Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Friday, May 30, 2014

Bukan Babi Saja Yang HARAM Di Makan [Part 1]


Semenjak dua menjak ni kecoh pasal coklat yang ada DNA Babi.
Masing-masing mula kalut nak samak mulut la nak cuci darah la. Macam-macam. :)

Nampaknya orang kita lebih cepat dan pantas bertindak jika ada terkait sangkut dengan binatang yang Allah turunkan ke dalam dunia ini dan banyak disebut dalam Al Quran sebagai di antara binatang yang Haram di makan oleh umat Islam.

Di sini, saya ingin kongsikan serba sedikit perkara lain yang haram dimakan (diharap kita semua tidak lupa):
  1. Riba
  2. Alkohol
  3. Rasuah
  4. Judi
Untuk kali ini, saya cuma ingin menyentuh item pertama iaitu Riba.
Dari segi bahasa, riba membawa maksud pertambahan atau lebihan.

Sewaktu di tingkatan 3 dan tingkatan 5, di dalam subjek Agama Islam Tinggi, topik Riba adalah di antara topik yang saya paling suka pelajari dan saya banyak menjawab soalan berkaitan Riba di dalam kertas soalan SPM. Terdetik di hati saya, untuk tidak mengamalkan Riba sebaik sahaja tamat sekolah dan bekerja. Apa yang saya rancang adalah untuk tidak membuat sebarang pinjaman bank kerana lebihan pinjaman tersebut adalah Riba.

Namun begitu, sebaik tamat pengajian, ternyata saya tidak boleh lari daripada terlibat dengan Riba. Terutamanya dalam bentuk pinjaman kereta, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, simpanan bank dan macam-macam lagi.

Disebabkan kekecewaan tersebut, saya berusaha mencari cara untuk mengatasi masalah ini. Ternyata tidak mudah. Merata tempat saya belajar, pelbagai guru saya menuntut. Saya berperang dengan diri sendiri kerana takut diperangi Allah di akhirat kelak. Ayat-ayat Allah tentang Riba sering membuat saya menggigil ketakutan dan terbayang betapa panasnya api neraka yang menyambar. 

Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China. Ya! Saya ikut pepatah itu dan saya merantau ke negara China selama 2 tahun. 
Tuntulah ilmu sampai liang lahad. Ya! Sehingga kini saya tak berhenti mencari dan terus mencari. 

Alhamdulillah, saya sudah temui jawapannya. Insya Allah. Ia sememangnya telah banyak membantu meredakan hati saya yang gundah gulana. 

Saya akan kongsikan dalam part yang akan datang. Dengan izin Allah, jika masih dipanjangkan umur, saya cuba kongsikan jejak pengalaman dan usaha untuk mencari ketenangan. 


Ayat Al Quran Mengenai Larangan Riba

Firman Allah Surah Al Baqarah, maksudnya: 
275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba(yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.



Thursday, May 29, 2014

Ada yang sakit gigi hari ni ?



Masalah utama kalau Sakit gigi
  • satu kerja pun tak jadi.
  • rasa nak hempuk orang je kan?
  • baring salah, duduk salah, berdiri salah
Sabar dah ditahap garisan merah gitu.



In sya Allah kami boleh bantu anda.

Kita berusaha, janji Allah setiap penyakit ada ubatnya.




order@draz.my
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758

Tuesday, May 27, 2014

Masalah Resdung menghantui diri saya. Anda Bagaimana?

7 tanda anda ada RESDUNG/SINUSITIS

1. Bersin bila bangun pagi
2. Air Hidung meleleh tanpa henti
3. Migrain/Sakit kepala yang berpanjangan
4. Wajah berjerawat tanpa sebarang tanda sembuh
5. Gatal di dalam telinga
6. Jerawat di bahagian kuping telinga dan badan
7. Mata gatal-gatal yang berpanjangan

Dah cuba macam-macam tapi takde penyelesaiannya.
Tension kan?
Segala jenis sabun resdung dan ubat resdung saya dah cuba.
Kali ini saya amalkan IV Mist.

JANGAN biarkan ia menjadi kronik dan mengganggu hidup anda!!!

Dapatkan IV Mist untuk masalah RESDUNG anda.

Call/SMS saya 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758
order@draz.my




Sunday, May 18, 2014

Pelaburan Emas

Secara umumnya Pelaburan Emas terbahagi kepada 3:

  1. Emas Fizikal
  2. Emas Kertas
  3. Spot Gold (Trading)
Bagi anda yang ingin melindungi diri daripada kesan INFLASI.
Bagi anda yang tidak pernah mempelajari tentang ilmu pelaburan.

Melaburlah dalam Emas Fizikal sebagai langkah pertama sebelum melabur kepada bidang Emas yang lain.

Mengapa? 
Ini adalah kerana, anda TIDAK ADA ILMU.

Apabila anda sudah ada ilmu, sekurang-kurangnya anda sudah ada modal Emas Fizikal dan masa depan anda boleh dikembangkan dengan lebih baik lagi.

Anda cari:
  • Emas MURAH daripada harga emas di kedai emas?
  • Emas TIADA upah tukang?
  • Emas harga KILANG?
Ingin belajar melabur dalam Emas Fizikal?
Saya boleh bantu anda Langkah Demi Langkah Melabur dalam Emas Fizikal.

Hadir Majlis Ilmu Mempelajari Pelaburan Emas Fizikal PERCUMA di Petaling Jaya (Setiap Selasa), Ampang (Setiap Rabu), Klang (Setiap Khamis)
Daftar Nama, Tarikh Lahir, No Telefon, Lokasi Kursus ke info di bawah.

ceo@draz.my
Call or SMS 012-2399629
WhatsApp ONLY +6010-5157758



Saturday, May 17, 2014

Usahawan: Bekerja dalam satu pasukan




Semenjak dua menjak ni saya menerima banyak sangat tempahan daripada luar selangor dan kl.

Bukan tak nak buat. Kalau saya buat, tak mampu uols nak bayar tiket flight kami.

Guru saya selalu berpesan, rezeki harus dikongsi.

Guru saya juga selalu berpesan, usahawan yg bijak bekerja dalam jemaah.

Oleh itu, ada yang berminat bersama saya bekerjasama dalam jemaah?

--- petikan perbualan ---

Cust: hi Azzalynn Bridal. .. kamek mauk tauk brapa kitak pun pakej wedding pun?
Saya: hi. Kamek sik molah pelamin di seghawak.
Cust: kitak polah di semenanjung jak ka?
Saya: yup. Di semenanjung jak ooo

----
Nota: kamek bukan mbiak seghawak tapi kamek boleh klakar seghawak. Kamek ♡ seghawak.
----

Ceo@draz.my
Call or sms 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758

Http://azzalynn.blogspot.com/

Tuesday, May 13, 2014

BELI Rumah atau SEWA Rumah?

[ Berfikir Sejenak ]

Sering terpandang-pandang di penglihatan, hasil pembacaan daripada buku penulisan saudara Azizi Ali, di antara langkah mengumpul kekayaan ialah dengan tidak membeli rumah tetapi menyewa rumah terlebih dahulu. Tidak membeli kereta baru tetapi membeli kereta terpakai terlebih dahulu.

Saya tidak bersetuju dengan penulisan beliau pada waktu itu kerana bagi saya, rumah adalah harta dan perlu dibeli secepat mungkin. Nanti harga naik....
Namun kini, saya faham kenapa.

===

Ramai yang MAMPU (memaksa diri untuk mampu kerana hakikat sebenarnya tidak mampu) membayar pinjaman bank sebulan RM1500 untuk sebuah kereta atau rumah. Dan sanggup berhutang sehingga 20-35 tahun (rumah). Tetapi ramai yang tidak mampu menabung sebanyak RM600 sebulan untuk masa depan sendiri yang lebih baik.

====

LOAN/Pinjaman Bank:
Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik bank

Anggaran kasar pengiraan Pinjaman Ah Long Berlesen:
Pinjaman asal RM150,000
Bayaran balik kepada bank RM300,000


SEWA Rumah: RM900 dan dapat simpan RM600 
Jumlah sama seperti bayaran pinjaman Bank setiap bulan iaitu RM1500:

Status Rumah: BUKAN milik sendiri, masih hakmilik penyewa

Anggaran Kasar Simpanan:
RM600 x 12 bulan (setahun) = RM7200 (wang kertas)
RM7200 x 10 tahun = RM72,000 (wang kertas)

Oopss!!! Jangan pula ada yang nampak sport rim berkilat bila nampak duit dah cecah RM7200 tu!!!

====


Sejarah Harga Emas:
1998: 1gm = RM48 (harga kedai emas tpt saya beli)
2014: 1gm = RM140 (harga emas kat kilang tempat saya beli) RM160 (harga kedai emas tempat saya beli)

Pada tahun 2014, wang kertas RM72,000 tetap tidak mampu membeli sebuah rumah flat 2-3 bilik.

Tetapi jika ia ditukar dalam bentuk emas fizikal sewaktu mula-mula memulakan simpanan RM600 itu, kita sudah mampu membeli rumah/tanah secara tunai tanpa perlu menunggu 20-35 tahun. Paling cepat 10 tahun beli tunai.... 

Yang paling best, kita boleh bantu diri kita daripada terjebak dengan RIBA.
Ini yang saya cari!!!


Sesungguhnya ilmu MESTI dicari sehingga ke Negara China.
Meskipun pemahaman setiap orang itu ada yang cepat dan ada yang lambat. Sedikit sebanyak ia tetap dapat membantu kita memperbaiki hala tuju hidup kita.

CEO & Founder
House of AzzaLynn Bridal

#auraemasdanperak

Friday, May 2, 2014

Pelamin Pilihan Mei 2014

 Pelamin Rumah: Ima 5
Pelamin Rumah: Ima 8

Pelamin Majlis Sanding jika dibuat di dalam rumah hanya perlukan pelamin yang ringkas (simple) dan tidak memerlukan perkakasan yang banyak. Ini adalah kerana setiap potongan ruang tamu rumah mempunyai ruang yang terhad. Pentas yang digunakan hanya boleh muat untuk jenis 1 lapis (Single Layer). Ini adalah kerana ketinggian lantai ke langit-langit atau siling rumah sekitar 8kaki hingga 10 kaki sahaja. Pelamin juga tidak boleh menggunakan konsep Dome. Ia perlu rata dan menggunakan panel sahaja.

Anggaran budget pelamin untuk di dalam rumah ialah sekitar RM450-2500 bergantung kepada modal anda sebagai bakal pengantin. Jika budget anda kecil, sudah pasti pilihan anda terhad. Perubahan budget akan menentukan jenis bunga yang akan digunakan, jenis panel, jenis bahan-bahan dekorasi samada kayu atau kaca dan pelbagai lagi.

Ciri-ciri pelamin sanding di dalam rumah:
  1. Ukuran lebar sekitar 6-8 kaki
  2. Ukuran tinggi sekitar 8-10 kaki
  3. Pentas single layer
  4. Tiada Dome
Khidmat nasihat pakar kami amatlah diperlukan oleh anda yang bakal berkahwin. Ini bagi memastikan anda mendapat hasil yang bertepatan dengan budget dan lokasi majlis anda.

======


Serahkan tugas Pasang Pelamin kepada yang PAKAR!!!

Hantar Email kepada pelamin@draz.my

======

  1. Tajuk Email: Saya perlukan pelamin majlis Sanding/Nikah/Tunang
  2. Nama Anda
  3. Alamat Majlis Anda
  4. Tarikh Majlis Anda
  5. Warna Tema Anda
  6. Anggaran Budget Anda (kami boleh berikan cadangan pelamin mengikut budget anda)
Anda mungkin berminat untuk mendapatkan Tips-tips berikut
[klik tajuk di bawah]:
Apa Itu Pelamin Mini?
Tips Asas Memilih Pelamin Mini
********************************************************

Thursday, May 1, 2014

Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu




Semasa zaman Tun masih menjadi perdana menteri pun sudah dinasihatkan untuk simpan emas.

1998 - zaman recession - susah nak dapat kerja - saya jadi penganggur terhormat bidang Teknologi Maklumat

Saya teringat Tun dan isteri mengeluarkan emas mereka untuk membantu negara yang sedang menghadapi masalah kewangan. Kalau tak silap saya untuk membantu negara daripada menerima tawaran pinjaman IMF. (tolong betulkan kalau salah)

====
Tips Menyimpan Emas agar tidak ditipu:
====
1) pastikan beli emas dan pegang emas di tangan... bukan dapat surat emas, buku emas atau dividen bulanan

2) pastikan beli emas dinar dan jongkong untuk kurangkan susut nilai

3) pelabur yang bijak akan beli emas denga harga kilang dan tiada upah tukang

4) pelabur yang pandai akan beli emas sedikit demi sedikit setiap bulan tanpa gagal

5) pelabur yang ada ilmu tidak akan ada wang kertas yang banyak kerana mereka tahu dan faham maksud inflasi

6) pelabur yang ingin kekal lebih kaya dan berjaya daripada rakan baik mereka akan sentiasa melabur dalam ilmu

Saya boleh kongsikan ilmu emas dan perak secara percuma bagi mereka yang mahu berjaya sahaja.

Call or sms 012-2399629
WhatsApp only + 6010-5157758
Ceo@draz.my
Related Posts with Thumbnails