Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, November 8, 2010

FALSE Eyelashes for SALE!!! Bulu Mata Palsu Untuk DIJUAL!!!

False Eyelashes FOR SALE
Bulu Mata Palsu Untuk DIJUAL
Harga Asal : RM30
Harga Promosi : RM20 sekotak ada 10 pasang

Jangan keliru dengan yang Rm10 sekotak sbb yg ni high quality. Kat pasaran mmg harga set ini antara rm30-50 sekotak ada 10 pasang. Kalau yg rm10 sekotak tu tak sama macam ni.


Bulu Mata ni nampak jer jarang mcm tak glemer jer
Tapi hakikatnya, fesyen yg ni tampil simple dan glamorous sbb pecahan silang dia akan memberikan penampilan bulu mata yg lebat dan penuh.

Bulu mata jenis ini memberikan penampilan hampir sama dgn TS027X. Pecahan runcing dan sedikit jarang memberikan penampilan yg glamour.

Bulu mata palsu yg ni jenis rapat dan melentik. Memang glemer sehabis baik.

Bulu mata jenis ni halus dan melentik. Istimewanya, bulu mata jenis ni ada ekor di tepi mata. Ekor tu maksudnya bulu mata tepi tu panjang kiri dan kanan. Kalau nak nampak natural tapi ayu mcm awek jepun leh pakai bulu mata jenis ni.

Bulu mata jenis ni lebih kurang sama dgn TS014X. Cuma pecahan dia jarang sikit dari TS014X. So penampilan nampak sedikit natural la. Tapi tetap tampil melentik dan glamour.

Bulu mata jenis ni memang lebat dan melentik. Pecahan nya meruncing. Memberikan penampilan hangat dan vogue!!!

*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****

Saturday, October 23, 2010

Sekitar Bengkel Personal Grooming


Bengkel Penampilan Diri Korporat yang diadakan selama 2 bulan di Nippon Paint (M) Sdn Bhd Shah Alam dihadiri oleh hampir 30 peserta setiap sesi. Pelbagai bangsa seperti melayu, cina dan india tak mahu melepaskan peluang mendapatkan tips dan teknik solekan yang betul dari pakar iaitu Lynnda dan Fizie.

Sesi selama 2 bulan ini dipenuhi dgn aktiviti latihan praktikal solekan, teknik pemakaian tudung serta teknik dandanan rambut. Sempat juga Lynnda menyelitkan tips menjaga kecantikan wajah agar tampil awet muda. Masing2 seronok salin resepi kecantikan yang Lynnda sampaikan.

Sebahagian gambar yg sempat diambil.

Malangnya kami tiada koleksi gambar untuk sesi di Muzim Negara Malaysia, Jabatan Haiwan, Hospital Putrajaya, Hospital KL, Perbadanan Putrajaya dan banyak tempat lain. Maklumlah, sibuk memberikan ceramah dan latihan praktikal kepada para peserta, lupa nak ambil gambar.

Bagi yang berminat utk menjemput kami berkongsi kepakaran kami dgn anda semua, jgn segan2 untuk hubungi kami seperti di bawah.

*******************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*****


Friday, October 22, 2010

Sekitar Bengkel Solekan Pengantin Menggunakan KRYOLAN di SABAH

Muka Pucat tampil berseri. Hasil kerja Dayana yang baru belajar pada hari pertama ni.

Dayana bersama model. Tersenyum puas sebab akhirnya berjaya menghasilkan solekan yang menarik pada hari pertama. ZERO Knowledge tu. Macam tak caya!!!


Hasil kerja Dayana pada hari kedua bengkel andaman pengantin zero knowledge.
________________________________
KLIK Untuk Jadual Bengkel Andaman Pengantin
KLIK Untuk Jadual Bengkel Dandanan Rambut atau Sanggul
________________________________

Selesai sesi Bengkel Andaman Pengantin ZERO Knowledge yang diadakan di Kota Kinabalu SABAH pada bulan Ogos yang lalu. Bulan puasa. Penat tak penat. heheehehe

Namun kami tabik spring dgn Dayana yang tak kenal jemu dan tak kenal penat. Rancak dan rajin menyalin nota dan setia mendengar pesanan demi pesanan dari tenaga pengajar kami.

Hari pertama, sudah dijangka, hasilnya agak tidak bagus. Namun pada hari kedua, kami sudah boleh tersenyum melihat Dayana memberikan hasil solekan yang mantap. Wajah model yang pucat tampil gebu dan kemas. Solekan yang tidak berubah secara face to face mahupun di kamera.

Tahniah buat Dayana! Jutaan terima kasih kerana menjadi anak murid yang rajin dan sporting. Cikgu cakap dengar dan tulis. Biar lekat di kepala. Semoga berjaya menjadi jurusolek yang berjaya di SABAH.



*******************************************************************
- Sila 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*****

Solekan Pertunangan Gaya VVIP - Ringkas dan Anggun


Solekan Ringkas Gaya VVIP Untuk Majlis Tunang

Majlis Pertunangan merupakan majlis pertama yang sering dijadikan majlis istimewa.
Solekan pertunangan yang ringkas namun tetap anggun menjadi keutamaan. Solekan yang galak pula akan menampakkan kematangan seseorang gadis sehingga membuatkan banyak mata memandang pelik.

Kali ini AzzaLynn Bridal menampilkan solekan ringkas gaya VVIP. Sentuhan mekap artis kami berjaya merubah wajah pucat dan penuh dgn masalah jerawat di muka agar tampil berseri bak Datin Seri Normala Shamsuddin. Hiasan sanggul ringkas dan tidak terlalu nampak 'macam nak kawin' membuat si gadis tampil anggun dan segar. Manis di pandangan mata dan tampil kemas di kamera. Bersesuaian dgn baju tunang pilihan yg diperbuat dari kain chiffon bersulam manik.

Selamat Bertunang buat Fadzrin. Tarikh emas 101010. Semoga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke akhir hayat.

**************************************************************************************************
- Sila rujuk 'Hubungi Kami' di kanan blog ini untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
*************************************


Related Posts with Thumbnails