Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Wednesday, March 3, 2010

BERITA Bergambar: Bengkel Pemasangan Pelamin & Gubahan Bunga Pelamin

Kursus-Kursus Pemasangan Pelamin dan Gubahan Bunga Pelamin

Sebahagian dari jenis gubahan bunga berpasu yg dihasilkan oleh para peserta semasa sesi bengkel Gubahan Bunga Pelamin (fresh flowers). Gubahan jenis ini sesuai utk pelamin VIP atau pelamin yg diletak di dewan mahupun hotel kerana jambangan nya yg menyerlah.

Sebahagian gubahan bunga dihasilkan oleh peserta untuk gubahan bunga segar bagi pelamin. Gubahan jenis ini sesuai diletak samada di hadapan platform pelamin, sekitar pentas dewan, dibelakang pelamin (backdrop) mahupun sisi pelamin. Perhatikan tona warna yang digunakan. Mainan warna yang tepat dapat menyuntik hasil yang menarik.

Flower ball (fresh flowers) yg dihasilkan peserta selepas menerima tunjuk ajar dari Lynnda sewaktu sesi Bengkel Gubahan Bunga Pelamin Segar (Fresh Flowers). Bukan senang nak buat Flower Ball dari Fresh Flowers. Selepas menghadiri bengkel, barulah para peserta dapat mencipta idea sendiri seterusnya menggunakan pelbagai tips dan teknik yg diberi agar bunga tidak layu, cantik terletak dan boleh dibawa ke mana sahaja tanpa rosak. Nampak senang. Tapi hampir menelan masa selama 1 jam hanya utk membuat Flower Ball dari Fresh Flowers.

Gubahan bunga berpasu di atas pelamin ialah dari jenis pasu kecil. Ia sesuai di letak samada di sisi pelamin, di atas meja pengantin dan juga di dalam bilik pengantin.

Pastikan latihan praktikal secukupnya semasa kelas dan dapatkan hasilnya!!!



Bengkel Pemasangan Mini Pelamin. Lihat beberapa jambangan bunga segar yg telah digubah oleh para peserta di letak pada tempat yg sepatutnya. Harap maaf, tak dapat nak buat set yg sama sbb para peserta di berikan latihan praktikal secukupnya utk menggubah pelbagai jenis gubahan dari pelbagai jenis pasu yg berbeza agar bengkel ini memberikan manfaat semaksima mungkin.


Sebahagian contoh lain utk Bengkel Mini Pelamin dan Gubahan Bunga Pelamin (Fresh Flowers)






********
Hubungi Azzalynn Bridal

Ikuti Jadual Kursus Terkini DI SINI

********
Related Posts with Thumbnails