pelanggan)
- Caj tambahan RM60 untuk dandanan rambut/sanggul (bahan dandanan disediakan oleh kami. Aksesori pilihan dan rambut palsu jika ada perlu disediakan oleh pelanggan)

*****************************************
- Contact AzzaLynn Bridal For Enquiries -
*****************************************



Saturday, June 20, 2009

Ungu Tema Perkahwinan


Majlis Pernikahan dan Persandingan Yani di Bandar Kinrara Puchong


**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************


Saturday, June 6, 2009

Hitam Tema Perkahwinan


HITAM ITU MENAWAN....
Kami berkesempatan menjadi make-up artist untuk majlis persandingan Iza di Batu Caves sebentar tadi.
Apa yg buat kami seronok sebab tema dia Total Black... Hitam... tapi... menawan!!!!
Memang outstanding. Iza yg pada awalnya agak ragu2 dan khuatir dengan pilihan nya tersenyum lebar kerana kami mampu memberikan hasil sentuhan mekap terbaik.
Alhamdulillah...

***********************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
************************************************************


Monday, June 1, 2009

Color Code For KRYOLAN, DERMACOS, DERMACOLOR, Supra Color official supplier for Malaysia (ORIGINAL Made In GERMANY)

Color Chart for TV Paint Stick. Please be advised that the color chart does not represent the exact code for your skin tone. We would highly suggest you to get a color test at our office in Puchong.

AzzaLynn Bridal formerly known as Bridal & Beaute Parlour.

We have been appointed by KRYOLAN Malaysia and KRYOLAN Singapore to be their official supplier & reseller for all KRYOLAN product range.

We only sell original KRYOLAN product made in Germany.

CONTACT US for better price with original product.

Lynnda: 012-2399629





Some advise for commonly used code as per below mention:
a) Concealer:
092 (hijau), 508(oren), 1W(putih kelantan)
b) Foundation (all W tone putih): 2W(putih kelantan), 3W, 4W(cerah), 5W(sederhana), 6W(anak mami), 7W(india), 8W(india), NB(natural cerah)
c) Shading: NG2/Negro 2 (coklat kehitaman), Negro 1 (sederhana coklat), 9W (coklat kemerahan)
d) Foundation (all FS tone kuning Asia): FS36=5W, FS38=4W, FS45=D4.5
e) Highlight Foundation: IVORY
f) Blend Foundation: CHINESE

Delivery using Poslaju only.
ALL Orders are Next Day Delivery
Deliver Day: Tuesday-Wednesday-Thursday ONLY
NO URGENT Request. Please Plan Your Purchase
If you insists on URGENT Delivery, Please pay additional RM30 for service charge

How to Make Payment & Mode of Payment

*****************************************

- Contact AzzaLynn Bridal For Enquiries -
*****************************************



HAPPY SHOPPING!!! ORIGINAL ITEMS MADE IN GERMANY AT COMPETITIVE PRICE!!!

Wednesday, May 13, 2009

BERITA Bengkel Solekan Peribadi ZERO Knowledge Mei 2009

Alhamdulillah

Jutaan terima kasih di atas kehadiran anda semua.... Waahhhh.. tak sangka sambutan di luar jangkaan... Bengkel Solekan Peribadi yang kami anjurkan sentiasa mendapat kerjasama yang hebat dari para peserta. Dengan kehadiran yang di luar jangkaan, kami harap ia mampu memberikan keputusan terbaik untuk anda yang hadir.

Berikut adalah serba sedikit gambar yang boleh dikongsi bersama untuk paparan anda semua agar lebih teruja.



Ketekunan para peserta sememangnya menjadi kebanggaan kami

Lynnda memberikan tips teknik solekan seperti DCT di dalam majalah Keluarga.. cantikkkk



********
CONTACT US for info and registration

Related Posts with Thumbnails