Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Tuesday, May 28, 2013

Tips Asas Memilih Pelamin Mini


Bagaimana hendak memilih Pelamin Mini yang sesuai?

Ikuti tips asas berikut:
  • Berbincang dengan keluarga tentang perkara berikut:
    • kos = siapakah yang mengeluarkan belanja dan berapakah jumlah kos yang ingin dibelanjakan
    • tetamu = jenis tetamu yang bakal dijemput samada melibatkan tetamu VVIP, VIP, golongan konglomerat serta saudara mara/sahabat handai dari luar negara
    • tema = tema merupakan pilihan dari segi warna ataupun konsep yang ingin ditonjolkan dalam sesebuah majlis 
  • Berterus terang dengan keluarga bahawa Pelamin Mini adalah kecil dan sepadan dengan kos yang dikeluarkan.Ini adalah kerana, ada ahli keluarga yang menggambarkan bahawa Pelamin Mini ini akan dapat membuat penutupan penuh terhadap ruang yang hendak digunakan.
  • Ambil ukuran tempat yang dicadangkan hendak diletakkan Pelamin Mini. Contohnya ukuran ruang tamu, bilik tidur, tepi tangga, sliding door.
  • Berbincang dengan pihak pembekal pelamin dan pastikan anda mendapat lukisan/gambaran dilukis dan ditulis secara terang dan jelas bagi mengelakkan kesilapan

Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya jika anda memerlukan bantuan pakar;
- Lynnda@AzzaLynn Bridal -
012-2399629

Apa itu Pelamin Mini?

Pelamin Mini merupakan trend terkini yang digunakan untuk majlis keramaian yang ringkas terutamanya untuk majlis Pertunangan atau Pernikahan. Namun kini ada juga yang menggunakan Pelamin Mini untuk majlis Berendoi, Cukur Jambul, Khatam Al Quran.

Terdapat pelbagai rekaan dan contoh Pelamin Mini yang boleh dijadikan pilihan anda [sila lihat di sini]

Pelamin Mini adalah pelamin kecil yang berukuran sekitar 5-6 kaki tinggi dan juga 5-6 kaki lebar.
Secara visualnya, pelamin Mini ini tidak tinggi dan tidak besar. Jika anda berdiri, ia adalah sama dengan ketinggian anda dan jika duduk selalunya hanya boleh memuatkan satu atau dua orang dalam satu masa. Ukuran lebar atau besarnya boleh dibayangkan seperti anda mendepakan kedua belah tangan.


Jika anda inginkan Pelamin yang boleh menutup dinding rumah, maka anda perlu menempah Pelamin Besar BUKANnya Pelamin Mini.Ini adalah kerana, standard ukuran dinding rumah terutamanya ruang tamu adalah sekitar 8 hingga 10 kaki tinggi dan juga 8-10 kaki lebar tanpa perabot mahupun pintu. Bergantung kepada rekabentuk rumah masing-masing.

Ramai yang hanya ingin menempah pelamin tetapi tidak mahu ambil tahu samada ia bersesuaian dengan dengan suasana majlis dan juga tetamu yang bakal hadir.

Oleh itu, kami ingin membantu anda dengan berkongsi tips [sila baca di sini]  berguna sebelum anda membuat keputusan samada menggunakan Mini Pelamin ataupun Pelamin Besar.

Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA dari saya jika anda memerlukan bantuan pakar;
- Lynnda@AzzaLynn Bridal -
012-2399629

Saturday, May 18, 2013

Rawatan Mandi Susu




Kebanyakan wanita yang bekerjaya, tiada masa untuk memanjakan diri di Spa.
Terutama sekali bagi mereka yang memegang jawatan penting dalam syarikat.
Namun begitu, ini bukan penghalang bagi mereka, untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Oleh itu, dengan mengamalkan rawatan mandi susu di rumah, ia sedikit sebanyak dapat membantu wanita berkerjaya ini untuk terus mengekalkan kecantikan kulit mereka walaupun sibuk dengan rutin seharian di pejabat.

Terdapat banyak khasiat dalam amalan mandi susu:
1. mencerahkan kulit
2. melembutkan kulit
3. menghasilkan kulit yang putih gebu serta putih bercahaya.
Ini adalah kerana, di dalam susu terdapat khasiat semulajadi seperti vitamin D, vitamin A dan juga asid laktik yang mampu mengekalkan kelembapan kulit.

Saya ingin berkongsi tips bagaimana cara untuk manghasilkan rawatan mandi susu di rumah:
1. Siapkan beberapa mangkuk susu (boleh gunakan susu tepung ataupun susu cair)
2. Campurkan sedikit minyak zaitun.
3. Panaskan selama 5 hingga 10 minit.
4. Campurkan dengan sedikit air suam.
5. Berendam selama 20 hingga 30 minit.

Sebaiknya, sebelum berendam dengan mandian susu ini, anda digalakkan untuk scrub tubuh terlebih dahulu bagi menghilangkan sel-sel kulit mati. Rawatan ini boleh diamalkan dua kali seminggu, bagi mendapat hasil yang lebih maksimum.

Selamat mencuba!


Related Posts with Thumbnails