Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Tuesday, May 13, 2014

BELI Rumah atau SEWA Rumah?

[ Berfikir Sejenak ]

Sering terpandang-pandang di penglihatan, hasil pembacaan daripada buku penulisan saudara Azizi Ali, di antara langkah mengumpul kekayaan ialah dengan tidak membeli rumah tetapi menyewa rumah terlebih dahulu. Tidak membeli kereta baru tetapi membeli kereta terpakai terlebih dahulu.

Saya tidak bersetuju dengan penulisan beliau pada waktu itu kerana bagi saya, rumah adalah harta dan perlu dibeli secepat mungkin. Nanti harga naik....
Namun kini, saya faham kenapa.

===

Ramai yang MAMPU (memaksa diri untuk mampu kerana hakikat sebenarnya tidak mampu) membayar pinjaman bank sebulan RM1500 untuk sebuah kereta atau rumah. Dan sanggup berhutang sehingga 20-35 tahun (rumah). Tetapi ramai yang tidak mampu menabung sebanyak RM600 sebulan untuk masa depan sendiri yang lebih baik.

====

LOAN/Pinjaman Bank:
Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik bank

Anggaran kasar pengiraan Pinjaman Ah Long Berlesen:
Pinjaman asal RM150,000
Bayaran balik kepada bank RM300,000


SEWA Rumah: RM900 dan dapat simpan RM600 
Jumlah sama seperti bayaran pinjaman Bank setiap bulan iaitu RM1500:

Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik penyewa

Anggaran Kasar Simpanan:
RM600 x 12 bulan (setahun) = RM7200 (wang kertas)
RM7200 x 10 tahun = RM72,000 (wang kertas)

Oopss!!! Jangan pula ada yang nampak sport rim berkilat bila nampak duit dah cecah RM7200 tu!!!

====


Sejarah Harga Emas:
1998: 1gm = RM48 (harga kedai emas tpt saya beli)
2014: 1gm = RM140 (harga emas kat kilang tempat saya beli) RM160 (harga kedai emas tempat saya beli)

Pada tahun 2014, wang kertas RM72,000 tetap tidak mampu membeli sebuah rumah flat 2-3 bilik.

Tetapi jika ia ditukar dalam bentuk emas fizikal sewaktu mula-mula memulakan simpanan RM600 itu, kita sudah mampu membeli rumah/tanah secara tunai tanpa perlu menunggu 20-35 tahun. Paling cepat 10 tahun beli tunai.... 

Yang paling best, kita boleh bantu diri kita daripada terjebak dengan RIBA.
Ini yang saya cari!!!


Sesungguhnya ilmu MESTI dicari sehingga ke Negara China.
Meskipun pemahaman setiap orang itu ada yang cepat dan ada yang lambat. Sedikit sebanyak ia tetap dapat membantu kita memperbaiki hala tuju hidup kita.

CEO & Founder
House of AzzaLynn Bridal

#auraemasdanperak

Friday, May 2, 2014

Pelamin Pilihan Mei 2014

 Pelamin Rumah: Ima 5
Pelamin Rumah: Ima 8

Pelamin Majlis Sanding jika dibuat di dalam rumah hanya perlukan pelamin yang ringkas (simple) dan tidak memerlukan perkakasan yang banyak. Ini adalah kerana setiap potongan ruang tamu rumah mempunyai ruang yang terhad. Pentas yang digunakan hanya boleh muat untuk jenis 1 lapis (Single Layer). Ini adalah kerana ketinggian lantai ke langit-langit atau siling rumah sekitar 8kaki hingga 10 kaki sahaja. Pelamin juga tidak boleh menggunakan konsep Dome. Ia perlu rata dan menggunakan panel sahaja.

Anggaran budget pelamin untuk di dalam rumah ialah sekitar RM450-2500 bergantung kepada modal anda sebagai bakal pengantin. Jika budget anda kecil, sudah pasti pilihan anda terhad. Perubahan budget akan menentukan jenis bunga yang akan digunakan, jenis panel, jenis bahan-bahan dekorasi samada kayu atau kaca dan pelbagai lagi.

Ciri-ciri pelamin sanding di dalam rumah:
  1. Ukuran lebar sekitar 6-8 kaki
  2. Ukuran tinggi sekitar 8-10 kaki
  3. Pentas single layer
  4. Tiada Dome
Khidmat nasihat pakar kami amatlah diperlukan oleh anda yang bakal berkahwin. Ini bagi memastikan anda mendapat hasil yang bertepatan dengan budget dan lokasi majlis anda.

======


Serahkan tugas Pasang Pelamin kepada yang PAKAR!!!

Hantar Email kepada pelamin@draz.my

======

  1. Tajuk Email: Saya perlukan pelamin majlis Sanding/Nikah/Tunang
  2. Nama Anda
  3. Alamat Majlis Anda
  4. Tarikh Majlis Anda
  5. Warna Tema Anda
  6. Anggaran Budget Anda (kami boleh berikan cadangan pelamin mengikut budget anda)
Anda mungkin berminat untuk mendapatkan Tips-tips berikut
[klik tajuk di bawah]:
Apa Itu Pelamin Mini?
Tips Asas Memilih Pelamin Mini
********************************************************

Thursday, May 1, 2014

Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu




Semasa zaman Tun masih menjadi perdana menteri pun sudah dinasihatkan untuk simpan emas.

1998 - zaman recession - susah nak dapat kerja - saya jadi penganggur terhormat bidang Teknologi Maklumat

Saya teringat Tun dan isteri mengeluarkan emas mereka untuk membantu negara yang sedang menghadapi masalah kewangan. Kalau tak silap saya untuk membantu negara daripada menerima tawaran pinjaman IMF. (tolong betulkan kalau salah)

====
Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu:
====
1) pastikan beli emas dan pegang emas di tangan... bukan dapat surat emas, buku emas atau dividen bulanan

2) pastikan beli emas dinar dan jongkong untuk kurangkan susut nilai

3) pelabur yang bijak akan beli emas denga harga kilang dan tiada upah tukang

4) pelabur yang pandai akan beli emas sedikit demi sedikit setiap bulan tanpa gagal

5) pelabur yang ada ilmu tidak akan ada wang kertas yang banyak kerana mereka tahu dan faham maksud inflasi

6) pelabur yang ingin kekal lebih kaya dan berjaya daripada rakan baik mereka akan sentiasa melabur dalam ilmu

Saya boleh kongsikan ilmu emas dan perak secara percuma bagi mereka yang mahu berjaya sahaja.

Call or sms 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758
Ceo@draz.my

Monday, April 21, 2014

Ilmu dan Tips Bisnes

Saya kongsikan Tips dan perkongsian daripada sifu bisnes saya saudara Aqif Azizan

** Langkah selamat sebelum bisnes hadapi kerugian.

Dalam bisnes, kita ada banyak kemungkinan untuk hadapi "hari gelap".

2 Ujian hari gelap bisnes
Hari gelap bermaksud hari bisnes kita mengalami sedikit ujian seperti:
1) Sales kurang.
2) Duit diperlukan untuk menampung kos melebihi perancangan.

Cara untuk mengatasi adalah mewujudkan pelampung-pelampung dalam bisnes.
Pelampung paling kecil adalah pelampung 10%.

===========
Cipta pelampung sebelum parah
===========
Sebagai contoh, untung bersih bisnes kita bulan ini adalah RM10,000.
Ambil 10% dari jumlah RM10,000 untuk dimasukkan ke dalam mana-mana akaun berikut:
1) Akaun emas.
2) Akaun perak.
3) Akaun Tabung Haji.
10% ini amat berguna setiap tahun. Ia boleh jadi modal besar untuk bisnes kita.

Contohnya:
1) 10% daripada RM10,000: RM1,000.
2) RM1,000 x 12 bulan: RM12,000.
3) Kita ada RM12,000 untuk gunakan sebagai modal marketing, iklan atau apa sahaja berkaitan bisnes.

Dapatkan khidmat nasihat dan panduan berguna: ceo@draz.my
CALL or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758


Related Posts with Thumbnails