Jom Ikut Kami Sebagai Rakan

Search This Blog

Koleksi Mini Pelamin 2012

Koleksi Mini Pelamin 2012
Sila Klik Gambar Untuk Melihat Koleksi 2012

Monday, November 29, 2010

Majlis Tunang: Lisa - BBP2 - 27 Nov 2010



Lisa ni mesra orangnya. Lisa tahu hala tuju solekan yang dikehendaki. Menurut Lisa, dia jarang bersolek dan kalau ada pun solekan biasa je. Oleh itu, Lisa telah meminta kami menyoleknya dengan solekan yang glamour seperti dalam majalah. Siap tunjuk lagi gambar kat majalah tu agar kami dapat memahami maksudnya. Alhamdulillah, hasil perbincangan berterusan, kami menghasilkan solekan yang natural tetapi glamour.

Natural bermaksud, in real life, solekannya tidak putih melepak. Lihatlah tiada perbezaan ketara antara wajah dan leher. Kalau tak natural, wajah akan lebih putih dari leher dan tangan.

Sentuhan glamour pula diberikan penekanan pada sekitar mata. Solekan smokey artist look menggunakan warna-warna MAC memberikan impak yang dramatik. Kalau pandang dari kiri nampak macam Normala Shamsuddin. Kalau pandang dari kanan nampak macam Siti Nurhaliza. Tak jemu mata memandang.

Lisa sememangnya tampil sangat berbeza. Masalah ketara di sekitar mata Lisa akibat tidur jam 3 pagi sebelumnya telah berjaya di atasi. Tak nampak macam muka tak cukup tidur.

Majlis Pertunangan
Lisa - BBP 2
27 Nov 2010

Lynnda paling suka melihat gambar yang ni. Jelingan Lisa saling tak tumpah Siti Nurhaliza.
Memang tak salah Lisa meminta kami menyolek seperti model di dalam majalah yang ditunjukkannya.
Meskipun Lisa ada melahirkan kerisauannya kerana menurut teman2 Lisa, kalau tak pernah bersolek, nanti takut tengok muka sendiri.
Nah!!! Lisa takut tak tengok muka sendiri yang dah ada gaya macam artis tu... hehehhehe... glamour you!!!

Tahniah Lisa!!! Selamat menempuh alam pertunangan. Semoga segala persiapan dapat dilakukan dengan jayanya. Jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk majlis bersejarah Lisa.
Walaupun pedih2 mata sampai tak boleh bukak mata, sebab family Lisa buat kenduri masak sendiri guna kayu api. Sedappppp sangat....!!!

Doa kami semoga ikatan Lisa dan bakal suami kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan hingga akhir hayat.

Untuk Tempahan Mekap Sentuhan Natural Yet Glamorous seperti ini, hubungi kami seperti di bawah

********************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
******


Monday, November 22, 2010

Majlis Cukur Jambul - Pn Jamaliah 211110


Mini Pelamin Untuk Majlis Cukur Jambul Cucu Kesayangan Pn. Jamaliah dari Desa Subang Permai

Serba pink sebab cucu perempuan. Umur dah 3 bulan kalau tak silap. Marlia yg keletah dan pintar. Geram tengok. Tapi sorry la Lynnda tak amik gambar Marlia si baby comel. Lepas pasang pelamin terus Lynnda balik sbb kena uruskan customer dari Arab (ada 4 sekeluarga dari Arab) yang dah bersama kami di D RAZ Travel sepanjang 2 minggu melancong dan shopping sakan di Malaysia.

Amat seronok berurusan dgn Pn Jamaliah yang sangat mesra dan peramah. Kami telah berbincang panjang lebar. Menurut Pn Jamaliah, cucunya dah besar, jadi tak boleh nak pakai cradle atau baby cot. Apabila melihat mini pelamin yang kami paparkan di blog, terus beliau berkenan dan serasi. Beliau meminta kami menghias serba pink dengan beberapa permintaan yang kami cuba penuhi. Syukur Alhamdulillah. Segalanya selesai. Senyum lebar Pn Jamaliah. Tambah seronok apabila Pn Jamaliah bercerita, cucunya tidur lena di mini pelamin sepanjang majlis.

Hubungi Kami Untuk Tempahan Mini Pelamin seperti ini jika anda mahukan untuk majlis tunang, majlis nikah atau majlis cukur jambul. Semuanya bisa di atur. InsyaAllah

**************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
************


Majlis Nikah - Salwa 19 Nov 2010

Mini Pelamin Untuk Majlis Nikah
Salwa - Ijok - 19 Nov 2010
Tema : Merah dan Putih
Keistimewaan mini pelamin ini, terdapat 4 side flower decorations dan dihiasi fluffy pillows bagi menambah seri. Macam dalam taman. Maklumlah, orang yg nak menikah ni pun di hatinya penuh dengan taman bunga.

Hubungi Kami Untuk Tempahan Mini Pelamin seperti ini jika anda mahukan untuk majlis tunang, majlis nikah atau majlis cukur jambul. Semuanya bisa di atur. InsyaAllah.


The Call
Entah dengan siapa yang diborakkannya tu


The Expression
Salwa yang penuh ekspresi. Mula-mula Lynnda nak candid saja makwe ni. Tapi bila dia dah perasan, mula la dia sengih2 kat kamera Lynnda. hehehehe... pantang tengok kamera...


The Making
Persediaan untuk majlis nikah.
Untuk menyolek Salwa ni bukan mudah ya! Cabarannya wajah Salwa ni tampak garang dan akan menjadi lebih tua dari usia kalau tersalah tenyeh. Namun mekap artis kami, Azza berjaya menurunkan signature seninya dengan sentuhan tersendiri.
Salwa tampil comel dan cute. Sepadan dgn sikap periang dan serba spontan. Puas nak pujuk Salwa ni dari membuat memek muka. Ada aja yg membuat kami tak kering gusi berborak2 sewaktu sesi solekan. Sementelah Salwa ni tak lain tak bukan sepupu kitorang jugak. Sepupu pun sepupu juga tapi kami tetap layan macam customer.
We respect our job and we value our customers.

**************************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk tempahan dan pertanyaan -
**************************************************************
************

Wednesday, November 10, 2010

Mini Pelamin Tunang - Yanti Putra Heights

Mini Pelamin Majlis Pertunangan
Yanti @ Putra Heights - 6 Nov 2010
Tema: pink + purple



Mini Pelamin untuk Majlis Pertunangan Yanti di Putra Heights, 6 November 2010
Tema: Pink dan Light Purple

Yanti seorang yg sangat ceria dan peramah. Asal mulanya Yanti berkenan dengan mini pelamin astana tetapi Yanti buat keputusan last minute jadi tak dapat lah nak melaram dgn mini pelamin astana. Oleh itu, Lynnda telah memberikan design baru untuk Yanti. Hasil perbincangan antara kami, maka Yanti bersetuju dengan pelamin ini. Lihatlah hasilnya. Sooooo sweeeetttt... Manis seperti Yanti.

Tahniah buat Yanti! Wish you all the best! Selamat menjalani tempoh bertunang. Semoga kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat. Jangan lupa jemput makan kalau nak buat kenduri nanti :)

LIHAT PELBAGAI CONTOH MINI PELAMIN DI SINI
LIHAT PELBAGAI CONTOH SOLEKAN TUNANG/NIKAH/SANDING DI SINI



********
CONTACT US for booking

********



Mini Pelamin Nikah - Adila U11 @ 6 Nov 2010

Mini Pelamin Nikah untuk Adila U11 pada 6 Nov 2010



Mini Pelamin untuk Majlis Pernikahan Adila di U11, 6 November 2010

Tema: Cream + Maroon atau Putih + Merah Hati

Ruang tamu yang luas menampilkan hasil yang glamour. Adila inginkan sesuatu yg simple namun anggun. Adila telah membuat tempahan seawal tahun 2010. Begitu cepat membuat persiapan agar tidak terburu2 dan menghadapi sebarang masalah akibat kelewatan.

Alhamdulillah, lihatlah hasilnya! Tampil manis dan anggun untuk ruang tamu yang luas. Tak lekang mata memandang.

Tahniah buat Adila! Selamat menjadi isteri. Semoga jodoh kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat.

LIHAT PELBAGAI CONTOH MINI PELAMIN DI SINI
LIHAT PELBAGAI CONTOH SOLEKAN TUNANG/NIKAH/SANDING DI SINI



********
CONTACT US for booking

********


Monday, November 8, 2010

FALSE Eyelashes for SALE!!! Bulu Mata Palsu Untuk DIJUAL!!!

False Eyelashes FOR SALE
Bulu Mata Palsu Untuk DIJUAL
Harga Asal : RM30
Harga Promosi : RM20 sekotak ada 10 pasang

Jangan keliru dengan yang Rm10 sekotak sbb yg ni high quality. Kat pasaran mmg harga set ini antara rm30-50 sekotak ada 10 pasang. Kalau yg rm10 sekotak tu tak sama macam ni.


Bulu Mata ni nampak jer jarang mcm tak glemer jer
Tapi hakikatnya, fesyen yg ni tampil simple dan glamorous sbb pecahan silang dia akan memberikan penampilan bulu mata yg lebat dan penuh.

Bulu mata jenis ini memberikan penampilan hampir sama dgn TS027X. Pecahan runcing dan sedikit jarang memberikan penampilan yg glamour.

Bulu mata palsu yg ni jenis rapat dan melentik. Memang glemer sehabis baik.

Bulu mata jenis ni halus dan melentik. Istimewanya, bulu mata jenis ni ada ekor di tepi mata. Ekor tu maksudnya bulu mata tepi tu panjang kiri dan kanan. Kalau nak nampak natural tapi ayu mcm awek jepun leh pakai bulu mata jenis ni.

Bulu mata jenis ni lebih kurang sama dgn TS014X. Cuma pecahan dia jarang sikit dari TS014X. So penampilan nampak sedikit natural la. Tapi tetap tampil melentik dan glamour.

Bulu mata jenis ni memang lebat dan melentik. Pecahan nya meruncing. Memberikan penampilan hangat dan vogue!!!

*******************************************************************
- 'Hubungi Kami' untuk sebarang kemusykilan -
**************************************************************
*****

Related Posts with Thumbnails