Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Friday, April 4, 2014

Apa itu INFLASI?

Bismillahirrahmaanirrahiiimm

Sana sini ramai yang bercerita tentang Inflasi. Apa Itu Inflasi?

Terma inflasi ini terkandung di dalam topik Ekonomi di Universiti Teknologi MARA sewaktu saya belajar di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan. Terus terang, saya bukanlah seorang pelajar yang cepat faham. Saya belajar hanya semata-mata ingin menamatkan kursus dan mendapatkan sekeping Diploma bertujuan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Subjek Ekonomi merupakan di antara subjek yang saya sangat lemah. Subjek yang mudah untuk saya score biasanya ACC dan juga ELS. Namun, Syukur Alhamdulillah, merasa juga mendapat Dean's List sewaktu di UiTM. Maknanya, takde lah teruk sangat saya ni... hihihihihi....

OK... selepas hampir 20 tahun (belajar di UiTM ketika berusia 20 tahun), barulah kini saya faham dengan sejelasnya apa maksud Inflasi.

Contoh dan case study paling mudah untuk difahami, atau orang putih panggil Layman Term:
gambar contoh sahaja

Pada tahun 1980, duit belanja saya ke sekolah ialah 5sen atau 10sen. Dengan nilai tersebut, saya boleh menikmati sebungkus nasi lemak dan air sirap. Saya boleh menikmati makanan tersebut dengan kenyang.
Nilai tersebut berubah mendadak pada tahun 1986, apabila duit 5sen hanya mampu membeli sebiji gula-gula. Saya penggemar gula-gula dan saya sangat marah apabila pekedai memberitahu bahawa saya tak boleh lagi mendapatkan 3biji gula-gula dengan duit 5sen.
Kini pada tahun 2014, nilai 5sen sudah tidak mampu membeli apa-apa dan pihak pejabat pos juga tidak akan mengembalikan nilai 5sen jika kami membuat pengeposan barangan yang melibatkan baki 5sen. 
Itu contoh kecil. Apa kata saya berikan contoh dan case study untuk nilai yang besar pula:

Pada tahun 1990, dengan duit RM50, bapa saya mampu membeli keperluan lauk dan belanja dapur sebulan. Ini termasuklah beras, gula, tepung, sardin dalam tin, kicap dan lain-lain lagi
Kini pada tahun 2014, dengan duit RM50, saya hanya mampu mendapatkan set makan tengahari untuk dua orang sahaja. Atau saya hanya boleh membeli 2 jenis ikan dengan berat tidak lebih 1kg setiap satu jenis.
Contoh dan case study favourite:


gambar contoh sahaja
Pada tahun 1990, RM1 boleh membeli 5biji karipap. Gemuk-gemuk inti ayam dan daging yang padat. Kenyang makan sebiji. 
Pada tahun 2014, RM1 boleh membeli 1biji karipap yang KURUS dan intinya hanya kentang ditambah ajinomoto secukup rasa. 

Contoh bagi bakal pengantin di Selangor, Malaysia:
gambar contoh sahaja
Pada tahun 2004, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 boleh menjamu makan tetamu seramai 1000 jemputan.
Pada tahun 2014, nilai wang hantaran/belanja sebanyak RM5000 hanya boleh menjamu makan tetamu seramai 100 jemputan
*** Sebab itu ramai bakal pengantin mengamuk kerana mak bapa pengantin perempuan meminta wang hantaran minima RM20,000. 
Sebab itu ramai yang lambat kahwin atau memilih untuk tidak berkahwin. 
Namun begitu, bagi yang bijak melawan Inflasi, mereka tidak perlu menunggu wang jatuh ke riba. 
Nilai RM5000 masih boleh digunakan pada masa kini, jika bakal pengantin tahu ke mana duit itu perlu dileburkan ***

Boleh nampak bagaimana perubahan nilai wang berlaku?
Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, tetapi ia berlaku di seluruh dunia yang mengamalkan nilai matawang.

Syukur Alhamdulillah. Meskipun saya lemah Ekonomi sewaktu di UiTM dahulu. Rupanya ilmu itu sangat membantu saya kini. Pemahaman seseorang itu tidak sama. Ada yang cepat. Ada yang lambat macam saya. Namun saya bersyukur, Allah masih memberi saya peluang untuk menerima hidayahnya.

Hidayah dan Ilmu perlu dicari. Ia tidak datang bergolek.

Saya doakan penerangan ini dapat membantu anda yang masih tidak faham tentang Inflasi.

Terima kasih.

Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat, hubungi saya
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my

Thursday, April 3, 2014

Teknik melindungi harta dari dimamah inflasi

Kejatuhan harga emas dan perak
Kejatuhan harga emas dan perak di bawah USD1300 /oz dan dibawah USD20 menyediakan peluang memborong emas dan perak dengan jayanya.
Harga silver dibawah 19.70 usd memang sangat menarik.


Melahirkan jutawan kecil bermula pada hari perayaan
Saya sendiri memborong beberapa keping 1 Dinar, 10 dirham dan juga Silver Bullion.
Niat saya ingin jadikan pengganti kepada duit raya kerana saya ingin mendidik jutawan kecil bermula dari awal.
Manakan tidak, duit raya sebanyak RM100 seorang sudah tidak bernilai pada masa kini.
Apatah lagi apabila sikecil berumur 17 tahun pada masa akan datang. Nilai RM100 sudah tidak boleh membayar yuran persekolahan.
Dengan hanya sekeping Dinar, mampu membayar yuran persekolahan, sakit pening, boleh dijadikan wang hantaran apabila mereka ingin berkahwin kelak. 
Inilah dia jutawan muda yang telah diasuh sejak kecil.

Harga 10 dirham sekarang hanya RM94 sekeping + RM5 kos transport.
Tujuannya untuk simpanan.
Sangat berbaloi, apatah lagi sebelum ini harga 10 dirham ialah RM120. 
Harga sekarang sangat berbaloi-baloi.
Mari memborong dan menyimpan emas dan perak.
Anda boleh bermula sendiri.

Jika perlukan bantuan dan khidmat nasihat, hubungi saya
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758
ceo@draz.my

Doorgift: CD Al Quran 30 juzuk

======
Mengapa hadiah CD Bacaan Al Quran 30 Juzuk ini sangat bermanfaat?
======
✓ Boleh diperdengarkan di dalam kereta sewaktu perjalanan.
✓ Boleh diperdengarkan di rumah sambil dapat memperbaiki bacaan dan hafalan.
✓ Tidak Membazir
✓ Tidak dibuang seperti bunga telur dan gula2
✓ InsyaAllah pahala pun dapat dan pastinya berganda!

500pcs: FREE Design + FREE Sampul CD
1000pcs: FREE Design + FREE Sampul CD
FREE white jacket/plastic cover for CD (tak boleh pilih)
FREE Design (boleh ubah nama dan tarikh atau berikan contoh design impian anda)

CD yang dah siap perlu diambil di Puchong atau Taman Dato Senu KL [Tiada kos penghantaran dikenakan]
Bagi yang tak boleh ambil sendiri di kedai kami: Kos pengeposan perlu di tambah mengikut berat dan saiz kotak serta lokasi anda

Hubungi kami utk dan mendapatkan nasihat rekaan dan warna pilihan.

order@draz.my
012-2399629 Call or SMS Only
+6010-5157758 WhatsApp ONLY

http://tinyurl.com/DoorgiftCD

Sunday, March 23, 2014

Jangan tangguh solat kerana mekap!!!

Pastikan Wudhu' Anda SEMPURNA

Bersihkan wajah setiap kali sebelum solat adalah sebaik-baiknya anda lakukan

==========
Mekap Remover Anda Mengandungi Bahan Kimia Berbahaya jika:
==========

+ Mata Pedih dan Merah

+ Kulit Terasa Kering

==========
Akibat daripada Mekap Remover Bermasalah itu:
==========

+ Oilseed (bintil minyak)

+ kulit kusam

+ pigmentasi bertambah

+ Kulit semakin kering

==========
Jika Anda Pilih Untuk Jaga Kulit Anda:
==========

+ HALAL, BERSIH lagi SUCI

+ Tak Pedihkan Mata

#bestmekapremover
#halalmekap
#cosmoderm
#tipsolekan
#tipcantik
#HouseOfAzzaLynnBridal

http://tinyurl.com/MekapRemoverTerbaik



==========
PILIHAN TERBAIK: Makeup Remover Vitamin E dan Rosehip Oil
==========




Jika ada masalah bintil minyak (oil seed) saya cadangkan gunakan Makeup Remover Cosmoderm.
Ada Vitamin E dan Rosehip Oil. 
Pastikan cuci bersih di waktu malam sebelum tidur. 
Terasa kesegaran wajah dan kebersihan kulit.

Harga yang sangat affordable: RM16.90 (SM)

Call or SMS: 012-2399629
WhatsApp: +6010-5157758
order@draz.my
Related Posts with Thumbnails